script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Adakah Penjawat Awam Di Tahan Ingkar PKP, Hilang Pencen?


PETALING JAYA: Dua peguam berbeza pendapat sama ada pesara kerajaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) akan kehilangan pencen mereka.
Adnan Seman berkata, pesara kerajaan yang dipenjarakan walaupun sehari kerana melanggar PKP akan kehilangan manfaat itu, tetapi peguam Muhammad Rafique Rashid Ali tidak bersetuju.
“Pencen bukan hak, tetapi keistimewaan dan boleh dirampas selepas disabitkan kesalahan,” kata Adnan.
Terdapat kira-kira 850,000 pesara awam yang menerima pencen.
Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980 menyatakan pencen atau faedah lain akan dihentikan serta-merta apabila pesara itu dikenakan hukuman mati atau penjara oleh mahkamah.
Bagaimanapun, Seksyen 21 (2) menyatakan pencen itu akan dikembalikan dengan kesan retrospektif dalam kes pesara itu selepas disabit bersalah, menerima pengampunan.
Peguam itu berkata, bayaran pencen akan diteruskan jika individu itu dijatuhkan hukuman dalam bentuk lain, seperti denda, bukannya penjara.
PKP diisytiharkan menggunakan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Di bawah Peraturan 6, pesalah boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya jika didapati mengingkari PKP.
Selasa lalu, Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, polis akan mengurangkan tumpuan dalam mengeluarkan kompaun kepada pengingkar PKP, sebaliknya mereka yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah.
Katanya, Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 akan digunakan mulai sekarang kerana hukumannya lebih berat.
Pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala pesalah kali ke-2 boleh dipenjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, Rafique berkata, peruntukan di bawah Akta Pencen perlu dibaca bersama Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang Yang Tidak Diingini 1969.
“Membaca Seksyen 21 secara berasingan boleh mengelirukan dan seseorang itu perlu ingat kewujudan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang Yang Tidak Diingini yang berkaitan pendaftaran penjenayah.”
Katanya, pendaftar di bawah undang-undang itu perlu mendaftarkan sesiapa saja yang disabitkan pelbagai kesalahan yang dianggap boleh didaftarkan di bawah Jadual 1 dan 2.
“Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak disenaraikan. Oleh itu, mereka yang melanggar PKP tidak boleh dianggap sebagai pesalah boleh didaftarkan.”
Rafique berkata, polis dan pihak pendakwaan perlu menjelaskan peruntukan apa di bawah penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan.
“Saya difahamkan polis bergantung kepada Seksyen 269 Kanun Keseksaan untuk menahan orang atas alasan tindakan cuai yang ming menyebarkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya kepada nyawa.”
Katanya, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mewartakan peraturan itu untuk menghukum pengingkar PKP yang enggan duduk di rumah, tetapi Ismail mengumumkan undang-undang induk itu akan digunakan kerana ia memperuntukkan hukuman lebih berat. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.