script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bilangan Kes Yang Discaj Covid-19 Melebihi Kes Baru Hari Ini


PUTRAJAYA – Bilangan kes Covid-19 yang didiscaj hari ini melebihi bilangan kes baru. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes.
Bagaimanapun, sehingga pukul 12 tengahari hari ini, terdapat 88 kes baru yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5, 691 kes.
Katanya, sehingga kini, sebanyak 41 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 96 kes iaitu 1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, kes kematian ke-96 iaitu kes ke-2978 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-1,345 yang mempunyai sejarah pulang dari negara Indonesia, katanya.
Tambah beliau, lelaki itu dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia awal pagi hari ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.