script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Semua Wang 1MDB Diperolehi Jika Perjanjian IPIC Diteruskan


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan jumlah dana sebanyak AS$620 juta yang diterima oleh Kerajaan Malaysia hanya sebahagian kecil daripada AS$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020 berbanding jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik Kerajaan Abu Dhabi diteruskan.
Namun, katanya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membatalkan perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata, Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) pada tahun lepas sedang setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.
Tegas Najib, kalau niat Kerajaan PH ketika itu untuk mendapatkan kembali wang berkenaan, sewajarnya perjanjian penyelesaian ini dipatuhi.
”Bergantung kepada DoJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.
”DoJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tetapi, kata Najib, niat Kerajaan PH ketika itu berlainan.
Ini kerana, jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka itu bermakna Najib tidak rompak apa-apa.
Dan, ia bercanggah dengan propaganda PH sebelum ini.
”Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
”Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DoJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekali gus seperti dalam perjanjian penyelesaian,” tambah Najib lagi sambil memberi tahu penerangan tersebut telah diulang banyak kali dan tidak pernah disangkal oleh PH.
Menurutnya, kerajaan sekarang sepatutnya meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekali gus dan bukannya dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit.
Malah, dalam kenyataan itu, Najib berpandangan dana 1MDB yang masih diterima oleh kerajaan sekarang secara tidak langsung menyangkal tuduhan PH sebelum ini bahawa DoJ tidak akan meneruskan kerjasama atau kerajaan sedia ada tidak akan meneruskan usaha mendapatkan semula semua dana yang didakwa hilang.  #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.