script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

DoJ Pulangkan Dana AS$300j Mlik 1MDB Kepada Malaysia !


KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan sebanyak AS$300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia.
Wang itu merupakan dana yang diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah inisiatif pemulihan aset kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, jumlah  tersebut merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual serta aset 1MDB yang disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu yang dikaitkan dengan Jho Low.
Ia susulan penyelesaian DoJ dengan Jho Low pada 30 Oktober lalu dalam beberapa tuntutan pelucutan hak yang telah difailkan oleh jabatan itu ke atas aset-aset yang dibeli oleh ahli perniagaan yang dikehendaki itu dengan menggunakan dana 1MDB.
Perdana Menteri berkata, pemulangan wang itu bermakna dana 1MDB yang telah dikembalikan kepada Malaysia – sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan atau aset secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 juta.
Proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DoJ, ujar beliau.
”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika Syarikat terutama kedutaan negara itu di Kuala Lumpur atas bantuan dan kerjasama utuh dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta ini.
”Saya juga berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan,” tambah Perdana Menteri.
Katanya, usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan akan terus bekerjasama dengan DoJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset entiti itu pada masa akan datang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.