script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tempoh "Serah Penyata" Belanja PRU-14 Berakhir Pada Khamis Ini


PUTRAJAYA: Tempoh  penyerahan penyata belanja Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU-14) berakhir pada Khamis ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR dalam satu kenyataan hari ini, mengingatkan semua calon yang bertanding pada PRU-14 atau ejen pilihan rayanya agar menyerahkan penyata belanja pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU-14 diwartakan. 


Selaras dengan Seksyen 23, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954, suruhanjaya itu berkata, tempoh penyerahan tersebut akan berakhir pada 28 Jun ini (Khamis).

“Calon-calon yang gagal untuk menyerahkan penyata berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan perlu membuat permohonan maaf kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa sepertimana dinyatakan dalam Seksyen 30 AKPR 1954," katanya.

Selaras dengan Seksyen 23, AKPR 1954, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan calon tidak boleh menghadiri sidang atau mengundi dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh menyertai mana-mana pilihan raya selama tempoh lima tahun dan boleh didakwa serta diambil tindakan atas perbuatan yang menyalahi undang-undang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.