script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Asyraf Persoal Azmin Benar Tiga Sektor Ekonomi Beroperasi ?


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Duduki tampil mempersoalkan kewajaran Menteri Kanan Azmin Ali mengumumkan kebenaran tiga sektor ekonomi beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) masih berlangsung.
Beliau turut mempersoalkan sama ada benar atau tidak kebenaran itu akan memanfaatkan dua juta pekerja rakyat tempatan sedangkan sektor pembinaan dipelopori oleh pekerja asing.
"Apakah wajar Menteri Kanan (Azmin Ali) mengisytiharkan kebenaran tiga sektor ekonomi untuk kembali beroperasi di kala negara masih bergelut memastikan rantaian wabak Covid-19 diputuskan melalui PKP fasa 3 ini?
"Apakah benar dakwaan memanfaatkan dua juta pekerja rakyat tempatan, sedangkan semua maklum sektor pembinaan sahaja majoritinya pekerja asing?" soalnya dalam satu tulisan di Facebook, hari ini.
Asyraf turut melampirkan kenyataan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) yang memaklumkan kerajaan membenarkan sektor ekonomi yang kritikal terus beroperasi demi menjamin pekerjaan rakyat dan kelangsungan ekonomi.
Langkah ini menyelamat dua juta pekerjaan daripada tiga sektor terpenting.
Azmin dalam satu hantaran di Facebook semalam memaklumkan tiga sektor tersebut terdiri daripada pembinaan dan industri berkaitan, elektrikal dan kejuruteraan serta industri mesin dan peralatan.
"Syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi harus memastikan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM (kementerian kesihatan Malaysia) dipenuhi dan mempraktiskan norma baharu supaya penularan wabak dapat dibendung," katanya.
Sementara itu Asyraf menegaskan pihaknya berharap Azmin sudah mendapat pandangan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkait kebenaran tersebut.
"Tidakkah cukup pengalaman negara jiran Singapura yang kembali meningkat kes jangkitan baharu Covid-19 sebanyak 334 kelmarin sahaja dan kebanyakannya disumbangkan oleh pekerja asing!
"Harap menteri kanan sudah mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengenainya bukan sekadar mengejar keberuntungan sementara," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.