script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang mengambil keputusan melanjutkan tempoh operasi pasar awam di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini selama dua jam.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tempoh asal operasi yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  ialah bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari termasuk dalam bulan Ramadan dan dengan pelanjutan masa ini, operasi pasar awam bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.

Menurutnya,, keputusan itu diambil sebagai tindak balas Kerajaan Negeri terhadap aduan yang diterima terutamanya dalam kalangan peniaga-peniaga terutama penjual daging yang bimbang, daging dilapah sebelah pagi setiap hari, tidak sempat dijual selewat-lewatnya pada 12 tengah hari.

"Mereka meminta tempoh ini dilanjutkan, dengan itu mempunyai cukup masa untuk menjualnya setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan kerja-kerja melapah daging," katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan keputusan itu, sekali lagi menunjukkan sikap prihatin dan responsif Kerajaan Negeri terhadap aduan dan masalah yang dibangkitkan oleh rakyat sepertimana peniaga-peniaga/penjual daging ini.

"Adalah menjadi harapan saya agar keputusan ini melegakan dan dihargai oleh para peniaga. Semoga mereka terus akur dengan segala syarat dan ketetapan yang dibuat oleh PBT-PBT berkenaan," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.