BAITULMAQDIS - Buat pertama kali dalam sejarah moden, perkarangan Masjid al-Aqsa kesunyian tanpa para jemaah ketika menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Kebiasaannya puluhan ribu orang akan berbondong-bondong ke tapak suci umat Islam itu untuk mendirikan solat Jumaat dan solat terawih. Namun hari ini, ketibaan bulan suci itu hanya disambut oleh beberapa orang petugas masjid yang memakai topeng muka, berdiri jauh antara satu sama lain untuk mendirikan solat Jumaat, akibat langkah keselamatan bagi mencegah jangkitan COVID-19.
Sebanyak 480 kes positif COVID-19 dicatatkan dalam wilayah Palestin yang terjajah, dengan empat kematian. #sumber








Tiada ulasan:
Catat Ulasan