script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Seramai 1,500 Penduduk Kuantan Jalani Saringan Covid-19 !


KUANTAN: Seramai 1,500 individu di daerah ini menjalani saringan COVID-19 dikendalikan Jabatan Kesihatan negeri di Terminal Sentral Kuantan (TSK), Indera Mahkota, di sini hari ini.
Penyelaras program, Dr D Narish Kumar, berkata program berskala besar bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu disertai 100 kakitangan termasuk 20 doktor menggunakan sistem pandu lalu.


Beliau berkata, pihaknya menggunakan khidmat doktor dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan, PKD Maran dan PKD Pekan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melancarkan proses saringan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Kawasan TSK yang luas dan bertingkat memberi lebih keselesaan kepada petugas dan individu yang menjalani saringan, tingkat bawah digunakan untuk proses mengisi borang dan tingkat atas bagi proses saringan," katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, mereka yang terbabit tidak perlu turun daripada kenderaan masing-masing, doktor dan jururawat akan datang ke kenderaan mereka bagi melakukan saringan.
Dr Narish berkata, kerjasama diberikan individu yang turut membawa ahli keluarga bersama adalah suatu tindakan yang dipuji, sekali gus membuktikan kesedaran tinggi masyarakat terhadap bahaya COVID-19.
"Sebelum ini saringan dilakukan berskala kecil, kali ini jumlahnya mencecah 1,500. Ini antara usaha untuk kita menyekat penularan wabak COVID-19 di daerah ini," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.