script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tony Pua: Rakyat Berhak Ketahui Kebenaran, Tidak Kiralah Sepahit Mana Pun !


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan tidak begitu bimbang dengan naik turun pasaran saham untuk jangka masa pendek. Apa yang lebih penting ialah pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dengan asas yang kukuh, telus dan jujur.

Demikian penegasan dibuat Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, dalam respon kepada dakwaan Tengku Razaleigh Hamzah kononnya tindakan pendedahan oleh Kementerian Kewangan adalah punca kejatuhan pasaran saham.

“Kerajaan baharu percaya bahawa rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran, tidak kiralah betapa pahit pun kebenaran itu.

“Apabila kerajaan menjadikan ketelusan sebagai suatu bahagian penting pentadbirannya, masa depan negara dapat dilindungi,” ujar Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.

Bagi beliau, Tengku Razaleigh memperlihatkan kejahilannya apabila menyalahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai punca kejatuhan pasaran saham.

“Bukankah seorang calon presiden UMNO sepatutnya sedar bahawa kejatuhan pasaran ekuiti global beberapa hari lalu adalah ekoran pelbagai faktor luaran?

“Malah sebenarnya, indeks komposit Kuala Lumpur adalah yang paling kurang menerima kesan. Setakat 19 Jun, pasaran ekuiti di Bangkok, Singapura, Seoul dan Hong Kong masing-masing merosot sebanyak 5%, 4.2%, 3.6% dan 3.3%.

“Adakah Tengku Razaleigh mahu menyalahkan pendedahan Guan Eng sebagai punca kejatuhan ini juga?” soal Tony yang kini berkhidmat secara percuma di Kementerian Kewangan.

Indeks komposit KL hanya jatuh 1.5% dalam tempoh masa serupa.

Dalam suatu wawancara bersama Astro Awani, Razaleigh mendakwa bahawa amalan ketelusan Lim Guan Eng adalah punca pihak-pihak tertentu menjual saham mereka.

Beliau yang kini cuba merebut jawatan presiden UMNO turut menegaskan bahawa tidak perlu bagi pihak kerajaan mendedahkan secara terperinci keterhutangan pihak kerajaan, yang dikumpul di zaman pentadbiran Barisan Nasional.

“Seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, kerajaan HARAPAN tidak akan berbohong kepada rakyat dan mengkhianati kepercayaan mereka.

“Kami tidak akan tewas kepada kecenderungan untuk menyembunyikan kebenaran daripada mata massyarakat, yang menjadi punca amalan rasuah secara besar-besaran (dalam kerajaan lama),” tegas Tony lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.