script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Azam Baki: SPRM Nafi Ada Keluar Kenyataan "Isu Rasuah" PAS Di Kelantan


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah membabitkan pucuk kepimpinan PAS Kelantan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki berkata,pihaknya mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull dan suruhanjayanya untuk meviralkan isu yang tidak berasas tersebut

“SPRM melihat tindakan tersebut sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan
reputasi kami.

“Saya ingin tegaskan, SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azam berkata, SPRM juga tidak memihak kepada mana-mana individu sebaliknya orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM.

Sebelum ini tersebar di media sosial poster Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull disalahguna individu tidak bertanggungjawab dengan menuduh SPRM mendakwa terdapat ‘paus dan bapak tenggiri dalam kerajaan PAS Kelantan’.
Poster itu kemudiannya menjadi viral di laman media sosial termasuk facebook dan juga twitter setelah diviralkan orang ramai. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.