script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: Satu Kematian Di Catat, 31 Kes Positif Baru Hari Ini


PUTRAJAYA – Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 100 hari ini dengan pertambahan satu kes, manakala sebanyak 31 kes positif baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengahari hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes positif virus pandemik setakat ini adalah sebanyak 5,851 kes.
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,719 kes dan mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
“Sehingga kini, seramai 36 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Malah terdapat 75 kes terbaharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes iaitu dengan kadar discaj 68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.
Mengulas mengenai kes kematian hari ini, Noor Hisham berkata,  ia merupakan kes 3628 iaitu lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung da strok.
“Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 4 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 28 April 2020 jam 9.40 pagi,” katanya. #sumber
Share:

Zakat Pahang Secara Online, Tiada Khidmat Amil Tahun Ini


KUANTAN - Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menetapkan tiada khidmat Amil akan digunakan untuk kutipan zakat fitrah tahun ini.

Proses pembayaran zakat fitrah bagi Negeri Pahang Darul Makmur akan menggunakan sistem online sepenuhnya melalui portal ezakat.muip.gov.my dan aplikasi Pahang Go

Bagi mereka yang tiada talian internet, khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh digunakan, dengan menghantar pesanan ke nombor 15888.


Khidmat SMS ini adalah langkah terakhir bagi mereka yang tidak mempunyai opsyen lain untuk membayar zakat.

Melalui kaedah SMS ini, MUIP akan membayar dahulu zakat fitrah tersebut dan pembayar zakat hendaklah membayar semula jumlah wang kepada MUIP selepas tamat tempoh PKP.


Kaedah SMS ini akan ditamatkan sekiranya tempoh PKP berakhir semasa bulan Ramadan.

Zakat fitrah Pahang pada tahun ini kekal dengan penetapan RM7 bagi setiap muslim.

Kaedah pembayaran alternatif ini terpaksa diambil, bagi membendung penularan Wabak Covid-19 yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Semoga Allah menerima setiap amal baik yang dilakukan oleh kita semua.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. #sumber

Share:

Tengku Zafrul: Bayaran Fasa Kedua BPN Bermula 4 Mei Ini


KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional untuk golongan B40 dan M40 melibatkan isi rumah dan individu bujang akan dilakukan bermula 4 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima telah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion.

"Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangancawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

"Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran Fasa Ke-2 untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, samada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020," katanya semasa Perkongsian Laporan Ke-3 Pencapaian PRIHATIN-LAKSANA pada Selasa.

Sehingga 26 April, kementeriannya telah menerima lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan.

Daripada jumlah ini, sebanyak 2.96 juta merupakan permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan.

"Proses ini akan ditutup pada hari Khamis, 30 April ini. Pengumuman pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai  1 Mei 2020 dan proses permohonan akan diselaraskan serta diumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat.

Selain itu, permohonan Program Subsidi Upah permohonan yang diluluskan telah meningkat daripada 159,000 majikan, melibatkan 1 juta pekerja kepada 195,000 majikan yang melibatkan 1.5 juta pekerja.

"Bantuan ini melibatkan peruntukan RM1.35 bilion, iaitu peningkatan daripada RM1.2 bilion pada minggu lalu," kata beliau lagi.

Mengenai Dana Pinjaman Mudah PKS sehingga 26 April, sebanyak RM4.5 bilion telah diluluskan untuk 8,500 Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan merupakan  peningkatan daripada RM2.7 bilion untuk 5,000 PKS minggu lalu.

Bermula 23 April 2020, KWSP telah melancarkan e-CAP yang bertujuan untuk membantu PKS yang layak dalam menguruskan aliran tunai bulanan perniagaan.

"e-CAP juga dihasratkan dapat membantu majikan untuk terus kekal beroperasi serta mengekalkan tenaga kerja mereka.Program ini membolehkan majikan yang mempunyai sehingga 200 pekerja untuk memohon penangguhan dan penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk caruman bulan April, Mei & Jun 2020 (iaitu pada bulan Mac, April & Mei 2020)," ujarnya. 

Bagi PKS yang mempunyai lebih 200 pekerja, sekiranya mereka perlukan penyelesaian yang berlainan dari apa yang ditawarkan melalui program e-CAP, mereka juga boleh menghubungi KWSP untuk pertimbangan, dengan syarat PKS mempunyai rekod bayaran caruman yang baik sebelum bermulanya wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk 2.5 juta penjawat awam dan pesara, termasuk veteran angkatan tentera tidak berpencen telah dibuat pada 23 April 2020.

Bagi golongan pelajar IPT pula, kementeriannya telah mula menghulurkan bantuan RM200 secara one-off pada 27 April 2020 dan ia memanfaatkan seramai 1.5 juta pelajar IPT sekitar negara.

Untuk kategori perniagaan pula, permohonan untuk jaminan pinjaman DANAJAMIN akan mula dibuka 1 Mei ini #sumber
Share:

Dugaan Rahmat Rabbani, Isteri Stroke Sejak Dua Bulan Lalu !



KUALA LUMPUR – Segan untuk dia bercerita kepada umum namun setelah berbulan-bulan melaluinya bersama-sama isteri dan keluarga yang boleh diibarat bagaikan ‘sudah jatuh di timpa tangga’, anggota kumpulan nasyid Rabanni akhirnya sudi berkongsi masalah hidupnya.
Berkali-kali dipujuk oleh wartawan, akhirnya Ahmad Shafie atau lebih dikenali sebagai Rahmat Rabbani sudi membuka mulut.
Rahmat memberitahu kehidupan mereka sekeluarga agak tenat sekarang ini setelah isterinya, Norazlina A. Rahman, 48, mengalami masalah strok.
Sejak dua bulan lalu, ibu kepada empat anak itu tidak lagi mampu menjalani kehidupan dengan sempurna kerana kesan terjatuh di bilik air pada awal Mac lalu, doktor mengesahkan Norazlina mengalami kelumpuhan separuh anggota badan selain pendarahan di kepala dan kerap berulang-alik ke hospital.
"Ini dugaan buat kami sekeluarga apabila saya juga semakin susah untuk bergerak kerana perlu menjaga isteri di rumah. Saya sendiri sudah tidak ada punca pendapatan apabila Rabbani tidak lagi dipanggil untuk membuat persembahan pentas semenjak awal tahun lalu,” katanya.
Sepanjang 2019 juga, menurutnya, persembahan sangat terhad dan lebih kepada persembahan berbentuk amal sahaja.
“Dalam keadaan tidak ada pekerjaan dan kini isteri pula sakit, memang dugaan ini agak berat untuk kami sekeluarga,” kata Rahmat berkongsi sedih.
Kehidupan keluarga Rahmat sebelum ini banyak bergantung kepada tawaran persembahan pentas bersama Rabbani semenjak lebih 20 tahun lalu.
Hidup sebagai artis ada pasang surutnya, sementelah tiada pendapatan tidak tetap seperti pekerja di sektor awam dan swasta lain. Keadaan diburukkan lagi dengan tragedi pandemik Covid-19 di mana semua orang perlu duduk di rumah dan mematuhi arahan PKP pada pertengahan Mac 2020.


“Pada ketika tiada tawaran persembahan sebelum ini, isteri saya turut membantu ekonomi keluarga dengan berjualan masakan tradisi Terengganu, seperti nasi dagang dan laksam.
"Bagaimanapaun kini keadaan berubah 100 peratus apabila dia sendiri sudah kurang bermaya dan saya sendiri tidak boleh ke mana-mana untuk mencari rezeki buat menampung belanja keluarga,” katanya.
Rahmat berharap agar ada pihak-pihak di luar sana yang sudi membantu beliau dan isteri yang memerlukan kos sebanyak RM1,500 sebulan bagi keperluan ubat-ubatan, lampin pakai buang dan keperluan lainnya.
Sempat menziarah ke kediaman Rahmat di Damansara, Kuala Lumpur dalam lawatan pendakwah muda, Ustaz Sheikh Mohammad yang turut menyampaikan barangan keperluan asas termasuk lampin pakai buang yang kini sangat diperlukan oleh Norazlina ketika ini.
Menurut Sheikh Mohammad, Rahmat telah berdekad-dekat menghiburkan hati rakyat Malaysia melalui lagu-lagu bernuansa ketuhanan dan keagamaan.
Banyak nasihat yang baik telah disampaikan oleh beliau bersama kumpulan Rabbani kepada anggota masyarakat.
“Jadi, pada ketika Rahmat dan keluarganya sedang dilanda dugaan yang besar sebegini, kita berharap agar semua pihak dapat tampil membantu. Kita usahakan untuk memberi sumbangan serba sedikit kepada beliau, agar beliau dapat melepasi ujian dan dugaan ini dengan baik dan kembali bangkit.
“Percayalah, setiap sumbangan yang diberikan oleh anda semua akan mendapat ganjaran yang setimpal dikemudian hari kerana Allah SWT telah berjanji bahawa tidak akan jatuh miskin insan-insan yang sering bersedekah,” jelas pengasas Laksa Ustaz ini.
Mereka yang ingin membantu meringankan beban Rahmat dan isteri boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Ahmad bin Shafie – 5642760505. #sumber


Share:

Kerajaan BN Hulur Lebih RM7 Juta Kepada Pelarian Rohingya


KUALA LUMPUR – Nilai keseluruhan bantuan dihulurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pelarian Rohingya lebih RM7 juta termasuk pembinaan hospital medan di Cox Bazaar bernilai RM3.5 juta dan makanan serta peralatan bernilai RM4 juta.
Presiden UMNO merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua bantuan itu dilakukan atas sifat kemanusiaan.
Katanya, beliau sendiri meninjau keadaan ratusan ribu pelarian di Cox Bazaar, Bangladesh dan mengarahkan pembinaan hospital di kem pelarian Kutupalong bagi memberi rawatan kesihatan kepada etnik itu.
“Saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu pelarian Rohingya yang kononnya membuat pelbagai tuntutan, termasuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia.
"Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, kerajaan pimpinan BN mengambil pendirian, segala bantuan dan sokongan disalurkan kepada Rohingya adalah di atas sifat perikemanusiaan.
“Seperti banyak negara lain serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pelarian Rohingya mesti dibela daripada pemusnahan etnik oleh rejim Myanmar.
“Selain hospital, bekalan makanan dan peralatan juga telah disalurkan kerajaan Malaysia ketika itu kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh. Misi bantuan itu adalah sumbangan kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat penerbangan yang membantu membawa barangan itu,” katanya dipetik dari status yang dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya.
Pada sidang media khas semalam, Ahmad Zahid mendedahkan, dana dari sebuah negara Timur Tengah yang dijanjikan untuk diberi kepada Malaysia bagi membantu pelarian etnik Rohingya tidak diterima oleh kerajaan ketika BN memerintah.
Sebaliknya, kata beliau, dana dengan jumlah yang besar itu difahamkan diterima oleh kerajaan yang mengambil alih pemerintahan selepas BN tidak lagi bernasib baik untuk mentadbir negara.
Menurutnya, kerajaan berusaha untuk mendapakan bantuan tersebut, namun tidak ada satu sen pun diterima oleh kerajaan ketika itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, pelarian Rohingya benar-benar memerlukan pembelaan dan ia tidak bermakna kerajaan Malaysia ketika itu mahu mencampuri hal-ehwal dalam negeri Myanmar.
Malah, ujarnya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya yang diadakan di Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Disember 2016 bukanlah untuk menganggu hal-ehwal Myanmar.
Kerajaan juga katanya, berpendirian mereka dibenarkan bekerja di beberapa industri terpilih sebagai persediaan ditempatkan di negara ketiga.
“Oleh kerana pelarian UNHCR tidak ada hak terhadap pelajaran, pekerjaan dan perniagaan, kerajaan ketika itu mengambil pendekatan yang terkehadapan bagi membolehkan pelarian ini menyara keluarga sendiri.
“Inisiatif membenarkan etnik Rohingya ini bekerja secara tidak langsung dapat menangani isu-isu pemerdagangan orang dengan lebih berkesan,” katanya.
Beliau yang merupakan bekas Menteri Dalam Negeri menyatakan, pada 2017 kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) bersetuju memberi penajaan dana terhadap tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan, mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya serta skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.
Qatar juga, katanya, meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik. #sumber
Share:

Ingkar PKP: Timbalan Menterii, Exco Perak Di Denda RM1,000


GERIK – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.
Turut dikenakan denda sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 individu lain.
Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Kesemua mereka membayar denda itu. #sumber

Share:

Fuziah Salleh Akan Di Dakwa Esok Kerana Sebar Berita Palsu


KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok kerana menyebarkan berita palsu.


Menurut jurucakap Bukit Aman hari ini, Fuziah - yang juga wakil rakyat mewakili PKR untuk kawasan parlimen Kuantan - akan didakwa berhubung hantaran yang dibuat melalui akaun Facebook miliknya.

Hantaran itu membabitkan keributan di Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan Kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) ekoran kepulangan warga Malaysia dari Singapura.

Akaun itu kemudian menyiarkan permohonan maaf daripada "pengendali" kerana memuat naik klip video lama.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu tuduhan menyebabkan fitnah dan ketakutan awam.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Mengikut peruntukan akta-akta berkenaan, seseorang yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu Fuziah berkata beliau menerima notis saman daripada pihak berkuasa yang mengarahkannya hadir di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok.


Katanya, notis berkenaan beliau akan didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membuaut kenyataan yang mendatangkan khianat awam, serta Seksyen 249 Akta SKMM (berkaitan capaian berkenaan data berkomputer).

"Sekiranya pertuduhan ini bersifat politik, ianya amat-amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku.

"Saya akan terus pertahankan kebenaran dan hak saya, serta pasti bahawa yang hak itu akan terserlah jua," katanya. #sumber
Share:

Kerajaan BN Tidak Menerima Dana Bantu Pelarian Rohingya !


KUALA LUMPUR – Dana dari sebuah negara Timur Tengah yang dijanjikan untuk diberi kepada Malaysia bagi membantu pelarian etnik Rohingya, tidak diterima oleh kerajaan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.
Sebaliknya, dana dengan jumlah yang besar itu difahamkan diterima oleh kerajaan yang mengambil alih pemerintahan selepas BN tidak lagi bernasib baik untuk mentadbir negara, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid, kerajaan berusaha untuk mendapatkan bantuan tersebut namun, tidak ada satu sen pun diterima oleh kerajaan ketika itu.
“BN mengusahakan bantuan daripada sebuah negara dan ketika kerajaan BN memerintah bantuan itu tidak sampai satu sen kepada kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan isu ucapan videonya mengenai Rohingya yang tular, baru-baru ini.
Ahmad Zahid turut menegaskan, wang dari dana tersebut juga tidak ada yang masuk dalam mana-mana yayasan atau mana-mana akaun peribadi milik sesiapa.
Beliau yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kerana tidak mahu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada BN berhubung perkara itu.
Qatar merupakan sebuah negara yang sebelum ini dikatakan mahu menginfaqkan dana berjumlah RM1 bilion kepada kerajaan Malaysia bagi kegunaan kebajikan etnik Rohingya di negara ini,
Dana tersebut diusahakan oleh kerajaan ketika Ahmad Zahid yang ketika itu juga merupakan menteri dalam negeri.
Pada 2017 Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Qatar melalui Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) bersetuju memberi penajaan dana terhadap tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.
Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik. QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Malaysia.
Ahmad Zahid menjelaskan perjalanan sekolah anak Rohingya mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama apabila pulang ke sana.
Begitu juga dengan status pelarian Rohingya dan ‘orang hanyut’ lain. Katanya, mereka akan berada di sini bagi tempoh tertentu dan diberikan pelbagai bantuan kemanusiaan, sebelum dihantar ke negara ketiga atau kembali ke negara asal.
Saya percaya dasar ini masih kekal, katanya. #sumber
Share:

Kerajaan PAS Dan UMNO Gagal Bantu Pelarian Rohingya !


KUALA LUMUR - Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghalang bot membawa pelarian Rohingya ke negara ini sehingga menyebabkan kematian puluhan etnik itu, dikritik sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan yang ditindas dan dizalimi.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil menyifatkan Pas dan Umno gagal melaksanakan apa yang pernah diperjuangkan mereka biarpun dua parti itu kini sudah membentuk kerajaan dan mengawal jentera yang sepatutnya digunakan membantu pelarian Rohingya.
Malah beliau berkata, suara Muafakat Nasional dalam membela pelarian Rohingya pula semakin berbeza setelah menjadi kerajaan.
“Kita perlu ingat bahawa isu Rohingya adalah isu kemanusiaan yang perlu ditangani dengan baik.
“Sikap kepura-puraan demi mencipta polemik politik murahan atas nama agama ini sedang dicemuh netizen.
“Rakyat mempertikai keikhlasan dan sikap kemanusiaan kerajaan yang konon berjenama kerajaan Melayu-Islam tetapi gagal membela nasib umat Islam sejagat,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Pada 16 April lalu, pihak berkuasa Malaysia menyekat sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara.
Perkara tersebut mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia dan mengkritik tindakan pihak berkuasa menolak bot pelarian Rohingya yang cuba memasuki perairan Malaysia selepas terkandas di laut selama berminggu-minggu.
Dalam kejadian lain awal bulan ini, seramai 60 etnik Rohingya juga dilaporkan mati kelaparan dalam sebuah kapal pukat tunda yang sarat dengan ratusan pelarian Rohingya selepas pihak berkuasa Thailand dan Malaysia enggan membenarkan mereka memasuki perairan negara.
Mengulas lebih lanjut, Faiz yang juga Adun Permatang Pasir menegaskan, mengusir masyarakat Rohingya yang amat memerlukan pembelaan ketika ini adalah perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan manusia.
Faiz berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah berjanji untuk membawa misi keamanan sejagat, namun membisu memungkiri janji.
“Apa jua masalah yang ditimbulkan oleh orang Rohingya di negara ini perlu diselesaikan secara tuntas dan sehingga ke akar umbi oleh kerajaan dengan kuasa dan undang-undang yang ada,” katanya.
Kira-kira 4 tahun lalu, bekas pemimpin negara Malaysia pernah mengetuai satu himpunan mengecam dasar Myanmar terhadap minoriti ditindas itu.
Pada 2017 pula, Pas dan Umno pernah mengadakan himpunan penyatuan ummah untuk Rohingya dalam misi Food Flotilla Malaysia bertujuan menyampaikan mesej kepada Myanmar untuk menghentikan penindasan ke atas etnik Rohingya. #sumber
Share:

Kluster Bali Di IIUM, NGO Persoal Portal SEBENARNYA.MY !


KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mempersoalkan kredibiliti portal rasmi SEBENARNYA.MY yang diuruskan oleh pihak kerajaan. Portal tersebut kononnya untuk menangkis berita fitnah dan tidak pasti yang dikongsikan oleh orang ramai di laman media sosial. 


Namun dalam kes dakwaan mesej kakitangan IIUM positif Covid-19 yang didakwa palsu oleh portal terbabit, klik sini https://sebenarnya.my/dakwaan-mesej-kakitangan-uia-positif-covid-19-adalah-palsu/ ternyata ia sungguh mengelirukan orang ramai terutamanya warga Kuantan.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini. Beliau yang pernah membongkar isu pusat perubatan swasta mana yang dikatakan menjadi punca merebaknya 'kluster Bali' akibat pandemik Covid-19 di Kuantan, pernah mendesak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan secara rasmi pusat perubatan terbabit sebelum ini.


Namun susulan seramai 1.500 orang warga Kuantan diarahkan menjalani ujian saringan semalam maka dengan jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda menyebut kesemua mereka terdiri daripada kontak langsung dan tidak langsung pesakit Covid-19 dari kluster Bali di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Kuantan. 


Menurutnya, mereka yang dikenal pasti merupakan kumpulan berisiko Covid-19 yang perlu diberi perhatian. "Mereka ini termasuklah pesakit yang dirawat di IIUM sejak 19 hingga 21 April, staf yang bertugas serta ahli keluarga dan anak-anak kepada petugas kesihatan yang bekerja di hospital terbabit," kata kenyataan itu.

Ini bermakna kluster Bali sudah muncul di IIUM sejak dari awal lagi dan ia bukannya satu laporan palsu. Malah difahamkan kematian pertama Covid-19 di Pahang juga pesakit dikatakan telah ke hospital terbabit sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Bahkan dua lagi kematian turut melibatkan kluster yang sama dan pesakit dipercayai ada menerima rawatan di hosital terbabit sebenarnya. Perkara ini tidak boleh dinafikann lagi kerana ramai pihak yang sudah tahu. Namun anehnya pihak IIUM sendiri beriya menafikan perkara ini, seolah-olah tidak berani perpijak di bumi yang nyata.


Akibatnya mereka masih menerima pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan tidak menutupnya (lockdown) lebih awal. Kini semakin ramai dilaporkan positif Covid-19 akibat ada kontak rapat dengan petugas di hospital tersebut.

"Saya hairan bagaimana IIUM sanggup keluarkan kenyataan yang bercanggah, kononnya mereka ada fakta. Walhal kes sememangnya berlaku di situ. kenapa perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai?. Alasan yang diberikan oleh pihak tertentu kerana takut rakyat panik adalah tidak berasas sama sekali. Sekarang barulah rakyat panik apabila kluster Bali semakin merebak dalam diam", tambah Shukri.

Gara-gara kenyataan pihak IIUM, kini kreadibiti portal sebenarnya.my mula diragui. Mereka sendiri tidak pasti tapi telah kongsi cerita yang bercanggah dengan fakta sebenarnya. Mohon portal terbabit memperbetulkan kenyataan berkaitan. #PDO
Share:

Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !


IPOH - Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
 Ketua Polis Perak, Razarudin Husain dipetik oleh New Straits Times mengesahkan perkembangan itu.

"Hadir ke mahkamah majistret Gerik pagi esok," katanya. Noor Azmi dan Razman dijangka didakwa di sana pada pukul 9 pagi. Ketika dihubungi, Razman memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh polis.
"Ya, saya telah dimaklumkan," katanya. Bagaimanapun, Razman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. "Tak apa, tunggu esok," tambahnya.
Noor Azmi tidak menjawab permintaan untuk memberi ulasa ketika berita ini ditulis. Noor Azmi sebelum ini memuat naik beberapa gambar di Facebook memaparkan dirinya bersama rombongan mengunjungi sekolah agama di Lenggong pada 17 April.

Dalam gambar itu, dia dilihat menyerahkan barangan kepada beberapa individu. Kira-kira 20 individu lain juga dipaparkan makan bersama tanpa penjarakan sosial, termasuk exco Perak. Meskipun kiriman tersebut telah dipadam di Facebook, tangkap layar kiriman itu tersebar di media sosial. Noor Azmi dan Razman telah meminta maaf sebelum ini.
Di bawah Seksyen 7 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Berjangkit) 2020, seseorang yang melanggar PKP boleh didenda hingga RM1,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.
PKP bermula pada 18 Mac dan dijangka berakhir pada 12 Mei, setelah tiga kali dilanjutkan. #sumber
Share:

Teguran ADUN Pelangai Isu Kenaikan Cukai Tanah Berasas !


KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) hari ini mengganggap teguran yang dibuat oleh mantan Menteri Besar Pahang yang juga ADUN Pelangai, Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob berhubung kenaikan cukai tanah yang terlalu tinggi di negeri ini adalah berasas.

Demikian kenyataan oleh Presiden NGO terbabit, Haslihelmy DM Zulhasli ketika mengulas tetang perkara itu. Video ucapan Adnan boleh ditonton oleh orang ramai secara langsung menerusi facebook Kerajaan Negeri Pahang ketika persidangan berlangsung. 

"Saya beberapa kali meneliti video ucapan ADUN Pelangai ketika beliau berucap pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang baru-baru ini. Saya melihat teguran Long Nan (Adnan Yaakob) kerana beliau sayang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail", katanya.

Adnan dalam ucapannya mendakwa MB Pahang (Wan Rosdy) cukup cakna dengan kebajikan rakyat terutamanya sewaktu negara dilanda pandemik Covid-19 ketika ini.

"Atas faktor itulah Long Nan membuat teguran supaya Kerajaan Negeri Pahang tidak sewenang-wenangnya menaikkan cukai tanah sehingga mencecah 20,000 peratus. Teguran mantan MB itu ada asasnya kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang", dakwa Haslihelmy lagi.

Beliau turut menegaskan, jika cukai tanah naik terlalu tinggi, tentunya yang akan terbeban ialah rakyat Pahang. Malah katanya pelabur juga takut untuk melabur di negeri ini akhirnya. 

"Saya juga setuju apabila Long Nan menyebut tanggungjawab kerajaan negeri bukan untuk berniaga, tetapi adalah mewujudkan keamanan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Tidak salah mahu naikkan cukai tetapi biarlah berpatutan dan adil kepada rakyat. Jika naik sehingga 20,000 peratus seperti dinyatakan oleh Long Nan, dimanakah keadilan untuk rakyat negeri ini", tambah beliau lagi.

Beliau juga berharap Kerajaan Negeri Pahang memandang serius teguran mantan MB itu dan segera mengambil tindakan sewajarnya.  Katanya, beliau senada dengan Adnan supaya pegawai pentadbiran dan kakitangan awam memainkan peranan selaku penggerak dibelakang tabir, bagi membantu melaksanakan perancangan dan dasar-dasar yang diputuskan oleh 'political master' mereka.

"Kelicinan perkhidmatan awam memastikan juga kelicinan pemerintahan dan pengurusan. Perkhidmatan awam yang berkesan membolehkan 'political master' bukan sahaja merancang tetapi dengan bantuan perkhidmatan awam dapat melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan", kata kenyataannya. #PDO
Share:

Hadi: Isu Rohingya, Lihat Menyeluruh Bukan Secara Serpihan !


KUALA LUMPUR – Presiden Pas mahu semua pihak melihat isu melibatkan pelarian etnik Rohingya dari sudut menyeluruh, bukan secara serpihan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dunia pernah menghadapi isu Palestin, Kashmir, Bosnia dan lain-lain, bukan sahaja Rohingya yang mencetuskan krisis antarabangsa yang tidak ditangani secara konsisten.
Keadaan begitu berlaku apabila ia tidak dipandang dari sudut hak beragama, hak berperikemanusiaan dan hak berpolitik yang tidak boleh dilihat dari aspek pelarian semata-mata.
“Dahulunya, isu Palestin yang tidak selesai sehingga hari ini, walaupun puncanya sangat zalim apabila tanah air dirampas daripada penduduk asal bagi menubuhkan negara haram Yahudi yang sudah hilang dalam lipatan sejarah.
Namun, kuasa besar dunia yang dipengaruhi politik Zionis bertindak menjelmakannya semula bagi melaksanakan agenda impian Zionis yang sangat zalim,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau berkata, tindakan itu telah mencetuskan krisis pelarian yang berlarutan dan belum selesai, di samping meneruskan kezaliman berlesen daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap rakyat Palestin sehingga kini.
Begitu juga isu Kashmir yang terus berlarutan tanpa mempedulikan kepada Resolusi PBB supaya diadakan referendum bagi menuntut hak majoriti rakyat, tetapi dinafikan dengan keras dan kejam tanpa dipedulikan, kemungkinan kerana mereka penganut Islam.
“Isu Bosnia pula terpaksa diselesaikan apabila menghadapi kekalahan kerana keberanian rakyatnya yang berjuang, tetapi dibelenggu dengan syarat-syarat ditetapkan oleh perjanjian yang menetapkan dasar sekular bagi menghalang kebangkitan politik Islam di Eropah.
"Arakan adalah wilayah kaum muslimin Rohingya sejak beberapa abad yang lalu menjadi penduduk asal menganut Islam. Hak beragama adalah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, tetapi dinafikan kepada mereka, termasuk hak berpolitik di bumi tempat mereka dilahirkan dan berpijak,” katanya.
Kata Abdul Hadi, Islam mengajar penganutnya melindungi mangsa kezaliman tanpa batas agama, bangsa dan warna kulit, sebelum wujudnya piagam antarabangsa.
Berdasarkan realiti tersebut, kata beliau, sepatutnya masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan sahaja kelakuan kerajaan Myanmar yang menyekat hak beragama dan berpolitik kepada rakyatnya sendiri di tanah air.
“Langkah sebenar adalah menghalang penghapusan etnik dan tindakan memaksa rakyat Rohingya kerana faktor agama dan kaum, bukan menghalalkan tindakan Myanmar dengan membuka pintu untuk terus dihalau dan dijadikan pelarian secara terbuka seolah memudahkan tindakan yang salah itu.
“Menerima pendatang adalah tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan negara Malaysia sahaja,” katanya. #sumber

Share:

Covid-19: Satu Kematian Di Catatkan, 40 Kes Positif Hari Ini


PUTRAJAYA – Sebanyak satu lagi kes kematian berkaitan wabak Covid-19 dicatatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 12 tengahari hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, pertambaha!n itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian berkaitan Covid-19 di Malaysia sebanyak 99 kes.


"Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan hari ini memaklumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 99 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya pada sidang media harian di KKM hari ini.


Menurut Noor Hisham, satu kes kematian yang direkodkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 78 tahun dan disahkan meninggal dunia pada 27 April 2020 jam 4.31 pagi.

"Lelaki itu merupakan kes ke-4,087, seorang warganegara Malaysia dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok. Beliau telah dirawat di Hospital Hajah Eche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor pada 7 April 2020,” katanya.
Selain itu, Noor Hisham juga mengesahkan sebanyak 40 kes baharu positif Covid-19 yang telah dilaporkan hari ini.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 1,764 kes. Mereka ini telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.
Sementara itu, KKM juga mencatatkan sebanyak 95 kes yang telah pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan discaj, hari ini.
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,957 kes (67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
“Sekali lagi, bilangan kes yang discaj hari ini adalah hampir dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya lagi. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.