script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lim Guan Eng Akur Kritikan, Akan Gunakan 'Mandarin' Untuk Media Cina


PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akur dengan kritikan pelbagai pihak terhadap tindakannya mengeluarkan kenyataan berbahasa Cina dan berkata, kenyataan rasmi bahasa Melayu hanya akan diterjemahkan dalam bahasa lain jika ada keperluan.

“Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran berkenaan status yang dimuat naik dalam laman sosial saya pada 24 Jun 2018.

“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai pihak, termasuk pemimpin Umno membidas Lim tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi setiausaha agung DAP itu mempertahankan tindakannya dengan berkata, ia melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

Beliau turut merujuk Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan tiada orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain dan menyifatkan pengkritiknya bersikap “perkauman” dan bertegas tidak akan tunduk kepada kritikan mereka.

Lim yang juga setiausaha agung DAP itu berkata, Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan menafikan dakwaan bahasa Mandarin menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kementerian itu.

“Ini boleh dibuktikan dalam laman web rasmi Kementerian Kewangan. Kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada keperluan.

“Jika adapun, terjemahan ke dalam bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal.

“Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak diguna pakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan.”

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosialnya dan bahasa Mandarin ketika berkomunikasi dengan media Cina.

Beliau menjelaskan kenyataannya dalam bahasa Mandarin semalam dibuat tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.