script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jika Tempat Lain Tolak, Temerloh Sedia Terima Ustaz Ebit Lew


MENGENALI penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew beliau sebenarnya seorang individu yang cukup 'simple' dan baik perwatakannya.

Umum pasti mengetahui Ustaz Ebit Lew merupakan seorang mualaf yang setiap kali beliau berceramah, penyampaiannya penuh dengan pengisian dan apa yang penting sangat mudah difahami.

Kata-kata yang diungkapkan oleh Ustaz Ebit Lew bagi saya sangat bermakna, ia 'simple' tetapi begitu mendalam maknanya.

Selain berceramah, mualaf itu juga kerap tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama, saya percaya tidak semua mualaf ataupun orang Islam boleh buat seperti apa dilakukan Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, tindakan Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran penularan pandemik COVID-19 dikritik dan disalahertikan oleh segelintir pihak.

Atas faktor itu, Ustaz Ebit Lew berkongsi kesedihannya kerana niat disalaherti dan membuat keputusan 'berehat' untuk memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.

Ustaz Ebit Lew turut memuat naik status di Facebooknya yang menyatakan "Saya minta maaf pada semua. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung.

"Saya cuma akan transfer (pindahkan) duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP, baru saya cuba bantu."

Saya berpandangan, kisah Ustaz Ebit Lew membantu golongan memerlukan dengan cara memuat naik di laman sosial sekadar berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.

Itu juga dinyatakan oleh Ustaz Ebit Lew.

Mungkin tindakan memuat naik itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak, namun niat Ustaz Ebit Lew cukup murni iaitu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Jika kita tidak mampu untuk membantu orang memerlukan, bersama-samalah kita hargai usaha orang lain untuk membantu.

Sehubungan itu, kepada Ustaz Ebit Lew, jika tempat lain tidak mahu terima kehadiran Ustaz untuk menghulurkan bantuan, Temerloh sentiasa membuka pintu kepada Ustaz, yang pernah berceramah di Lanchang pada awal tahun 2018. Datanglah lagi ke Temerloh.

“Come Again to Temerloh Ustaz Ebit Lew"

Ikhlas ;
YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang/ ADN Lanchang/ Ketua UMNO bahagian Temerloh.

#sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.