script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Program Temubual Menteri Jadi Sesi Gaduh Dengan Netizen !


Satu sesi temubual eksklusif bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah bertukar menjadi sesi pergaduhan bersama netizen di laman Facebook rasminya, Jumaat lalu.

Melalui satu hantarannya, Saifuddin dijadualkan bakal bersiaran di udara bersama Pahang Radio untuk membincangkan isu Covid-19.

Namun, perbalahan pula timbul apabila netizen mula menempelak beliau dan pergaduhan meleret antara Ahli Parlimen itu sehingga membabitkan lebih ramai turut meninggalkan komen.

Walaubagaimanapun komen pergaduhan itu telah pun dipadam oleh Saifuddin.

Beberapa komen yang sempat dibaca antaranya dari pengguna akaun, Jebat Derhaka yang meninggalkan komen, “Salam pengkhianat. Semoga kau dihina sampai mati”.

Komen tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Indera Mahkota itu yang turut membalas, “Kalau Allah kata doa itu bukan hak saya, saya doakan doa tuan kepada saya dipulangkan kepada tuan balik sebab ia datang dari tuan. Ameen,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, balasan komen antara keduanya tidak terhenti disitu apabila pengguna FB itu tadi turut membangkitkan isu kemenangan Menteri terbabit yang berdasarkan atas undi rakyat, namun setelah menang, memilih pula untuk mengkhianat.

Jawapan balas Saifuddin pula mendapat serangan ramai selepas menulis:

“Menang saya pun kerana Allah. Pengundi hanya penyebab. Kalau pengundi saya undi saya dan Allah kata saya tak menang, saya tak akan menang. Kun faya kun,”

Pengguna Alif Haikal berkata, “senang dan mudah je nak gunakan nama Allah. Saya pengundi Indera Mahkota rasa dukacita pulang ke kampung halaman dengar seruan kerajaan balik mengundi pilihan anda. Asbab kami lah, Datuk boleh menang, boleh terima gaji sebagai Menteri,” tulisnya.

Komen tersebut turut disebarkan netizen di laman Twitter yang mengkritik beliau dengan berkata, sudah khianat mandat pengundi, namun masih boleh bercakap menang kerana Allah.

“Ibarat berjaya merompak bank, lepas itu cakap berjaya merompak kerana Allah,” ciap pengguna Fadzilah Mamat.

“Kena tag dia bagi dia faham jgn sesuka hati nak guna nama Allah. @saifuddinabd ingat juga kedudukan kamu setaraf @NajibRazak . Dia menang juga kan tapi pengkhianat.

“Sejak join PN ini dah terikut perangai menunggang agama,” tulis pengguna Azean Shafinaz. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Salam tuan2...

    Memang tak faham saya.. mcmana la menteri ni bole ckp dia menang bukan sebab org undi dia.. tk payah la nak bgtau itu semua kuasa Allah... hal itu semua muslim tahu.. aduiiii... apalah tahap maruah menteri ni... takutnya saya lihat kemunafikan mereka yg seumpamanya...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.