script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Pahang Tahun Ini Kekal RM7


KUANTAN- Kadar zakat fitrah bagi negeri Pahang tahun ini kekal RM7 atas perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, kaedah bayaran melalui amil tidak disediakan kali ini mengambil kira keutamaan memutuskan rangkaian wabak koronavirus (Covid-19) dan pematuhan kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, pihak Muip menetapkan kaedah bayaran pada tahun ini secara dalam talian melalui capaian ezakat.muip.gov.my.
Beliau berkata, bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui aplikasi PahangGo dan SnapNPay.
"Hebahan dan perkongsian alamat capaian ini serta kaedah bayarannya akan dibuat melalui media.
"Bagi mereka yang tiada kemudahan untuk membuat bayaran secara dalam talian dibolehkan memilih kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah Pahang 15888," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Hairi berkata, kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah Pahang 15888 adalah pilihan hanya untuk mereka yang tiada kemudahan membuat bayaran secara dalam talian dan tidak mempunyai anak, saudara mara atau wakil yang boleh membantu membuat bayaran melalui kaedah itu.
"Melalui kaedah ini, pihak Muip akan mendahulukan bayaran bagi pihak pembayar dan mereka perlu membayar balik kepada majlis selepas berakhir tempoh PKP.
"Sekiranya PKP ditamatkan dalam tempoh Ramadan dan khidmat amil disediakan, maka kaedah bayaran ini ini tidak lagi disediakan.
"Keharusan menggunakan kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah Pahang 15888 ini adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang," katanya.
Beliau berkata, selain kaedah-kaedah bayaran yang dinyatakan, pihak majlis akan terus menyediakan kaedah bayaran alternatif lain kepada mereka yang tiada kemudahan membuat bayaran secara dalam talian supaya tanggungjawab menunaikan zakat fitrah dapat ditunaikan.
"Bagi mereka yang didapati memungut zakat fitrah tanpa kebenaran Muip akan diambil tindakan di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Umat Islam digalakkan menghidupkan bulan Ramadan ini dengan amal ibadah dan patuh dengan ketetapan pihak berkuasa selama tempoh PKP ini berkuat kuasa," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.