script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ku Li: Tindakan Parti Komponen Tinggalkan UMNO Perkara Serius


KUALA TERENGGANU: Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memandang serius tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang meninggalkan gabungan itu tanpa ada sebarang perbincangan di antara pemimpin-pemimpin komponen parti dalam BN.

Beliau berkata ia diburukkan lagi dengan tindakan wakil rakyat UMNO sendiri yang keluar dari parti itu seolah-olah mereka bebas membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepimpinan tertinggi parti.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku....patut buat mesyuarat tapi kita tak ada dengar tentang mesyuarat antara para pemimpin parti-parti komponen BN untuk bercakap soal masa depan BN lepas kalah dalam Pilihanraya Umum ke 14 baru-baru ini."

"Tiba-tiba kita dengar parti itu parti ini keluar daripada BN.....memang dia ada hak nak menarik diri tapi sekurang-kurangnya perlu ada perbincangan.... hari ni wakil rakyat dari UMNO sendiri keluar dari parti."

"Ini perkara serius, takkan kita nak biar perkara ini dibiarkan berterusan. Mesti kita nak bincang dan tengok apakah masalah yang dihadapi oleh mereka kerana mereka adalah wakil rakyat kita, mewakili beribu-ribu pengundi bawa suara UMNO, perjuangan UMNO... takkan nak berpeluk tubuh biarkan orang memutuskan sikap (keputusan) sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra bersama pemimpin UMNO Terengganu di sini hari ini.

Parti Gerakan dua hari lepas mengumumkan keputusan untuk keluar daripada BN untuk memfokuskan hala tuju baharu sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

Manakala anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hari ini mengumumkan keluar UMNO dan BN untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.