script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiada Kematian Baharu, Kes Positif Paling Rendah Hari Ini


PUTRAJAYA – Tiada kematian baharu direkodkan berkaitan Covid-19 sejak 24 jam yang lalu selepas kali terakhir dilaporkan pada 19 April lepas.
Bagaimanapun, masih ada lagi penambahan 36 kes positif baru dicatatkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau menjelaskan, sehingga pukul 12 tengahari hari ini jumlah kematian kes Covid-19 kekal 89 kes.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes (60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
“Seperti dilihat beberapa hari ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,425 kes dan ini merupakan bilangan kes harian paling rendah direkodkan setakat ini.
Tambah beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,041 kes dan sehingga kini sebanyak 45 kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ujarnya, daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya lagi, penurunan jumlah kes harian yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua minggu lalu.  #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.