script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: 325 Anggota Kesihatan Positif, 185 Pulih & Discaj


PUTRAJAYA – Seramai 325 anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dikesan positif Covid-19 sehingga 23 April 2020 iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan anggota KKM itu, sebanyak 185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj dari hospital.
“Manakala sebanyak 137 kes lagi sedang dirawat di hospital dan tiga kes kematian,” katanya dalam sidang media hari ini.
Kes-kes itu terdiri daripada 77 orang pegawai perubatan; 66 orang jururawat;34 orang pegawai perubatan siswazah; 23 orang pakar perubatan; 21 orang penolong pegawai perubatan dan 104 kes adalah dalam lain-lain skim perkhidmatan.
Tambah Noor Hisham, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota KKM  bukannya disebabkan oleh pengendalian kes yang telah disahkan positif Covid-19 di fasiliti Kesihatan KKM.
Justeru katanya, pihak KKM mendapati 70 peratus kes adalah berpunca daripada aktiviti persendirian misalnya menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya.
Oleh demikian belaiu menasihatkan dan menyeru supaya semua anggota kesihatan dan barisan hadapan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan dengan memastikan tangan sentiasa bersih, mengelak berada di kawasan yang sesak dan berada di kawasan yang tertutup secara beramai-ramai seperti di ruang makan di tempat kerja.
“Mereka juga perlu mengekalkan jarak satu meter ketika cakap bersemuka dengan orang
lain, memastikan kawasan kerap disentuh adalah bebas daripada kuman termasuk di kawasan yang kerap digunakan secara bersama oleh ramai petugas misalnya ruang makan di tempat kerja.
“Menggunakan alat pelindung diri mengikut keperluan terutamanya mengamalkan penggunaan alat penutup mulut dan hidung semasa mengendalikan pesakit dan menggunakan PPE yang sesuai apabila melaksanakan sebarang prosedur klinikal.
“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian Covid-19 melalui segala maklumat yang diperoleh dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” tegasnya lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.