script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PM: Baki 'Senarai Kabinet' Sudah Muktamad, Tunggu Masa Angkat Sumpah


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan baki senarai nama Kabinet kerajaan sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan pada upacara mengangkat sumpah.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar upacara mengangkat sumpah akan diadakan.

"Senarai penuh Kabinet sudah dimuktamadkan dan menunggu masa mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin dan Menteri Besar Johor yang juga Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian.

Dalam satu pekeliling media dikeluarkan Parlimen minggu lalu, satu taklimat khas akan diadakan untuk semua Ahli Parlimen pada 26 Jun.

Ini termasuk, sesi fotografi untuk kad keahlian baru untuk Ahli Parlimen, susunan tempat duduk di dalam Dewan Rakyat serta prosedur dan prosiding Parlimen.

Terdahulu dalam temu bual dengan Channel NewsAsia (CNA), Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengemukakan senarai nama penuh KabinetPakatan Harapan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengesahan Dr Mahathir ini menepis dakwaan kononnya wujud pertikaian dalaman PH yang menyaksikan senarai penuh Kabinet masih belum diumumkan.


Kabinet penuh dijangka terdiri daripada 29 menteri, kata Dr Mahathir kepada CNA. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.