script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Beberapa Kawasan Di Sekitar Bandar Raub Di Naiki Air Akibat Hujan Berterusan Petang Tadi

 

KUANTAN -- Hujan lebat berterusan sejak lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Raub, kira-kira 198 kilometer dari sini, dinaiki air.


Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 6 petang itu menjejaskan Jalan Dato Abdullah, Taman Raub Jaya 3, Jalan Tras dan kawasan berhadapan TM Point selain mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Taman Melati.

“Selain stesen bas lama, kedai-kedai di kawasan berkenaan turut dimasuki air, bagaimanapun tiada sebarang pemindahan dilakukan.

"Jalan-jalan di kawasan berkenaan juga tidak ditutup buat masa ini malah hujan mulai reda sekitar 8.15 malam tadi dan kawasan yang dinaiki air mulai surut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kama Azural berkata pihaknya akan meneruskan kerja-kerja pemantauan di lokasi yang terjejas. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 2.335 Kes Positif Baharu Dengan 'Dua Kematian' Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA – Negara kembali melaporkan kes melebihi 2,000 selepas merekodkan angka tertinggi hari ini dengan 2,335 kes harian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 103,900 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,324 adalah kes tempatan manakala 11 kes import.

“Angka jangkitan turut dilaporkan daripada 11 kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Seng di Kuala Lumpur, Kluster Plastik Subang dan Kluster Jalan Asam di Selangor serta Kluster Pagar Siput dan Kluster Sungai Redan di Johor

“Selain itu, turut dilaporkan ialah Kluster Halban dan Kluster Seragam Chepa di Kelantan, Kluster Lis Putih dan Kluster Sentosa Residensi di Pulau Pinang, Kluster Pagar Bentong dan Kluster Semambu di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 451.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 874 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 83,414 setakat hari ini. #sumber

Share:

Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !

 


RANTAU PANJANG – Berpantang ajal, sebelum maut. Itu peribahasa paling tepat untuk menggambarkan situasi lima sekeluarga yang terselamat selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Kampung Gertak Buaya di sini pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, bot itu dipercayai terlanggar tunggul kayu sebelum ia hilang kawalan lalu terbalik.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka apabila bot-bot lain yang lalu di lokasi kejadian bertindak pantas untuk menghulurkan bantuan.

Saksi kejadian, Muhairi Muhammad, 42, berkata, sewaktu kejadian, dia telah melihat kelima-lima mangsa melambai-lambai tangan bagi meminta bantuan.

“Ketika itu, saya bersama dua anak dan seorang rakan sedang menaiki bot di kawasan tersebut terkejut melihat keadaan mereka itu lalu terus menyelamat mangsa.

“Sebelum kami sampai, saya dapati sebuah bot milik penduduk yang melalui lokasi kejadian telah merapati mangsa terlebih dahulu untuk menghulurkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang terlibat itu sedang dalam perjalanan ke jalan utama untuk pulang ke Kuala Krai selepas mereka terperangkap dalam banjir di kampung berkenaan.

Terdahulu, video kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman yang dimuat naik oleh Muhairi di Facebooknya menjadi tumpuan netizen

Mengulas lanjut, Muhairi memberitahu, dia bersama rakannya dan beberapa orang kampung telah berjaya menyelamatkan mangsa.

Katanya, dia bersyukur apabila semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selepas itu, saya bersama dua anak perempuan iaitu Alya Nafisa, 16, dan Auni Nafisa, 9 dengan bantuan sebuah lagi bot telah menghantar mangsa ke kawasan darat.

“Saya memuat naik video itu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pemakaian jaket keselamatan sewaktu menaiki bot,” katanya. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 1,247 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA – Jumlah kes jangkitan Covid-19 negara kini mencecah 101,565 selepas melaporkan sebanyak 1,247 kes baharu dengan kes tertinggi kekal dicatatkan di Selangor sebanyak 461.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Sabah melaporkan sebanyak 225 kes diikuti Johor sebanyak 205 kes.

Beliau berkata, sebanyak 309 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan manakala 211 kes lagi berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara membabitkan Kluster Tembok Gajah (113), Kluster Penjara Jalan Harapan (86), Kluster Tembok (lapan) dan Kluster Pompod (empat).

“Sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes dengan kes baharu tertinggi adalah di Kluster Tembok Gajah (113), Kluster Penjara Jalan Harapan (86), dan Kluster Puncak Galaksi (51).

“Pada masa sama, angka jangkitan turut dilaporkan daripada empat kluster baharu iaitu Kluster Cassia Diamond di Selangor, Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa di Kuala Lumpur serta Kluster Pompod di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan dua warganegara dan seorang warga asing berusia antara 64 hingga 76 tahun sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 449.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,441 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 82,540 setakat hari ini. #sumber

Share:

Kes Maut "Langgar Kerbau", Aktivis Gesa Akta Di Gubal Untuk Dakwa "Pemilik Haiwan" Cuai !

 


KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa pihak kerajaan menggubal akta dan undang-undang bagi mendakwa pemilik yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di atas jalanraya hingga menyebabkan berlaku kemalangan maut.

Aktivis masyarakat yang juga Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, sudah tiba masanya mereka ini dibawa ke muka pengadilan. Mereka gagal menyediakan kandang atau tempat tinggal untuk haiwan terbabit terutamanya pada waktu malam.

Akibatnya, banyak dilihat haiwan seperti kerbau, lembu, kambing dan sebagainya bebas berada di atas jalanraya.

"Jika haiwan seperti harimau, gajah, babi hutan dan sebagainya.. itu kita boleh kita sebagai haiwan liar dan tidak bertuan. Tapi macam kerbau, lembu dan kambing ini, ia adalah haiwan ternakan yang bertuan. Maka, bila berlaku kes kemalangan langgar haiwan terbabit, pemiliknya harua didakwa akibat cuai," dakwa Shukri.

Beliau adalah antara yang terawal berada di lokasi kemalangan 'langgar lembu' yang berlaku di  Kampung Ubai, Jalan Kuantan - Pekan kelmarin.

Dalam kejadian itu, dua mangsa yang menunggang motosikal dari dua arah berbeza telah meninggal dunia akibat terlanggar kerbau yang melintas jalan secara tiba-tiba.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa terlibat. Saya faham perasaan mereka ketika ini. Sebab itu saya menggesa pemilik kerbau berkenaan tampil, sama dalam kes langgar lari .. yang mana pemandu tampil membuat laporan polis di balai yang berdekatan," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa Allahyarwam Muhammad Faisal Ramli meninggal di tempat kejadian. Manakala seorang lagi mangsa, Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) awal pagi ini.

"Sudah tiba masanya akta digubal, kerana bila ada kes kematian begini siapa mahu dipersalahkan. Pemilik kerbau harus bertanggungjawab atas kehilangan dua nyawa manusia. Beliau tidak boleh lepas tangan begitu sahaja," tambah Shukri lagi.

Difahamkan, sudah banyak kali orang awam melihat kelibat kerbau di atas jalanraya di laluan antara Kampung Lamir dan Kampung Ubai.

"Ini bermakna, pemilik kerbau terbabit memang tinggal berdekatan kawasan kemalangan. Pihak berkuasa boleh mendapatkan maklumat dari orang kampung yang berdekatan. Biasanya, mereka akan tahu siapakah penduduk yang mengusahakan ternakan kerbau, lembu, kambing dan sebagainya," dakwa beliau.

Shukri juga menegaskan, ramai pihak bersedia membantu pihak berkuasa menjejaki pemilik kerbau terbabit jika diperlukan untuk siasatan.

Malah dalam kes haiwan berkeliaran ini, ada akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya. Bermakna keluarga mangsa juga boleh failkan tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa yang gagal mengambil tindakan terhadap pemilik yang cuai itu sebenarnya.

Undang-undang memakai "TAG pada haiwan ternakan juga perlu dilaksanakan segera agar memudahkan urusan pihak yang berkenaan menjejaki pemiliknya untuk tindakan susulan.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati melalui kawasan ini (jalan Kampung Lamir - Kampung Ubai) terutamnya pada waktu malam. 

Klik video beliau viral terawal kes kemalangan dengan kerbau di jalan Kampung Lamir kelmarin di  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1505122169878798&id=100011430885060

#PahangDaily

Share:

Seorang Lagi Mangsa Tragedi 'Langgar Kerbau' Di Lapor Telah Meninggal Dunia Awal Pagi Ini !

KUANTAN - Seorang lagi mangsa kemalangan dengan seekor kerbau di Jalan Kg Lamir - Kg Ubai Pekan kelmarin, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Allahyarham Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman yang berasal dari Kampung Pulau Serai dekat sini dilaporkan mengalami kecederaan serius dibahagian kepala akibat kemalangan tersebut.

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu turut mengorbankan seorang lagi mangsa di lokasi iaitu Allahyarham Muhammad Faisal Ramli dari Permatang Badak, Kuantan.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati melalui Jalan Kuantan - Pekan terutamnya laluan Kampung Ubai dan Kampung Lamir, kerana banyak haiwan ternakan terutamanya kerbau sering berada di atas jalan pada waktu malam. 

PDO mengucapkan salam takziah untuk keluarga kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian ini. Al-Fatihah. #PahangDaily

Share:

MB: "Peringanan" Cukai Tanah 2020 Di Pahang Akan Di Lanjutkan Sehingga Ke Tahun Hadapan

 


KUANTAN -- Kerajaan Negeri Pahang bersetuju peringanan atau pengurangan kadar cukai tanah yang diberikan pada tahun ini dilanjutkan sehingga  tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata keputusan itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 Dis lepas dan diharapkan membantu rakyat Pahang dalam melaksanakan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah.

"Keputusan ini juga diharapkan memberikan kelegaan dan ruang mencukupi kepada semua pemilik tanah untuk menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada tahun hadapan," katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Pada 22 Jan lepas, Wan Rosdy mengumumkan peringanan sehingga 80 peratus, selepas mempertimbangkan rayuan pembayar cukai terhadap kadar baharu cukai tanah di Pahang yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Kenaikan itu dibuat berdasarkan keputusan Kerajaan Persekutuan yang meminta kadar cukai tanah yang digunakan sejak 12 tahun lepas dikaji semula dan jika tidak, kerajaan negeri perlu menunggu sehingga 10 tahun lagi sebelum kajian semula dapat dilakukan.

Bagaimanapun, bagi memastikan kadar baharu itu tidak membebankan rakyat, Wan Rosdy mengumumkan pemberian peringanan yang antara lain menyaksikan cukai tanah kategori industri turun kepada 50 sen satu meter persegi berbanding kadar yang baharu diwartakan iaitu RM2.50 bagi satu meter persegi.

Pemberian peringanan itu juga menyaksikan cukai tanah kategori pertanian bagi keluasan melebihi 40 hektar ialah RM250 sehektar berbanding RM300 sehektar seperti yang diwartakan pada tahun 2020. #sumber

Share:

Jangan Terlalu Gembira Keputusan Mahkamah, Pembela Tetap Mahu Kerajaan Tubuhkan RCI !

BANGI - Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahya hari ini menggesa semua pihak jangan terlalu gembira dan berpuas hati dengan situasi terkini isu pencerobohan tanah 'Musang King' di Raub, Pahang.

Ini kerana katanya kemenangan semalam hanyalah berkenaan notis pengosongan tanah yang dicabar oleh penceroboh melalui semakan kehakiman. Malah, mereka masih lagi melawan melalui proses rayuan nanti.

"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kita mahu dan akan mendesak supaya penceroboh-penceroboh tanah di Raub ini dihukum di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan (Pencerobohan Jenayah) kerana menceroboh hartamilik dan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah secara haram di tanah kerajaan yang membolehkan mereka didenda hingga ratusan ribu dan penjara selama bertahun lamanya," dakwa Hj Aminuddin.

"Tidak cukup dengan itu, kita menuntut agar kesemua penceroboh ini membayar segala kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri yang sepatutnya menerima hasil cukai selama lebih 40 tahun yang mencecah jutaan ringgit. Ini duit rakyat yang sepatutnya dibelanjakan untuk kesejahteraan semua, termasuk pendidikan, kesihatan, membantu orang susah dan sebagainya," tambah beliau lagi.

Sementara itu NGO Pembela juga akan mengusahakan pelbagai cara agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat siri-siri pencerobohan tanah yang lain di seluruh negeri Pahang, di setiap daerah bagi tujuan yang sama agar keadilan dapat ditegakkan, kekayaan negeri yang dikaut dapat dikembalikan dan akhirnya tidak mengkayakan hanya individu-individu tertentu secara tidak adil dan tidak sah. #PahangDaily

Share:

PAS Maran "Sangkal Dakwaan" PSAP Terhadap Exco Wanita Pahang, Usah Cuba Jadi Batu Api !

MARAN - Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramly Abdul Rahman hari ini tampil mengeluarkan kenyataan menyangkal yang dibuat oleh NGO Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) terhadap 'Exco Wanita Pahang'.

Menurut beliau, kenyataan Presiden PSAP tersebut adalah berniat jahat, bersifat cubaan untuk melaga dan memecahbelahkan perpaduan antara UMNO dan PAS khususnya di Bahagian Maran ini menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Mereka ini bukan orang daripada Maran, daripada luar dan tak tahu suasana yang sebenar berlaku dalam Maran nih. 

"Sebenarnya kita dengan UMNO, PAS kawasan Maran ni, telah menjalinkan hubungan awal di antara bahagian-bahagian atau pun kawasan-kawasan. Dan dalam negeri Pahang ni, Maran nilah yang mula-mula, yang terawal kita menjalinkan hubungan tersebut," katanya.

Jadi beliau melihat bila orang luar komen, samada dia suka tengok PAS dengan UMNO berkelahi. 

"Saya sangat kesal, dengan andaian yang dibuat tu, yang boleh diambil peluang oleh orang-orang yang tak tahu.. begitu begini.. ada buat-buat cerita, yang boleh menjadi 'batu api' lah dalam istilah bahasa kita. 

"Jadi batu api yang menyebabkan berlaku pergeseran dan perpecahan (UMNO PAS),"  dakwa beliau lagi.

Sementara itu UMNO Maran menggesa Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka atau sedia dikenakan tindakan undang-undang.

PSAP pada satu kenyataan rasmi di page mereka telah menyiarkan permohonan maaf Haslihelmy hari ini. #PahangDaily


Share:

PSAP Mohon Maaf Jika Ada Yang Terasa, NGO Hanya Sampaikan Pandangan Dan Rungutan !

KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) hari ini memohon maaf sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli mengguris hati mana-mana.

Haslihelmy semalam mengeluarkan satu kenyataan 'panas' supaya seorang 'exco wanita Pahang' tidak mendabik dada dan taksub dengan kuasa dimiliknya.

Ia berikutan terdapat 'khabar angin' yang mendakwa UMNO Maran mahu mengambil alih DUN yang diwakili oleh PAS pada PRU-15 ini, terutamanya DUN Chenor dan Luit termasuk juga DUN Jengka.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Maran menggesa beliau menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka, jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

Namun menurut beliau, hakikatnya sebagai sebuah NGO, PSAP hanya menyampaikan pandangan dan rungutan daripada rakyat khususnya di Maran. 

"Kenyataan itu juga langsung tidak menyerang secara peribadi terhadap exco wanita berkenaan tetapi sekadar memintanya yang mana ia adalah hasrat rakyat supaya exco itu tidak mendabik dada terhadap kuasa dimilikinya.

"Segala apa yang disampaikan telah nyatakan secara jelas dan diharapkan ia dibaca secara keseluruhan dan difahami maksudnya dengan baik," kata kenyataan yang dimuat naik beliau di laman rasmi facebook PSAP.

"Saya bagaimanapun memohon maaf jika kenyataan itu mengguris hati mana-mana pihak kerana sebagai NGO, kita hanya menyampaikan rungutan dan aduan daripada rakyat supaya ia menjadi 'checks and balances'," tambah beliau lagi. #PahangDaily

Share:

Lady Bikers, Nurul Izah Kembara Solo Seluruh Semenanjung 'Sampai Bantuan' Kepada Asnaf

KUANTAN - Lady biker dari kelab motosikal berkuasa tinggi, Daz Bikers melakukan kembara solo ke seluruh Semenanjung bermula hari ini. 

Lady bikers berkenaan, Nurul Izah Abd. Wahab, 38, berkata, kembara solo selama tiga hari dua malam itu bermula dari Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia (TTMS). 

Beliau yang berasal dari Bera berkata, jelajah kembara itu dijangka berakhir di daerah ini. 

"Dalam jelajah kembara solo ini, saya akan singgah di beberapa tempat terpilih untuk menyampaikan sumbangan amal. 

"Sumbangan berupa wang tunai akan disampaikan kepada golongan asnaf," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Nurul Izah yang mengusahakan sebuah restoran di Kuantan berkata, beliau mengambil kesempatan sempena cuti krismas untuk melakukan program kembara berkenaan. 

Jelasnya, beliau berterima kasih kepada Trizure International Sdn. Bhd. kerana menaja perbelanjaannya melakukan kembara tersebut.

"Sebagai pengembara wanita, cabaran paling besar buat saya sudah pasti berkaitan dengan aspek keselamatan.

"Oleh itu, perancangan memainkan peranan sangat penting untuk memastikan pengembaraan berjalan lancar," katanya.  #PahangDaily


Share:

MB: Penguatkuasaan Pengosongan Penerokaan Haram 'Musang King' Raub Di Lakukan Segera !

KUANTAN - Tiada lagi tempoh masa akan diberikan kepada pekebun durian Musang King yang melakukan  penerokaan haram di Raub apabila operasi penguatkuasaan bagi mengosongkan penerokaan haram itu akan dilakukan segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, operasi penguatkuasaan pengosongan tanah ditanam pokok durian Musang King akan dilaksanakan pada bila-bila masa.

"Pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, kita bersetuju bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilakukan dalam tempoh segera.

"Ini sepertimana dilaksanakan dengan tegas dan jayanya sebelum ini di Sungai Ichat dan Lembah Bertam, kedua-duanya di Cameron Highlands,"katanya di sini hari ini.

Hari ini, Mahkamah Tinggi di Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini merupakan satu kemenangan yang besar untuk seluruh anak-anak negeri Pahang.

"Menurut alasan penghakiman oleh Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz, permohonan tersebut ditolak kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

"Kedua, para penceroboh tidak mempunyai locus standi. Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini,"ujarnya. #sumber

Share:

Fitnah Exco Wanita, PSAP Di Gesa Mohon Maaf Atau Bakal Di Ambil Tindakan Undang-Undang

 

MARAN - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran mendesak Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atau berhadapan dengan tindakan undang-undang atas kenyataan 'panas' yang dibuat terhadap pemimpin UMNO bahagian itu, Datuk Sri Shahaniza Samsuddin.

Pada Selasa Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli menggesa seorang 'Exco Wanita Pahang' agar tidak mendabik dada dengan kuasa yang ada. Ini berikutan ada dakwaan pemimpin terbabit mahu mengambil alih kerusi DUN Chenor, Jengka dan Luit daripada wakil rakyat PAS. Ia berikutan maklumat yang diterima daripada sumber yang boleh dipercayai.

Justeru, menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook PPU Maran, kepimpinan pemuda bahagian itu amat kecewa dengan pernyataan dangkal PSAP yang telah dikeluarkan melalui portal ini.
.
"Kenyataan yang dikeluarkan dilihat membawa maksud jahat terhadap kepimpinan di bahagian Maran dan Pahang amnya.

"Memandangkan kepimpinan yang dimaksudkan itu ialah merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

"PPU Maran dengan ini mendesak agar pernyataan itu ditarik balik dan satu permohonan maaf secara terbuka dibuat terhadap pihak yang telah dituduh atau mereka yang bertanggungjawab akan diambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang undang," kata kenyataan tersebut.

PPU maran juga berasa amat kecewa apabila usaha Exco kerajaan Negeri yang sentiasa menggembeling tenaga untuk memakmurkan Pahang dan Maran khasnya, diganggu gugat dengan kenyataan berbaur fitnah dan berniat jahat, dakwa kenyataan itu lagi. #PahangDaily

Share:

PEMBELA: Pencerobohan Haram, Alhamdulillah Ini Adalah Kemenangan Awal Rakyat Marhaen !

 


KUANTAN – “Alhamdulillah!” Demikian tutur Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya sebaik sahaja keputusan berhubung kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang diputuskan semalam.

Mahkamah Tinggi Kuantan, menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang, Oktober lalu.

Peguam plaintif, Siew Choon Jern berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dua alasan iaitu pertama, notis-notis pengusiran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bukan merupakan keputusan atau tindakan yang berada di bawah lingkungan semakan kehakiman.

Kedua, mahkamah berpendapat bahawa petani merupakan penceroboh terhadap tanah-tanah tersebut yang menjadikan mereka tidak mempunyai locus standi untuk memohon semakan tersebut.

Aminuddin yang gembira dengan keputusan itu berkata, ia adalah berkat doa setiap rakyat yang mengambil berat tentang isu ini dan menganggap ia penting demi kedaulatan negara.

“Mahkamah memutuskan pencerobohan itu satu tindakan yang salah dan tidak dibenarkan. Kami menunggu sejak jam 8.30 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah. Ini satu perkara agak luar biasa terhadap kami.

“Walaupun begitu, kami tetap bersyukur dengan ketidakbenaran kami masuk dalam mahkamah kerana keputusan hari ini menyebelahi, bukan PEMBELA, tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya dan rakyat Pahang khususnya,” katanya pada sidang medianya.

Dalam pada itu, beliau berharap bahawa kes ini menjadi pengajaran kepada pihak berwajib dan berautoriti bahawa isu tanah ini adalah amat penting.

“Ini bukan satu isu yang boleh dibuat mainan. Keadilan dan peraturan undang-undang mesti dipatuhi dan mana-mana pihak yang menceroboh harus dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Pada masa sama, Aminuddin turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus mengikuti kes ini sehingga ia selesai bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

“Saya ingin menyatakan bahawa di sini ini bukan yang pertama dan terakhir kami di sini, kami akan terus ‘follow up’ bagi memastikan mereka yang menceroboh tanah ini, termasuk mereka yang melindungi penceroboh ini akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya. #sumber

Share:

Kemalangan Dua Motosikal Langgar Kerbau Di Pekan: Seorang Maut, Seorang Cedera Parah !

 


PEKAN - Seorang mangsa maut di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah akibat kemalangan dua buah motosikal dengan seekor kerbau di jalan Kampung Lamir dekat sini sekitar jam 9.00 malam tadi.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Muhammad Faisal Ramli, 22, berasal dari Kampung Permatang Badak, Kuantan.

Sementara, mangsa yang cedera parah di kenali sebagai Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman.

Pemandu yang maut (Muhammad Faisal) menunggang dari arah Pekan, tidak sempat mengelak kerbau yang melintas jalan secara tiba-tiba. 

Selepas dilanggar, kerbau yang sama telah bangun dan melompat penghadang besi ke jalan di sebelah arah Kuantan ke Pekan. Dalam masa yang sama kerbau dilanggar pula oleh mangsa kedua (Syed Amirul Hidayat).

Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut, dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri ketika berita ini ditulis.

Klik video viral terawal kemalangan itu di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1505122169878798&id=100011430885060

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati melalui jalan Pekan - Kuantan, kerana banyak haiwan seperti lembu dan kerbau berkeliaran atas jalan pada waktu malam. #PahangDaily

Share:

Covid-19: Sebanyak 1,348 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA – Sebanyak 1,348 kes positif Covid-19 baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam hingga jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah, berikutan itu jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 98,737 kes.

Jelasnya, sebanyak 710  kes sembuh untuk tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 80,014 kes.

Jelkas beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 18,279 kes dengan 102 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 44 memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,332 kes,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak lima kematian direkodkan pada hari ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 444 kes.

“Mangsa yang meninggal dari Selangor sebanyak dua kes, satu dari Sabah, Wilayah Persekutuan satu kes dan satu lagi di Negeri Sembilan,” ujarnya. #sumber

Share:

Kerajaan Pusat Hapus Kira Pinjaman RM2.1 Bilion Untuk Pahang Naik Taraf Bekalan Air

 


KUANTAN - Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Pahang selepas bersetuju melaksanakan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air membabitkan kos keseluruhan RM2.1 bilion.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata langkah menghapus kira itu membabitkan pinjaman bekalan air luar bandar berjumlah RM1 bilion dan kontrak pinjaman kerajaan Pahang kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM1.1 billion.

Katanya, dengan hapus kira pinjaman itu, ia akan membantu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menawarkan perkhidmatan bekalan air lebih efektif kepada pengguna.

"Semua pinjaman bekalan air kerajaan Pahang akan diambil alih oleh PAAB dan pembayaran akan distruktur semula untuk tempoh 45 tahun melalui bayaran sewa pajakan yang akan dikenakan kepada PAIP.

"PAIP akan diberikan moratorium bayaran sewa pajakan selama lima tahun bagi membantu syarikat itu membina asas kewangan yang kukuh sebelum membayar sewa pajakan kepada PAAB.

"PAAB akan membangunkan aset air di Pahang berdasarkan pendekatan bina dan pajak dengan kadar yang kompetitif berbanding pembiayaan komersial," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan negeri (SUK), Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang. #sumber

Share:

Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !

 

BANGI – Kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang akhirnya menghampiri penghujung, selepas keputusan mahkamah hari ini memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh, dan sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Biarpun isu itu hampir selesai, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin masih tertanya-tanya siapa pihak yang berada di belakang pekebun durian itu.

“Siapakah di belakang mereka? Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tindakan menceroboh tanah milik kerajaan adalah salah.

“Kerajaan negeri Pahang berhak untuk ambil tindakan yang sebelum ini dipersoalkan oleh para pekebun haram durian Musang King,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Hantaran tersebut turut mendapat sokongan dan respon daripada pengguna Facebook, yang rata-ratanya mendesak penceroboh didakwa mengikut undang-undang.

“Mana-mana peneroka dan pemilik haram tanah kerajaan terus waran tangkap dan hukum serta kompaun mengikut tempoh penguasaan pendudukan dari mula meneroka tanah itu,” kata Rihan Othman.

“Serbu dan ambil tindakan. Jika dibiarkan akan menjadi barah. Kerajaan negeri jangan putih mata saja,” tulis Ain Habibah.

“Ambil balik tanah berserta hasilnya, yang ceroboh tanah jangan diberi muka. Sumbat saja ke dalam,” kata Mohd Noor. #sumber

Share:

ADUN Tras, Chow Yu Hui "Kecewa", Keputusan Mahkamah Tidak Memihak Penceroboh Tanah

 


KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak semakan kehakiman difailkan 204 pekebun durian Raub, sebagai mengecewakan.

“Hak masuk (ke tanah kebun) tidak diberikan, kami semua rasa hampa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Namun, ADUN DAP itu berkata, usaha mereka untuk tidak akan terhenti hari ini, bahkan pihaknya akan membuat rayuan.

“Walaupun begitu, perjuangan belum selesai, kami akan membuat rayuan, berjuang sampai ke penghujungnya.

“Saya menyarankan semua pekebun durian, jangan berputus asa disebabkan sedikit kekecewaan dan menandatangani perjanjian dengan Royal Pahang Durian Resources (RPDR), tolong ingat prinsip kita ‘Jangan tandatangan, Jangan tolak-ansur, Jangan putus-asa’.

“Pada akhirnya kebenaran akan terbukti,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Perikatan Selamatkan Musang King (SAMKA) mendesak agar pekebun tidak menandatangani kontrak dan berkompromi dengan RPDR.

“SAMKA mengumumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan izin untuk semakan kehakiman oleh 204 petani durian dari enam ‘Desa Musang King’ utama, termasuk Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau, Tras, Sungai Chetang dan Sang Lee. 

“Dengan kata lain, mereka tidak dapat melanjutkan ke tahap semakan kehakiman berikutnya. Para kebun kecewa dengan keputusan itu, namun masih percaya bahawa perjuangan belum berakhir.

“Mereka akan membuat rayuan dan juga akan mengusulkan permohonan untuk menangguhkan semua tindakan penguatkuasaan dan pengusiran,” katanya.

Selain itu, SAMKA turut meminta pekebun untuk tidak tergesa-gesa menandatangani kontrak dengan RPDR kerana kekalahan kecil ini.

“Jika tidak usaha yang dilakukan oleh semua orang sepanjang proses itu akan sia-sia. SAMKA juga mendesak para pekebun untuk bertahan sehingga keadilan akhirnya berlaku,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) serta RPDR mengadakan usaha sama dan kini menuntut kembali ribuan ekar tanah dari apa yang didakwa sebagai petani durian haram.

Pekebun durian mendakwa mereka dipaksa masuk ke skim usaha sama antara PKPP dan RPDR. #sumber

Share:

Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King Dapatkan Kebenaran Semakan "Notis Arahan Pengosongan Tanah" Di Raub !

 


KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terlibat dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan sosial dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat.

Siew berkata, mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

"Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh (di tanah berkenaan). Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini," katanya.

Siew berkata mahkamah juga memutuskan supaya plaintif menjelaskan kos sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara.

Ditanya jika plaintif akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah atau membuat rayuan kepada pentadbir tanah yang mengeluarkan notis pengosongan itu, Siew berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pekebun terlibat.

"Kita akan berbincang apakah tindakan yang efisien dan lebih baik supaya penyelesaian terbaik dapat diambil supaya kepentingan pekebun tidak terjejas. Rayuan adalah satu cadangan yang akan dibincangkan.

"Bagaimanapun, saya berpendapat memandangkan kami sudah sampai ke tahap ini, jika kami membuat rayuan, ia adalah terhadap keputusan mahkamah hari ini berbanding merayu terhadap notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965," katanya.

Pekebun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 170 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Sebanyak 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos lepas manakala bakinya membuat permohonan serupa pada 9 Sept dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

Pada prosiding itu, semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. #sumber

Share:

PRU-15: Parlimen Indera Mahkota 'Panas', Akar Umbi UMNO Mahu 'Calon Mereka' Bertanding !!

KUANTAN - Menjelang pilihan raya umum ke-15 tidak lama lagi, Kerusi Parlimen Indera Mahkota dilihat antara kerusi 'panas' yang menjadi 'pertikaian' di Pahang.

Biar pun, umum mengetahui 'status quo' kerusi itu bakal memihak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun kini terdapat gerakan akar umbi UMNO yang mahu parti itu meletakkan calon mereka.

Demikian ditegaskan oleh beberapa orang ahli akar umbi UMNO Indera Mahkota. Menurut mereka, secara tradisi UMNO mewakili BN bertanding di kerusi itu, maka tiada alasan untuk membenarkan parti lain meletakkam calonnya.

Kerusi Parlimen Indera Mahkota kini diwakili oleh Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau juga merupakan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, dibawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Kami tidak boleh terima PPBM ambil kerusi ini. Beliau (Saifuddin) menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama PH  pada PRU-14 lalu. Maknanya yang menang PKR, bukan PPBM. Maka itu kami tidak boleh terima dan berkempen untuk parti lain selain UMNO. kami rela undi calon bebas," kata seorang penyokong tegar UMNO di Taman Kota Ria dekat sini.

Malah difahamkan juga, ramai ahli akar umbi UMNO akan membuat undi protes jika pucuk pimpinan parti akur dengan keputusan sedia ada (Indera Mahkota kekal untuk Bersatu).

Pada PRU-14 lalu, Saifuddin menang dengan majoriti 10,950 undi di kerusi Parlimen Indera Mahkota. Beliau mendapat 28,578 undi menewaskan calon BN, Datuk Dr Johan Mat Shah (17,628 undi) dan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dari PAS yang mendapat 17,515 undi.

Jika dilihat kepada undi yang diterima oleh Saifuddin itu, akar umbi UMNO mungkin percaya beliau akan tewas jika parti itu meletakkan calon atas tiket Muafakat Nasional (MN) bersama PAS.

Lagi pun  Saifuddin menang, ketika beliau bersama PKR. Maka, kemungkinan besar banyak undi yang diperolehi akan beralih kepada PKR semula pada PRU-15 ini.

"PPBM tiada kekuatan jentera akar umbi. Kami tidak sanggup buat kerja untuk mereka walau pun UMNO sekutu PPBM dalam kerajaan PN,"  kata seorang ahli UMNO Indera Mahkota 1.

Melihat kepada pertikaian ini, ternyata suhunya terlalu panas dan agak berbahaya kepada PN. Mereka boleh kehilangan kerusi parlimen itu jila berlaku pertembungan tiga penjuru. Itu belum ditambah lagi sekiranya ada 'calon bebas'.

Jika ini berlaku, maka warga Indera Mahkota akan kehilangan keistimewaan memiliki wakil rakyat yang bertaraf menteri. Sebab jika Saifuddin menang, sudah pasti kedudukan beliau sebagai 'menteri penuh' akan kekal, cuma berlainan portfolio sahaja sebenarnya.

Tetapi jika pihak lain menang, apatah lagi 'pembangkang' maka belum tentu akan diangkat sebagai anggota kabinet kerajaan baharu. Justeru, pengundi Indera Mahkota harus membuat pilihan yang bijak antara mengikut 'perasaan' atau 'pertimbangan'.

Namun, sepatutnya pengundi sedia untuk mempertahankan kerusi itu dan setuju berkompromi untuk membantu PPBM menang bergaya. Jika sebaliknya berlaku sudah pasti kedua-dua pihak akan 'berputih mata' akhirnya, baik PN mahu pun MN.

Jalan terbaik, PAS dan UMNO pastikan PN kekal berkuasa di Parlimen Indera Mahkota. Apa pun, segalanya terletak ditangan para 'pengundi atas pagar' sebenarnya. Jika mereka termakan dengan 'dakyah' pihak tertentu yang mahu menolak calon PPBM, maka sudah pasti angin perubahan drastik akan berlaku.

Sama-sama kita nantikan adengan seterusnya kemelut 'panas' di Parlimen Indera Mahkota ini. Apakah bahangnya akan terasa sehingga menjelang PRU-15 nanti. Atau sekadar 'suam suam kuku' ketika iklim sedang 'panas' ketika ini.  Di sebelah PH khabarnya mereka akan meletakkan bekas calon sebelum ini untuk brtanding sama ada Datuk Fauzi Abd Rahman atau pun Azan Ismail. Pasti panas!  #PahangDaily



Share:

Ambil Alih Kerusi PAS, 'Exco Wanita Pahang' Di Ingatkan Tidak Mendabik Dada Dengan Kuasa !

 


KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) mengingatkan seorang exco wanita Pahang supaya tidak mendabik dada dan takbur dengan pangkat dan kuasa yang diberikan rakyat pada masa kini.

Pengerusinya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata maklumat daripada penduduk setempat di Maran berhubung sikap pemimpin Wanita UMNO berkenaan yang sering mendabik dada dengan kuasa dimiliki.

"Exco wanita berkenaan kerap kali menyatakan mahu mengambil alih kepimpinan di DUN Jengka, Chenor dan Luit dari wakil rakyat PAS.

"Sikap exco wanita berkenaan nyata tidak disenangi oleh penduduk di Maran yang begitu hairan dengan perubahan sikapnya yang dahulu sewaktu mula menjadi ADUN begitu lemah lembut dan berbudi bahasa9," katanya

Menurut beliau lagi kini, setelah memiliki kuasa dan bergelar pula exco kerajaan negeri, taringnya kelihatan dan mendabik dada.

"PSAP ingin mengingatkan kepada Exco berkenaan bahawa, UMNO perlu bersama PAS. Jika tidak, tidak mustahil kerusi DUN Kuala Sentul yang diwakil oleh exco berkenaan pun UMNO akan kalah pada PRU-15 nanti.

"Amatlah jelas dan malang sekali sikap demikian. Hidup janganlah mendabik dada dan mendongak langit, kuasa dimilik tidak akan kekal lama," tambah beliau lagi.

Sewajarnya exco wanita berkenaan mengikut sikap bekas Menteri Besar Pahang sebelum ini dan Menteri Besar Pahang sekarang yang mana kedua-duanya begitu mesra rakyat.

Haslihelmy turut mengingatkan exco terbabit dengarlah nasihat dan rintihan rakyat, jangan mendabik dada kerana jawatan wakil rakyat disandang itu dipilih oleh rakyat.

Kuasa rakyat akan menentukan segalanya termasuk kedudukan exco wanita berkenaan pada PRU-15 akan datang, dakwanya. #PahangDaily

Share:

Covid-19: Sebanyak 2,062 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini masih melaporkan angka 2,000 dengan 2,062 kes direkodkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 97,389 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, empat daripadanya adalah kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,058 kes melibatkan penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 911 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 79,304 kes.

“Terdapat satu lagi kematian baharu di Labuan membabitkan lelaki berusia 69 tahun menjadikan sebanyak 439 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 111 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Ustaz Ebit Lew Ajar Tujuh Sekeluarga Penjual Buah Ucap Khalimah Syahadah Di Ipoh, Perak

 

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew, mengajar ucapan kalimah syahadah kepada tujuh sekeluarga yang berniaga buah di Medan Gopeng, Ipoh, Perak, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, Ebit memaklumkan setiap hari ibu dan anak keluarga itu melihat video pendakwah terbabit di Facebook.

“Mereka menangis melihat orang susah di video tersebut dan hati mereka terbuka untuk memeluk Islam.

“Anaknya juga ingin menjadi seorang jutawan dan ingin membantu orang ramai yang berada dalam kesusahan,” tulisnya.

Katanya, dia kagum melihat keluarga itu yang rajin berniaga.

“Saya beli buah, mereka ambil dan congak sahaja, kakak bantu jaga adik-adik, hebat ibu dan ayah ini.

“Saya hadiahkan basikal kepada anak-anaknya, kerana saya difahamkan mereka tengah mengumpul duit untuk membeli basikal,” jelasnya.

Tambahnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Hafiz Ng dari Jabatan Agama Perak dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Cina yang membantu keluarga terbabit.

“Tidak dilupakan juga kepada Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu,” ujarnya. #sumber

Share:

Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Di Apartment Amber Court Dan Ria Di Jalan Genting, Bentong Pahang Di Lanjutkan !

 


PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, Apartment Ria di Jalan Genting, Bentong, Pahang sehingga 6 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh PKPD bermula 24 Disember ini hingga 6 Januari depan.

“Selain itu, PKPD di Rumah Kongsi Kampung Smwaut, Jalan Genting, Bentong, Pahang akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Beliau berkata, kerajaan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membenarkan kemasukan semua pelajar antarabangsa dari semua negara kecuali United Kingdom (UK) ke kampus secara fizikal bagi sesi pembelajaran tahun 2021 bermula 1 Januari nanti.

“Kebenaran ini merangkumi, pelajar lama dan pelajar yang diterima masuk oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta yang mempunyai penginapan tetap di Malaysia.

“Pelajar juga perlu jalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia dan sekali lagi setibanya di pintu masuk negara, selain perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari. Kesemua kos kuarantin dan ujian akan ditanggung oleh pelajar tersebut,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut membenarkan kemasukan pelajar bukan warganegara kecuali dari UK yang datang bersama pengiring untuk belajar di sekolah-sekolah antarabangsa dan swasta di negara berkuatkuasa 1 Januari. #sumber

Share:

Selain Pembudayaan "Normal Baharu", J-KOM Fokus Inisiatif Golongan Orang Kurang Upaya

 


KUALA LUMPUR -- Selain pembudayaan normal baharu, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) akan turut memperbanyakkan inisiatif yang melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) di peringkat awal penubuhan jabatan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata matlamat J-Kom adalah untuk mengadakan hubungan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, dan dalam konteks itu golongan OKU adalah antara kumpulan yang perlu diberi tumpuan.

“Dari segi dana, insyaAllah dananya mencukupi tetapi pada masa yang akan datang, kalau kita memikirkan contohnya siaran televisyen yang khusus untuk OKU atau mungkin sahaja TV OKU, pada masa itu kita akan mendapatkan dana tambahan yang sewajarnya,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Ras Adiba Radzi yang ingin tahu sekiranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menyediakan suntikan dana atau peruntukan khas melalui peruntukan J-Kom.

Terdahulu, menjawab soalan asal Ras Adiba yang ingin tahu usaha KKMM dalam mewajibkan semua stesen, portal dan saluran berita mesra OKU, Saifuddin berkata kementerian sentiasa menggalakkan stesen penyiaran menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat, penerangan audio, komunikasi alternatif dan augmentif di bawah rancangan kelolaan mereka. #sumber

Share:

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlulah Dilihat Secara Menyeluruh Dengan Pandangan Baharu Lebih Realistik, Rasional Serta Matang

 


KUALA LUMPUR -- Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) perlu dilihat secara sarwa atau menyeluruh dengan pandangan yang baharu, realistik, rasional dan matang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak perlu membangunkan pemikiran baharu berkaitan komunikasi dua hala di antara kerajaan dan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi, bersesuaian dengan kepentingan, cabaran dan keperluan baharu.

“Saya berharap kita boleh ‘reset’ pemikiran kita tentang J-KOM ini. Saya tidak berhasrat mengatakan kita boleh selesaikan semua perbezaan pendapat tentang jabatan ini, (tetapi) hakikatnya ini ialah J-KOM, bukan Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas),” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin sekali lagi menjelaskan tugas utama J-KOM ketika ini ialah melaksanakan Komunikasi Strategi Pembudayaan Normal Baharu (Pandemik COVID-19).

Sehubungan itu, beliau berkata fungsi J-KOM tidak bersifat bertindan dengan agensi di kementerian lain dari segi kumpulan sasaran, pendekatan program dan aktiviti.

“J-KOM juga akan mengambil kira ruang penjimatan dalam Belanjawan 2021 yang diperuntukkan. Ini kerana struktur J-KOM akan ditempatkan di daerah di seluruh negara berbanding struktur Jasa yang dahulunya berada di seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Mengenai perkhidmatan Internet dan jalur lebar, Saifuddin berkata peruntukan RM500 juta menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam Belanjawan 2021 ialah bagi penyediaan liputan jalur lebar yang berteraskan gentian optik.

Beliau berkata penggunaan teknologi very small aperture terminal (VSAT) tidak termasuk dalam skop projek itu.

“Teknologi digunakan ialah infrastruktur gentian optik yang akan membekalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi talian tetap dengan capaian minimum pada kelajuan 100 megabait per saat (Mbps) hingga mencecah 1 gigabait (GB) mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata kementerian sentiasa merancakkan hebahan informasi bantuan kerajaan kepada rakyat menerusi platform televisyen dan radio agensi KKMM seperti Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia dan Bernama serta penggunaan media baharu.

Jelas beliau, mengambil kira kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini, maklumat turut disampaikan dalam bentuk infografik yang merangkumi bahasa dalam dialek masyarakat tempatan dan suku kaum. #sumber

Share:

Pembela: Bukan Saja Di Raub, Hampir Seluruh Tanah Pahang Mungkin Telah Pun Di Ceroboh !

 


KUALA LUMPUR – Penangguhan sebanyak dua kali keputusan kes pencerobohan tanah di Raub, menandakan hanya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sahaja yang boleh menjadi penyelesaian isu berkenaan.

Ini kerana, selagi dikendalikan oleh ahli politik mahupun penguatkuasa, tidak mustahil ia menemui jalan buntu.

Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat mengakui pihaknya tidak mengharapkan penyelesaian yang baik jika kes pencerobohan di Pahang masih diurus oleh golongan politik.


Keadaan itu jelas apabila kerajaan negeri gagal menangani 111 pekebun haram di Raub sehingga mereka boleh mencabar notis pengosongan yang dikeluarkan pada Ogos lalu.

“Penguatkuasa kita pula dicabar macam budak-budak oleh kumpulan penceroboh itu, bila mereka dapat menyekat perintah pengosongan.

“Malah, sepatutnya juga kes dah selesai pada 28 Oktober lalu pada perbicaraan pertama, tetapi tangguh 9 Disember dan malangnya ada lagi afidavit masuk sehingga ditangguh kepada Rabu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media penyerahan dua memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan dan penubuhan RCI di Istana Negara, semalam.

Ustaz Masridzi berkata, risikan pihaknya mendapati bahawa isu pencerobohan tanah bukan hanya berlaku di daerah Raub, bahkan hampir seluruh negeri Pahang yang dianggarkan ratusan ribu ekar.

“Ia seolah-olah ada satu gerakan dari bawah ke atas iaitu seperti kartel. Sekarang bukan lagi zaman tingkatkan integriti, tetapi inilah masa kita nak lihat ketelusan dalam ketegasan mempertahankan tanah yang diceroboh.

“Di Perak, dua ekar tanah saja diceroboh seorang veteran tentera sudah dipenjara dua tahun dan didenda sehingga RM50,000.

“Di Pahang, 4,4000 hektar tanah yang diceroboh boleh lagi ‘game’ perundangan. Tak mustahil gelombang seperti ICERD berulang di negeri Pahang,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan, kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Beliau berkata, nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.

Katanya, durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara. #sumber

Share:

Pembela Mohon Agong Masuk Campur, Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Isu Ceroboh Tanah

 


PEKAN -  Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diminta masuk campur dalam isu pencerobohan tanah haram di Raub dan Seluruh Pahang.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi selepas penyerahan memorandum di Istana Abu Bakar dekat sini hari ini.

Memorandum telah berjaya diserahkan kepada Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abd. Rahman. Turut bersama NGO veteran tentera Pahang.

"Hasrat dan harapan kita tidak ada lain, agar dapat tuanku bersama rakyat, meneliti dan mengambil tindakan terhadap apa jua yang berlaku khususnya atas pencerobohan ini.

"Kita berasa tuanku akan bersama rakyat untuk memastikan apa jua tindakan terhadap pengkhianat akan diambil tindakan dan hak kepada tanah ini diberi kembali kepada kerajaan negeri, diberikan kepada mereka yang berjasa kepada negeri...khususnya anggota-anggota tentera, polis dan mereka yang telah berkorban nyawa dan tenaga kepada negeri Pahang ini" katanya.

Beliau turut merasakan inilah peluang yang terbaik untuk diketengahkan dan dibuat siasatan supaya ianya telua dan rakyat tidak tertanya-tanya kesudahannya.

Sementara itu, wakil veteran tentera yang ditemui pula mengharapkan agar satu Suruhanjaya DiRaja dapat ditubuhkan bagi menyiasat kes ini dan mereka yang terlibat dapat diambil tindakan yang sepatutnya mengikut undang-undang

Difahamkan, memorandum yang sama turut diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong oleh Naib Pengerusi NGO Pembela, Ustaz Masrizi Sat di Istana Negara hari ini. 

Sementara itu orang ramai dijemput hadir ke Komplek Mahkamah Kuantan pada Rabu, 23 Disember ini untuk memberi sokongan dan mendengar keputusan kes ceroboh tanah haram musang king Raub. #PahangDaily

Share:

Suami Isteri Maut Di Rempuh Dek MPV Hilang Kawalan Di KM129 Jalan KL- Raub-Kota Bharu

 

KUANTAN -- Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang hilang kawalan di Kilometer (Km) 329 jalan alternatif Kuala Lumpur - Kota Baharu di Raub, kira-kira 170 km dari sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian berlaku pada 7.50 pagi dan mangsa yang maut ialah Azizan Ismail, 60, dan Che Norzihan Mohd Nor, 51, yang berasal dari Felda Tersang, Raub.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu Azizan dari Tersang menuju ke Raub dirempuh oleh kereta Perodua Alza dinaiki tiga sekeluarga dari arah bertentangan.

"Kereta Alza tersebut dikatakan tergelincir di bahu jalan menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh kenderaan mangsa yang tidak dapat mengelak kerana jarak terlalu dekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata pemandu Alza yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 34 tahun dan anak perempuannya yang berusia dua tahun masing-masing dilaporkan patah kaki.

Isterinya yang bekerja sebagai jururawat dan beralamat di Kampung Jelu, Dong, Raub berusia 30 tahun tidak cedera.

Jenazah suami isteri itu dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber

Share:

Tanah Runtuh, Laluan Dari Raub Ke Bukit Fraser Di Tutup Kepada Semua Kenderaan

 


RAUB – Selepas pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta di jalan ke Bukit Fraser kelmarin, hari ini laluan ke tanah tinggi itu kembali terhalang apabila berlaku tanah runtuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.51 pagi itu berlaku tanah runtuh yang melibatkan tiga bongkah batu besar beserta tanah jatuh di Jalan Bukit Fraser berhampiran Kampung Tras di sini.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, kejadian berkenaan menyebabkan jalan berkenaan terhalang akibat ditimbuni tanah dan juga bongkah batu.

“Tiada kemalangan jiwa dan mangsa dalam kejadian itu dan jalan berkenaan ditutup kerana tiada ruang dan berisiko kepada pengguna.

“Bongkah batu agak besar dan perlukan penilaian kaedah yang bersesuaian kerana dikhuatiri jentera jengkaut tidak berupaya mengalihkan batu tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya pada masa ini pihak Jabatan Kerja Raya masih menilai kaedah bersesuaian untuk memecahkan batu berkenaan.

Kelmarin sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta yang sedang dipandu seorang lelaki menuju ke arah Fraser Hill di Jalan Tranum-Bukit Fraser.

Bagaimanapun mangsa yang berusia 27 tahun bernasib baik apabila terselamat dan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA -- Negara merekodkan kes harian baharu ketiga tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda Malaysia, iaitu sebanyak 2,018 kes dengan satu kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara kini mencecah 95,327 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 16,496 kes, manakala jumlah maut akibat pandemik itu setakat ini ialah 438 orang.

"Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes,"  katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor masih melaporkan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 1,204 kes dengan 1,115 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti Johor (278 kes) dan Sabah (247 kes).

Sementara itu, menurutnya, jumlah sembuh adalah 1,084 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 78,393 kes dan sehingga kini terdapat 109 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Memperincikan pecahan kes mengikut negeri, Dr Noor Hisham berkata selain Selangor, Johor dan Sabah yang mencatat kes yang tinggi, Kuala Lumpur pula mencatat 127 kes; Negeri Sembilan (58); Labuan (29); Perak (21); Pulau Pinang (18); Pahang (12); dan Melaka (sembilan).

Selain itu, Kelantan mencatat enam kes, Putrajaya (lima), manakala Kedah (tiga) sementara Terengganu (satu).

Beliau turut memaklumkan, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus dengan 507 kes, Kluster Tembok Gajah (234 kes) dan Kluster Pekapuri (202 kes).

Satu-satunya kes kematian hari ini melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang berumur 50 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.