KUALA LUMPUR: Gerakan memutuskan untuk keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menyatukan parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pusat Gerakan (GCC) berkata ia mengambil keputusan sebulat suara untuk keluar daripada BN selepas mengadakan perbincangan, penelitian dan pertimbangan menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca PRU14.
"Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini manakala pemilihan parti peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara.
"Keputusan ini selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baharu oleh rakyat pasca PRU14, kami memutuskan bahawa Gerakan mesti melakarkan hala tuju baharu untuk kelangsungan kami dan meneruskan perjuangan kami," katanya.
Jawatankuasa itu berkata, Gerakan keluar daripada BN secara baik dan akan memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan apa yang parti percaya adalah yang terbaik demi negara dan rakyat Malaysia. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan