script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !


KUALA LUMPUR: Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang berkata pendedahan skandal penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu bukan menjadi satu kesalahan malah ia mampu diperbetulkan untuk membina Malaysia Baru.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkannya.

“Saya percaya wujud keperluan untuk membina Malaysia baru, dan kita mesti boleh membetulkan kesilapan masa lalu.

“Apa yang lebih penting adalah kita perlu komited dan tidak sesekali bertoleransi dalam apa jua bentuk rasuah di negara ini.

“Malah, sepanjang karier politik saya selama 52 tahun, saya turut membongkar segala salah laku. Jadi, saya rasa tidak salah untuk berbuat demikian.

“Malaysiakini, (misalnya), akan mendedahkan ini jika mereka mempunyai maklumat, dan mereka (mungkin) menyalahkan menteri kerana menutupnya,” katanya.

Menghargai ‘teguran’ Anwar sebelum ini, Guan Eng dalam satu kenyataan berkata pembongkaran salah laku kerajaan terdahulu tetap akan didedahkan kepada umum.

Menurutnya, semua pendedahan skandal kewangan terutama 1MDB adalah atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sendiri sedia maklum tentang perkara itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.