TEMERLOH: Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kematian, di Mentakab Ahad lepas.
A.Kumar, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz dalam bahasa Tamil.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu treler nombor pendaftaran BPB5411 pada pukul 9.30 pagi, 24 Jun lepas di Kilometer 149 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini.
Perbuatan tertuduh yang beralamat di Sungai Gadut, Negeri Sembilan itu didakwa menyebabkan kematian dua beradik Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, dan Khasrul Ikwan, 18, serta Chua Jyh Shyong, 37.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan