script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pihak Berkuasa Di Perancis Susuli Siasatan Isu Pembelian Scorpene !


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Perancis menerusi badan kehakimannya menjalankan usaha susulan membabitkan siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai 1 bilion Euro.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche dalam satu pertemuan dengan beliau di kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Dalam makluman yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kewangan, beliau berkata ini bagaimanapun tidak melibatkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kerana ia di luar bidang kuasa Perancis.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan menteri pertahanan pada 2002 apabila perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai antara Perancis dan Malaysia.

“Perbincangan saya dan Duta Frederic Laplanche adalah menarik kerana menyentuh bidang kepentingan bersama yang dapat memupuk hubungan akrab rakyat kedua-dua negara.

“Malah, beliau turut memberi sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia baharu yang mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan dengan kebenaran dan keadilan harus dijadikan tunjang utama,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.