script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Amar Singh: "Nilai Rampasan" Di Premis Najib Dianggarkan RM900 Juta Hingga RM1.1 bilion


KUALA LUMPUR: Antara RM900 juta dan RM1.1 bilion. Itu anggaran nilai keseluruhan barang-barang yang dirampas dari beberapa premis berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 16 dan 17 Mei lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, daripada 72 beg besar yang dirampas seperti dilaporkan sebelum ini, 35 beg daripadanya mengandungi wang tunai daripada 26 jenis mata wang berjumlah RM116.7 juta.

Dalam satu sidang media khas di ibu negara hari ini, beliau berkata lagi 25 beg berisi 12,000 jenis barang kemas yang terdiri daripada 1,400 rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 2,800 pasang subang, 1,600 kerongsang dan 14 tiara.

Jelasnya lagi, rantai emas bertatahkan berlian bernilai RM6.4 juta adalah barang kemas paling berharga yang dirampas.

"Pengiraan semua barang kemas mengambil masa 16 hari. Bagi semua barang kemas yang dirampas, pakar hanya boleh membuat anggaran nilai mengikut harga bahan, tidak termasuk kos upah tukang dan pembuatan. Jadi, nilai keseluruhan barangan kemas tersebut adalah RM440 juta.

"Kalau mengikut harga pasaran, nilainya mungkin meningkat antara 50 hingga 100 peratus, menjadikan nilai sebenarnya boleh mencecah antara RM660 juta ke RM880 juta," katanya.

Bagi beg tangan pula, Amar Singh berkata sebanyak 567 beg tangan yang dirampas bernilai RM51.3 juta. Pihak polis dan pakar mengambil masa lapan hari untuk mengira dan menilai beg-beg tersebut, yang terdiri daripada 37 jenama termasuk Hermès, Prada, Chanel dan Bijan.

"Ada beg tangan yang berharga RM1.6 juta. Ada juga beg tangan yang ditempah khas iaitu daripada jenama Bijan," kata Amar Singh.

Dalam pada itu, turut dirampas 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta melibatkan lebih 100 jenama termasuk Rolex dan Chopard.

Sebanyak 234 cermin mata hitam (sunglasses) bernilai RM375,000 daripada 34 jenama termasuk Versace, Gucci, Dior dan Cartier, juga turut dirampas, kata Amar Singh. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.