script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: Sebanyak 57 Kes Baharu Di Rekodkan, Tiga Korban


PUTRAJAYA – Selepas merekodkan tidak kes kematian semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkata, terdapat tiga kematian baharu bagi pesakit positif Covid-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kematian mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
“Kes kematian ke-90 (kes ke-2,050) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan merupakan ibu kepada kes ke-2,053 (yang turut mempunyai gejala pada hari yang sama).
“Kes kematian ke-91 (kes ke-4090) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-4,711.
“Kes kematian ke-92 (kes ke-5,332) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 92 tahun dan disahkan meninggal dunia pada 21 April pukul 1.30 pagi tadi,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak 57 kes jangkitan baru positif Covid-19 dilaporkan hari ini.
Kes jangkitan baru hari ini merupakan hari kelima trend dua angka sejak 16 April lalu.
“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,482 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,041 kes,” kata Noor Hisham lagi.
Daripada 57 kes, sebanyak 18 adalah kes import daripada warganegara Malaysia
yang pulang dari luar negara.
Sebanyak 39 kes positif adalah kes penularan tempatan.
Sehingga kini, Noor Hisham juga memaklumkan seramai 43 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, katanya, seramai 54 pesakit sembuh hari ini.
Jumlahnya sehingga kini, 3,349 kes sembuh berbanding 2,041 kes aktif. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Semoga wabak in beransur pergi dan Malaysia aman dan damai. Aamin

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.