script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rafizi "Hantar Surat" Representasi Kepada AG Dalam Kes Tabung Haji


KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung dakwaan fitnah ke atasnya berkaitan posting Facebook yang dikatakan mencemarkan imej Tabung Haji tiga tahun lalu.

Peguam Rafizi, Nik Zarith Nik Moustpha memberitahu perkara ini kepada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebelum diberikan tarikh untuk memfailkan permohonan pada akhir kes pendakwaan.

Ini kali pertama Rafizi akan memfailkan surat representasi kepada Peguam negara yang baru Tommy Thomas untuk mempertimbangkan agar pertuduhan berkenaan digugurkan, katanya.

Sementara itu, majistret Umzarul An-Nur menetapkan 30 Julai bagi pihak-pihak terlibat memfailkan permohonan mereka.

Majistret juga menetapkan 28 Ogos untuk membuat keputusan sama ada akan memerintahkan Rafizi membela diri.

Rafizi didakwa pada 2016 kerana menyiarkan artikel bertajuk "Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015" di Facebooknya.

Posting itu dilihat oleh pegawai Tabung Haji di tingkat 18 Tabung Haji, Jalan Tun Razak pada 18 Feb 2016.

Bekas anggota parlimen Pandan itu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Awal bulan ini Rafizi dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dengan bon berkelakuan sebanyak RM10,000 selama dua tahun kerana memiliki dan mendedahkan butir-butir laporan audit 1MDB itu pada sidang akhbar di Parlimen pada 24 Mac 2016.

Beliau dituduh di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Rafizi juga disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam awal tahun ini dan dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Salleh Ismail. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.