script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sharkar: Peruntukan RM100 Juta, Jangan "Anak Tirikan" Negeri BN !


TEMERLOH: Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik langkah penambahbaikkan pentadbiran di peringkat kampung yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan, namun berharap ia dapat dilaksana secara adil termasuk kepada negeri pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pengagihan peruntukan dan bayaran elaun kepada ketua kampung serta barisan anggota jawatankuasa juga perlu diagihkan untuk semua negeri termasuk Pahang yang masih diterajui Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil kira kepentingan rakyat mendahului sentimen politik seperti apa yang mereka selalu tekankan termasuk dalam pengagihan dan bayaran elaun kepada Jawatankuasa dan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Pengumuman bayaran elaun kepada JKKK ini sudah tentu satu berita yang ditunggu-tunggu seluruh kepimpinan masyarakat namun jika ia hanya diberikan kepada negeri dikuasai Pakatan Harapan ia akan mengecewakan rakyat yang turut mengundi PH di negeri dikuasai BN ketika ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Rina Harun semalam mengumumkan kerajaan hanya akan memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan kampung kepada negeri-negeri yang hanya ditadbir Pakatan Harapan sementara ia mengkaji mekanisme saluran dana untuk negeri-negeri pembangkang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.