script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes 'Skandal TRX': Tony Pua, Najib Jangan Pura-Pura Buat Tidak Tahu !


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas apabila mendakwa tidak wujud penyelewengan dana untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) oleh 1MDB selaku syarikat utama TRX City Sdn Bhd.

“Dia (Najib) tidak boleh dari satu segi, berpura-pura tidak tahu dan menyalahkan pengarah atau pengurusan syarikat, tetapi pada masa yang sama menunjukkan kefahaman mengenai urusniaga yang berlaku dalam 1MDB, meskipun mengelirukan dan melakukan penipuan,” kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dalam kenyataan hari ini.

Merujuk kepada pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng minggu lalu, kerajaan telah memutuskan untuk menyuntik RM2.8 bilion bagi projek TRX kerana pengabaian terhadap projek tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM3.51 bilion.

Najib bagaimanapun mendakwa kenyataan Guan Eng berhubung projek TRX itu kononnya “separuh benar dan pembohongan”.

Menurut Tony, Najib tidak perlu berdolak-dalik sebaliknya menjelaskan pendedahan terkini Kementerian Kewangan bahawa RM3.067 juta disalahgunakan bagi tujuan lain memandangkan beliau pernah mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB.

“Jika wang dalam TRXC pernah digunakan untuk projek-projeknya dengan cara telus dan bertanggungjawab, syarikat itu tidak akan memerlukan RM2.8 bilion pembiayaan tambahan dari Kementerian Kewangan,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.