script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Di Gantung Jumpa Azmin, Haniza Persoal Anwar Temui PM !


KUALA LUMPUR - PKR menggantung jawatan Ketua Wanitanya, Haniza Talha sementara menunggu siasatan lembaga disiplin selain menghantar surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya, Tian Chua.
Menurut Haniza, beliau digantung kerana bertemu bekas pemimpin PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang tidak dinyatakan secara khusus.
Seuhubungan itu Haniza mempersoalkan penggantungan tersebut sedangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Muhyiddin merupakan tokoh penting yang memainkan peranan dalam kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), manakala Azmin dan Zuraida keluar PKR untuk menyertai Bersatu.
"Zuraida dan Azmin berada dalam parti yang sama seperti perdana menteri. Mengapa saya tidak boleh bertemu dengan Zuraida dan Azmin tetapi presiden boleh bertemu dengan Muhyiddin. Apa ni?" katanya kepada Malaysiakini.
Haniza berkata adalah aneh apabila surat penggantungan itu tidak menyatakan bila beliau bertemu dua bekas pemimpin PKR berkenaan.
Tambahan pula, katanya, surat itu juga menyebut keputusan kepimpinan pusat PKR pada Mac 21 lalu untuk mengarahkan Haniza dan Chua menunjukkan surat tunjuk sebab tetapi tidak menggantung mereka.
"Kamu tak boleh buat perkara seperti ini. Kamu buat satu keputusan, tetapi mengambil tindakan yang berbeza," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan kekal bersama PKR.
Adun Lembah Jaya itu berkata surat berkenaan dihantar kepada beliau pada Isnin lalu, iaitu kira-kira satu jam sebelum mesyuarat biro politik PKR.
Justeru kehadiran surat itu menghalang beliau daripada menyertai mesyuarat tersebut.
Sementara itu, Ketua Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim menegaskan bahawa Haniza dan Chua tidak dipecat daripada PKR.
Katanya, penggantungan Haniza masih disiasat oleh lembaga disiplin.
"Dia tidak dipecat. Apabila siasatan lembaga berakhir, mungkin lembaga akan berpuas hati dengan jawapan beliau dan penggantungan itu akan ditarik balik dan dia akan menjadi ahli semula," katanya ketika dihubungi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.