script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Fasha "Enggan Komen" Dakwaan Video Berpeluk Dengan Aidil Aziz !


PETALING JAYA: Aktres jelita Fasha Sandha enggan mengulas lanjut mengenai sebuah video yang didakwa memaparkan dirinya berpeluk dengan pelakon Aidil Aziz atau Mohd Aidil Abdul Aziz.

Rakaman video berdurasi sekitar 23 saat itu tular di media sosial sejak semalam (Selasa) yang menunjukkan kedua-dua pelakon berkenaan baharu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). 

Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 34, bagaimanapun mengakui rapat dengan Aidil, 29, namun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka.

"Buat masa sekarang kami berkawan sahaja dan tidak mahu komen lebih lanjut. Mungkin ramai yang merestui hubungan saya dengan Aidil kerana dia bukan berstatus suami orang, belum berkahwin dan bujang.

"Mengenai video tersebut, saya mohon maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Blok 404 di pusat beli -belah eCurve, Damansara di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fasha juga memberitahu bahawa dia kini selesa menjalani kehidupan solo bersama dua cahaya matanya tanpa menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

Namun, meskipun mengakui selesa hidup sendiri, pelakon filem Anak Mami Kembali itu bagaimanapun turut memberi bayangan seakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang apabila mengatakan statusnya kini ialah single but not available ( solo tetapi tidak boleh dimiliki).

"Saya selesa menjalani kehidupan solo kerana bebas dan mudah untuk bekerja," katanya.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 dan bercerai sekitar Januari 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka diikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 4, serta Putri Raysha Jemyma, 3. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.