script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Jamin Akan Bela Rakyat Dalam Sebarang Situasi !


KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan membela rakyat dalam sebarang situasi sekalipun negara sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 ketika ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dan pelbagai strategi telah diatur bagi memastikan tiada rakyat terpinggir dalam mendapatkan bantuan sewajarnya sewaktu tempoh tersebut.
“Langkah yang kita ambil ini akan memberi impak kepada memelihara kehidupan mereka supaya menjadi lebih sejahtera dan terjamin. Apa tujuan kerajaan, kalau bukan untuk membantu, membela rakyat… ini keadaan yang paling utama, dalam mana-mana kerajaan sekalipun.
“Dan usaha mesti dibuat secara bersungguh-sungguh supaya kesan daripada langkah yang kita ambil itu dapat bantu membaiki kehidupan mereka,” katanya dalam temu bual khas yang disiarkan di RTM, Astro Awani, TV3 dan Bernama TV malam ini.
Beliau berkata, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan baru-baru ini tidak mengecualikan mana-mana kumpulan kategori kerana semua rakyat terjejas akibat COVID-19.
“Kalau dilihat dalam pakej rangsangan itu, jumlahnya besar, tetapi saya kira, tidak terkecuali…baik dalam golongan berpendapatan rendah (B40), perniagaan, individu ataupun kumpulan, mereka ada dapat bahagian daripada itu, kumpulan M40 pun ada di situ,” katanya.
Pada 27 Mac lepas, Muhyiddin mengumumkan PRIHATIN sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.
Selepas itu, Perdana Menteri mengumumkan pula pakej rangsangan ekonomi tambahan bernilai RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Mengulas mengenai perancangan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat selepas tamat tempoh PKP, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan membiarkan ekonomi negara runtuh bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat.
“Kita tidak boleh biar keadaan itu runtuh kerana dengan sebab (adanya) kegiatan ekonomi, kerajaan memungut cukai, tetapi jika bisnes sudah rosak ataupun rugi, mana pendapatan kerajaan untuk membiayai segala bentuk keperluan rakyat,” tambahnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.