script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

TPM Wan Azizah: Kemelut 1MDB Berlaku Kerana Kegagalan Pucuk Pimpinan


PETALING JAYA: Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlaku kerana kegagalan pucuk pimpinannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata walaupun terdapat peraturan, mekanisme tadbir urus dan sistem pelaporan, namun ia gagal sama seperti krisis lain yang berlaku di seluruh dunia berikutan individu di belakangnya tidak memiliki hati yang nurani malah timbul ketamakan.

Beliau menambah individu yang jahat boleh menjadi kreatif dan akan berusaha melaksanakan mekanisme ini.

"Kita mengharapkan para pemimpin kita berbuat baik dan membantu kita untuk mencapai lebih kejayaan. Namun, kita sering melihat keadaan yang sebaliknya berlaku apabila pemimpin telah gagalkan kita.

"Mereka ini adalah pemimpin yang lebih memikirkan keuntungan daripada segala-galanya. Mereka membenarkan kepentingan peribadi mereka untuk mengatasi kepentingan bersama dan mereka menggunakan kekayaan untuk membeli pengaruh," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tanggungjawab Korporat dan Kemapanan ASEAN di sini hari ini.

Sidang kemuncak sehari yang bertemakan 'Membangunkan Masa Depan Lestari - Cabaran bagi Perbadanan dan Perniagaan' dihadiri pemimpin perniagaan dan masyarakat sivil untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan bagaimana membina masyarakat yang lebih inklusif dan mampan.

Dr Wan Azizah berkata pemimpin harus memimpin dengan hati nurani, sentiasa berpandukan moral dan komitmen.

Beliau menegaskan memiliki hati nurani adalah lebih daripada sekadar pengetahuan tentang apa yang betul dan salah, ia juga menjurus kepada kemampuan untuk mengintegrasikan pemikiran moral ke fikiran mereka dan sebelum membuat keputusan.

Tambah beliau, walaupun nilai-nilai berkenaan bersesuaian untuk merealisasikan SDGs yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia tidak seharusnya diperlakukan sama seperti trend lain atau untuk mewujudkan peluang perniagaan untuk kroni dan ahli keluarga.

"Kami memerlukan pemimpin yang memimpin dengan hati nurani, yang benar-benar komited kepada

SDGs," katanya.

Dr Wan Azizah memberitahu pemberita kesihatan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertambah baik tetapi beliau akan terus menjalani pemeriksaan di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menjalani ujian dan penilaian kesihatan.

"Sejak keluar dari penjara dan hospital, dia tidak pernah berehat. Saya fikir dia perlu berehat," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR, dimasukkan ke hospital pada Sabtu lepas berikutan mengalami kesakitan

akibat sakit bahu kanan dan bahagian belakang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.