script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Zafrul: Bayaran Fasa Kedua BPN Bermula 4 Mei Ini


KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional untuk golongan B40 dan M40 melibatkan isi rumah dan individu bujang akan dilakukan bermula 4 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima telah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion.

"Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangancawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

"Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran Fasa Ke-2 untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, samada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020," katanya semasa Perkongsian Laporan Ke-3 Pencapaian PRIHATIN-LAKSANA pada Selasa.

Sehingga 26 April, kementeriannya telah menerima lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan.

Daripada jumlah ini, sebanyak 2.96 juta merupakan permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan.

"Proses ini akan ditutup pada hari Khamis, 30 April ini. Pengumuman pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai  1 Mei 2020 dan proses permohonan akan diselaraskan serta diumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat.

Selain itu, permohonan Program Subsidi Upah permohonan yang diluluskan telah meningkat daripada 159,000 majikan, melibatkan 1 juta pekerja kepada 195,000 majikan yang melibatkan 1.5 juta pekerja.

"Bantuan ini melibatkan peruntukan RM1.35 bilion, iaitu peningkatan daripada RM1.2 bilion pada minggu lalu," kata beliau lagi.

Mengenai Dana Pinjaman Mudah PKS sehingga 26 April, sebanyak RM4.5 bilion telah diluluskan untuk 8,500 Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan merupakan  peningkatan daripada RM2.7 bilion untuk 5,000 PKS minggu lalu.

Bermula 23 April 2020, KWSP telah melancarkan e-CAP yang bertujuan untuk membantu PKS yang layak dalam menguruskan aliran tunai bulanan perniagaan.

"e-CAP juga dihasratkan dapat membantu majikan untuk terus kekal beroperasi serta mengekalkan tenaga kerja mereka.Program ini membolehkan majikan yang mempunyai sehingga 200 pekerja untuk memohon penangguhan dan penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk caruman bulan April, Mei & Jun 2020 (iaitu pada bulan Mac, April & Mei 2020)," ujarnya. 

Bagi PKS yang mempunyai lebih 200 pekerja, sekiranya mereka perlukan penyelesaian yang berlainan dari apa yang ditawarkan melalui program e-CAP, mereka juga boleh menghubungi KWSP untuk pertimbangan, dengan syarat PKS mempunyai rekod bayaran caruman yang baik sebelum bermulanya wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk 2.5 juta penjawat awam dan pesara, termasuk veteran angkatan tentera tidak berpencen telah dibuat pada 23 April 2020.

Bagi golongan pelajar IPT pula, kementeriannya telah mula menghulurkan bantuan RM200 secara one-off pada 27 April 2020 dan ia memanfaatkan seramai 1.5 juta pelajar IPT sekitar negara.

Untuk kategori perniagaan pula, permohonan untuk jaminan pinjaman DANAJAMIN akan mula dibuka 1 Mei ini #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.