script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pekerja Swasta Rugi RM35,000 Di Perdaya Individu Menyamar Polis


KUANTAN: Gara-gara takut dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram, seorang pekerja swasta terpaksa berputih mata setelah kehilangan RM38,000 setelah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di Bentong semalam.

Ketua jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, mangsa, 41 tahun telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai seorang pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendakwa mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram menerusi sebuah syarikat.

"Mangsa kemudian menafikannya sebelum disambung kepada pegawai atasan yang lain. Dia kemudian diminta menyerahkan maklumat akaun peribadinya bagi tujuan siasatan."

"Mangsa kemudian akur dan menyerahkan butiran dua akaun peribadinya dan sejam selepas itu, dia telah menerima mesej mengatakan telah berlaku transaksi pemindahan wang dari akaun miliknya ke pihak ketiga melibatkan jumlah RM35,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, katanya mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksium 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berikutan itu, Mohd Wazir menasihati orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sebarang panggilan yang diterima daripada pihak dikenali serta sewenang-wenangnya menyerahkan butiran peribadi untuk mengelak daripada menjadi mangsa. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.