script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Mahu Anak Muda Laksana Inisiatif Bantu Dunia

 

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah bahawa golongan muda harus berani dan memulakan inisiatif bagi membantu memulihkan dunia kepada keadaan yang lebih baik dalam mengharungi pandemik Covid-19.

Bertitah pada Global Youth Mobilisation secara maya malam semalam, Seri Paduka berpandangan golongan muda harus diberi peluang dan sokongan untuk memainkan peranan mereka sebagai warga dunia yang aktif menyumbang.

Titah baginda, golongan muda bersemangat, berbakat serta kreatif, dan penularan pandemik itu menunjukkan bahawa mereka juga panjang akal untuk terus belajar dan menyesuaikan diri sekalipun berdepan gangguan besar dalam pendidikan mereka.

“Kita telah lihat golongan muda melakukan kerja sukarela, menyokong petugas barisan hadapan, membangkitkan kesedaran awam, dan paling tidak, menjadi warga yang bertanggungjawab dengan mematuhi garis panduan pencegahan penularan Covid-19.

“Kita juga telah melihat usaha pertubuhan belia seperti yang dilakukan oleh Big 6 dalam memastikan pembelajaran orang muda tidak terhenti di sebalik segala gangguan itu,” titah baginda dalam video bersempena Global Youth Mobilisation.

Tunku Azizah turut menzahirkan rasa gembira diundang bertitah pada Global Youth Mobilisation, satu inisiatif oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Big 6 Youth Organisations, dan sebagai ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri serta selaku Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, baginda bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif itu.

“Beta juga mengucapkan tahniah kepada WHO dan Big 6 Youth Organisations kerana proaktif dalam mengiktiraf maklum balas positif bahawa orang muda boleh menyumbang kepada usaha menangani pandemik Covid-19 dan memainkan peranan aktif dalam usaha pemulihan dengan mewujudkan platform ini serta sumber untuk menyokong mereka,” titah baginda.

Tunku Azizah turut menggesa semua kerajaan, perniagaan dan komuniti menyokong golongan muda menerusi inisiatif Global Youth Mobilisation itu.

Sementara itu, Seri Paduka bertitah pendidikan tidak formal telah diterima guna untuk dilaksanakan oleh golongan muda di rumah dan secara maya.

Malah titah baginda, lebih banyak hubungan antarabangsa yang menyumbang kepada persefahaman dan keamanan dunia berlaku melalui program dan acara maya melibatkan golongan muda dari pelbagai negara pada masa ini.

“Kami sangat bangga apabila dua ahli Pandu Puteri dari Malaysia dapat berucap pada forum kesaksamaan generasi di Mexico kerana kalau pada hari-hari biasa, usaha ini akan melibatkan kos yang banyak untuk membawa mereka ke sana.

“Memetik Mia Arissa, ahli Pandu Puteri berusia 11 tahun dari Malaysia yang berucap pada forum itu baru-baru ini: ‘Kami merupakan pelaburan tanpa perbelanjaan. Jangan pandang rendah potensi kami hanya kerana kami dianggap muda. Anak gadis juga boleh lakukan banyak perkara jika diberikan peluang berbuat demikia’,” titah baginda. #sumber

Share:

Kapal Selam KRI Nanggala 402 Pecah Di Dasar Laut Bali Semua 53 Kru Sah Meninggal Dunia !

 

BALI - Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian.

Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan sudah meninggal dunia.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.

Tjahjanto berkata lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui hari ini termasuk sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru.

Semalam Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam KRI Nanggala 402. - Foto EPA
Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat. #sumber

Share:

Selepas 72 Jam, Pasukan Pencarian Menemui Barang Dipercayai Milik Kapal Selam Hilang !

 

JAKARTA - Selepas 72 jam, pasukan pencarian temui barang dipercayai milik kapal selam hilang, KRI Nanggala-402. 

Antara barangan yang ditemukan pasukan pencari antaranya bekas pelaras torpedo (torpedo tubes straightener), paip pendingin (cooling pipe), botol berwarna jingga, sejadah, dan "periscope grease/lubricant".

Lokasi penemuan serpihan, barangan dan kesan tumpahan minyak itu, adalah di kedalaman 850 meter.

Salam takziah buat Indonesia dan ahli keluarga anak kapal KRI Nanggala 402. #sumber

Share:

Hasrat Sri Pahang FC Untuk Benamkan Penang FC "Tidak Kesampaian", Tewas 0-3 Malam Tadi

 

GEORGE TOWN – Sebelum bertandang ke Stadium Bandaraya, Sri Pahang FC menyatakan keyakinan untuk menjinakkan serta membenamkan keupayaan Penang FC yang kian mendaki naik tangga dalam Liga Super musim 2021.

Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh dilaporkan berkata, kehadiran semula tonggak pertahanan import, Herold Goulon yang sebelum ini mengalami kecederaan akan menambah momentum Tok Gajah ketika berdepan Penang FC.

Namun, malam tadi pada awal perlawanan di minit ke-11 menyaksikan gawang pasukan Sri Pahang FC lolos dek tendangan leret ketua pasukan skuad Harimau Kumbang, Endrick Dos Santos Parafita yang memakai jersi nombor 14.

Belum sempat Skuad Tok Gajah naik minyak, kelincahan Harimau Kumbang berjaya menjarakkan lagi perbezaan menerusi sepakan Muhamad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-26 dari luar kawasan petak penalti, terkena tiang gol kiri sebelum masuk ke gawang Sri Pahang FC.

Sehingga habis separuh masa pertama, pasukan tuan rumah mempunyai kelebihan dua gol meninggalkan Sri Pahang FC yang masih mencari rentak perlawanan.

Masuk separuh masa kedua, pada minit ke-90 menyaksikan tandukan sedikit Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew menyumbang gol ketiga kepada Penang FC.

Sehingga ke hujung perlawanan, Penang FC membenamkan Sri Pahang FC 3-0.

Dengan kekalahan kelima berturut-turut ini, Sri Pahang FC kekal ditangga kedua tercorot liga dengan hanya mengutip lima mata daripada sepuluh perlawanan. 

Jika tiada perubahan, kedudukan Sri Pahang FC dalam Liga Super untuk musim hadapan agak bahaya sebenarnya. Sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan Sri Pahang FC daripada tersingkir. PahangDaily

Share:

Shahidan Kassim Di Singkir Daripada Jawatan Ketua UMNO Negeri Perlis Kuatkuasa Hari Ini!

 

KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Shahidan Kassim disingkirkan daripada jawatan Ketua Badan Perhubungan UMNO Perlis, berkuatkuasa hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan Shahidan akan digantikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

“Pertukaran ini berkuatkuasa hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC), menolak sebarang usaha untuk Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan PN yang berusaha sedaya upaya memulihkan ekonomi negara ketika penularan Covid-19.

Beliau berkata, pertukaran kerajaan tidak akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, sebaliknya lebih banyak masa diperlukan untuk berbuat demikian.

Katanya, langkah terbaik sekarang ialah Umno bekerjasama dengan Bersatu, PAS dan GPS.

Pada 8 April lalu, Shahidan membuat laporan polis kerana namanya disebut dalam suatu rakaman yang dikatakan perbualan antara Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri  Anwar Ibrahim.

Beliau turut meminta pihak lain melaporkan kepada polis supaya kesahihan rakaman itu disiasat.

Zahid dan Anwar nafi perbualan itu, yang dikatakan berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020, Mac lalu.

Ketika dihubungi dan diminta mengulas penyingkirannya daripada jawatan itu, Shahidan memaklumkan dia tidak tahu-menahu berhubung perkara berkenaan.

“Saya belum tengok (berita). Belum tahu lagi,” katanya.

Sementara itu, Azlan memaklumkan beliau sedia memikul amanah dipertanggungjawabkan dengan sebaik-sebaiknya.

“Terima kasih kepada presiden yang memberi kepercayaan kepada saya mengetuai Umno Perlis khususnya dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Susulan itu, Azlan akan mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa perhubungan negeri serta tiga bahagian UMNO Perlis dalam tempoh terdekat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bakal membentuk jawatankuasa baharu perhubungan UMNO negeri. #sumber

Share:

Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

PEKAN - Ketika ini ramai pihak mengecam tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran U42, Jabatan Kesihatan Daerah Pekan Zuharnan Rashid kerana mengeluarkan kompaun kepada Masjid Sri Maulana yang didakwa melanggar SOP Covid-19 iaitu tidak menyediakan QR Code MySejahtera dan buku pendaftaran.

Perkara ini menimbulkan kemarahan netizen dan penduduk setempat kerana rata-rata jemaah menyatakan bahawa QR Code MySejahtera dan buku pendaftaran sememangnya ada di masjid itu. 

Namun ada perkara sebaliknya yang berlaku dalam isu ini.. Kompaun dikeluarkan hasil keputusan yang dibuat oleh mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan, Datuk  Zaliza Zulkipli.

Hal ini dikatakan bermula apabila bilal masjid itu positif Covid-19 dan ramai kontak rapat dengan beliau terutamanya jemaah di masjid terbabit. Pihak kesihatan ingin mengesan kontak rapatnya, namun tidak berjaya kerana ramai yang tidak mengunakan QR Code MySejahtera dan menulis nama pada buku pendaftaran. Maka itulah keadaan ini menjadi rumit dan tidak seharusnya berlaku.

Justeru satu keputusan telah dibuat agar perkara ini tidak berlaku kepada masjid-masjid lain di daerah Pekan iaitu dengan mengeluarkan kompaun RM10,000 atas nama Pengerusi Masjid Sri Maulana.

Pada asalnya kompaun mahu ditujukan kepada semua jawatankuasa masjid yang gagal mematuhi SOP, namun setelah perbincangan dibuat akhirnya kompoun hanya dikeluarkan atas nama pengerusi sahaja.

Difahamkan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan untuk membantu menyelesaikan kompaun tersebut, yang telah diberi diskaun sebanyak 50% iaitu RM5,000.

Keputusan yang berlaku agak berat tetapi Pejabat Kesihatan Daerah Pekan perlu bertegas kerana tidak boleh memandang ringan mengenai penularan wabak Covid-19. Namun perkara ini dipersoalkan kerana terlalu banyak benda tidak adil dan pihak berkuasa dituduh memberi layanan "double standard" antara rakyat marhaen dan golongan kayangan sebenarnya. #sumber

Share:

PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius tindakan Pegawai Kesihatan Persekitaran U42, Zuharnan Rashid yang menyaman Masjid Sri Maulana, Pekan, Pahang kerana tidak memaparkan QR Code dan buku pendaftaran lawatan yang merupakan keperluan pematuhan SOP sedangkan kedua-dua prosedur itu ada di masjid cuma masih belum dipaparkan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya kerana masih terlalu awal. Masjid berkenaan telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana kesalahan tersebut.

Namun, persoalannya mengapakah sebagai seorang Islam, Zuharnan tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya? Mengapa terburu-buru untuk mengeluarkan saman?

Adakah Ketua Pengarah Kesihatan ada menawarkan insentif atau ada kuota perlu dipenuhi untuk setiap kompaun? Masjid adalah rumah ibadat umat Islam dan agama itu adalah agama persekutuan dan kita yakin Zuharnan juga seorang Islam, mengapa bersikap tegas tak bertempat. 

Rakyat kini sudah jelak dan banyak mempersoalkan pelanggaran SOP yang serupa di mana ketidakadilan berlaku dan tiada tindakan diambil jika kesalahan itu dilakukan oleh artis atau ahli politik walaupun kertas siasatan telah dibuka.

Walaupun kompaun itu telah dikurangkan sebanyak 50 peratus dan diselesaikan oleh seorang individu, jumlah wang RM5000 itu boleh dimanfaatkan kepada perkara yang lain, mungkin untuk dihulurkan bantuan kepada saudara mara Zuharnan sendiri!

PPIM berharap Ketua Pengarah Kesihatan memandang serius perkara ini dan menasihatkan pegawai bertugas agar lebih rasional dalam menjalankan tugas mereka. Kami juga menggesa YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah mengeluarkan kenyataan khas menjelaskan perkara ini agar kekalutan tindakan pegawai ini tidak menjadi amalan pegawai penguatkuasa yang lain. #sumber

Share:

Dr Asri: Insiden Kes Langgar SOP, Masjid Wajar Dapat Pertimbangan Sebelum Hukuman Denda

 

KANGAR - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat bahawa pihak masjid wajar mendapat pertimbangan sebelum didenda atas kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Membandingkannya dengan dakwaan pelanggaran SOP oleh beberapa individu dikenali, Mohd Asri berkata masjid secara umumnya antara tempat yang paling mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Jika kita ke masjid, kita akan dapati secara umumnya masjidlah tempat yang paling mematuhi SOP dibandingkan tempat-tempat lain.

"Berita VIP atau menteri langgar SOP biasa kita dengar. Bila masyarakat bising maka dilaporkan kertas siasatan dibuka. Kemudian kita sudah tidak dengar lagi berita seterusnya.

"Saya rasa pihak masjid lebih wajar mendapat pertimbangan yang sepatutnya sebelum didenda," katanya di Facebook hari ini.

Dia berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah masjid di Pekan, Pahang yang dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal patuhi SOP.2

Pada 21 April lalu, Masjid Sri Maulana di daerah itu dikenakan kompaun tersebut kerana tidak menyediakan pengimbas kod bar MySejahtera dan buku pendaftaran.

Sehari sebelum laporan itu, notis kompaun tersebut yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan tular di media sosial sebelum disahkan oleh Pengarah Kesihatan Pahang Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah. #sumber

Share:

Kapal Selam "KRI Nanggala 402" Masih Belum Di Temui, Oksigen Cukup-Cukup Untuk Hari Ini Sahaja. Isteri WhatsApp Rayu Si Suami Pulang

 

KUALA LUMPUR - Dua hari berlalu tiada lagi khabar berita, kapal selam milik Tentara Nasional Indonesia iaitu KRI-Nanggala 402 masih belum ditemui.

Seramai 53 anak kapal dilaporkan bertugas di dalam kapal selam gergasi ini. Rabu lalu, KRI-Nanggala 402 dilaporkan gagal dikesan semasa membuat latihan di perairan Bali pada kedalaman 700 meter.

Kru kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini, menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya.

Tompokan minyak ditemui di lokasi di mana kapal selam itu berada dipercayai menunjukkan kemungkinan berlaku kerosakan pada tangki minyak, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku tragedi lebih buruk.

Dengan tanda pagar prayforNanggala402 perkongsian daripada isteri salah seorang anak kapal ini menerima 1.4 juta tontonan.

Dimaklumkan yang pasangan ini baru dua bulan mendirikan rumah tangga. Wanita ini juga turut berkongsi rakam layar perbualan bersama suaminya menerusi WhatsApp. Sebagai isteri, dia memberikan semangat dan dorongan buat suami. Di akhir perbualan, dia sempat berpesan suaminya harus pulang kerana dia sedang menunggu di rumah.

Rata-rata warganet dari Indonesia dan Malaysia memberikan dorongan dan semangat agar terus kuat. Paling banyak mendoakan anak kapal selam itu cepat ditemui dalam keadaan selamat.

“Bismillah, doa kami menyertai seluruh anak kapal KRI Nanggala 402”

“Semoga mereka cepat ditemui. Salam dari Malaysia. Kuat semangat ya. Kita semua doakan yang terbaik.

“Ya Allah, selamatkan beliau. Aada anak dan isteri yang setia menunggu.”

“Allahu sedihnya kak. Semoga dipermudahkan segala urusan pencariannya.”

“Ya Allah Ya Mujib, semoga mereka semua ditemui dalam keadaan yang selamat. Doa yang baik-baik di bulan dan hari yang baik.”

“Ya Allah, semoga mereka baik-baik sahaja dan cepat ditemui. From Malaysia.”

Terdapat juga dua perkongsian daripada para isteri anak kapal yang menyentuh hati. Masing-masing mendoakan suami , abang dan seluruh kru KRI Nanggala 402 selamat dan sihat.

Sama-sama kita doakan semoga usaha mencari dan menyelamat KRI-Nanggala 402 segera berakhir dan anak kapal ditemui dengan selamat. #sumber

Share:

Siang Di Liwat Tiga Abang Dan Malam Di Rogol Ayah, Polis Tahan Suspek Termasuk Kakak Ipar

 

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dikatakan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa dan tiga abang kandungnya yang didakwa merogol dan meliwatnya berulang kali sejak tahun lalu.

Semua empat lelaki berkenaan ditahan polis semalam selepas mangsa yang sudah kematian ibu itu membuat laporan polis pada 2.59 petang kelmarin.

Mangsa dikatakan diberi minuman dicampur bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol, selain diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Mohd Sukri Kaman berkata, semua suspek dan seorang wanita yang juga kakak ipar mangsa, berusia antara 23 hingga 48 tahun, ditahan antara 12.45 tengah malam hingga 1.13 pagi semalam.

Katanya, berdasarkan laporan diterima, kejadian didakwa berlaku di Tanjung Minyak dan mangsa mendakwa dirogol serta diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga abangnya di rumah.

“Mangsa juga dikatakan diberi minuman dicampur bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol, selain kedua-dua tangan serta kakinya diikat menggunakan tali rafia di penjuru katil, manakala mulut pula ditutup dengan pita pelekat.

“Pada waktu malam pula, mangsa mendakwa dirogol bapa dan akan dipukul jika melawan,” beliau dipetik berkata oleh Berita Harian.

Sukri berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian didakwa berlaku sejak Februari 2020 dan kali terakhir pada hujung Februari lalu.

“Suspek didakwa melakukan perbuatan itu secara bergilir-gilir ketika berada bawah pengaruh dadah,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati tiga daripada suspek positif dadah dipercayai jenis methamphetamine, tambahnya.

Semua yang ditahan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. #sumber

Share:

PAS Sedia Jadi 'Orang Tengah' Bagi Selesaikan Pertelingkahan Di Antara UMNO Dan BERSATU

 


PASIR PUTEH - PAS sedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan yang boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh kedua-dua pihak terbabit.

"Tanpa mencari penyelesaian ke arah penyatuan itu kita bimbang akan menjejaskan kedudukan orang Melayu Islam di negara ini," katanya ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.

Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan banyak pihak tentang kedudukan kuasa orang Melayu di negara ini akan terjejas pada PRU15 berikutan kemelut yang timbul dalam kalangan parti-parti Melayu yang seakan tiada penghujungnya.

Nik Muhammad Zawawi berkata perselisihan antara UMNO dan Bersatu dapat diselesaikan jika kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan tanpa berasaskan kepentingan parti dan kepentingan diri.

"PAS akan terus berusaha untuk menyatupadukan umat Islam kerana ia menjadi agenda kedua agama Islam," katanya. #sumber

Share:

Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia menyangkal dakwaan berhubung Perdana Menterinya, Scott Morrison meminta Putrajaya menggugurkan syarat lesen yang dikenakan kepada Lynas Corporation pada 2019.

Andrew Goledzinowski berkata, dakwaan itu tidak benar kerana Canberra tidak pernah meminta kerajaan Malaysia menggugurkan atau mengubah syarat dalam lesen enam bulan syarikat memproses nadir bumi itu yang diberikan pada 15 Ogos 2019.

“Malah, kerajaan Australia mengalu-alukan keputusan kerajaan Malaysia memberikan lesen enam bulan kepada Lynas pada Ogos 2019 dan lesen tiga tahun pada Februari 2020.

“Begitu juga Lynas mengumumkan ia menjangka akan memenuhi syarat baru ke atas lesennya,” katanya dalam kenyataan.

Goledzinowski mengulas dakwaan berulang kali disiarkan media baru-baru ini yang Morrison meminta rakan sejawatannya ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggugurkan syarat lesen ke atas Lynas pada Ogos 2019.

Dakwaan itu, seperti dilaporkan media, dikaitkan dengan komen Liew Chin Tong daripada DAP dalam bukunya yang menyatakan Mahathir berhasrat memecat Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berhubung isu Lynas.

Ketika memegang jawatan itu, Yeo menetapkan syarat baru untuk Lynas memperbaharui lesen operasi kilang pemprosesan nadir buminya.

Goledzinowski berkata, akhbar Sin Chew Daily dan The Star pada 2019 menerbitkan satu artikel dihantarnya, memuji “keputusan pro-sains Putrajaya yang menyatakan Malaysia ialah destinasi selamat untuk pelaburan serius dalam pembuatan lanjutan”.

Katanya, pengawalan industri di Malaysia di bawah bidang kuasa Putrajaya.

“Apa yang diminta Australia ialah keputusan ini perlu berdasarkan bukti saintifik, yang menunjukkan Lynas pada asasnya berisiko rendah dan dikendalikan dengan baik.”

Goledzinowski berkata, Lynas menjadi tajuk perdebatan awam, termasuk di media.

“Ini adalah wajar untuk masyarakat yang bebas dan demokratik. Tetapi peserta dalam perdebatan ini, termasuk media, perlu mempunyai maklumat yang betul.” #sumber

Share:

Dua Penuntut Universiti Malaysia Pahang Mati Lemas Mandi Di Air Terjun Sungai Pandan !

 

KUANTAN - Dua penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pandan di sini, hari ini.

Mayat A Sharvin Ananth, 24, berasal dari Skudai, Johor, 24 dan Goobi, 23, dari Karak, Bentong, Pahang, masing-masing ditemui pada jam 3.10 petang dan 3.37 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian lemas di air terjun itu pada jam 1.45 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati dua mangsa bersama sembilan rakan yang juga penuntut UMP pergi ke air terjun terbabit.

"Berdasarkan maklumat rakan mereka, kedua-dua mangsa mandi di air terjun sebelum gagal timbul di permukaan.

"Mayat mangsa itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, seramai 29 anggota terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). #sumber

Share:

Kes Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa, Ahli Perniagaan Buat Pengakuan Tak Bersalah!

 

KLANG - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas lima pertuduhan termasuk memukul pengawal peribadinya dan mengeluarkan perkataan menghina agama Islam minggu lalu.

Tertuduh Chung Chee Yang, 43, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret P. Sarulatha selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Turut membuat pengakuan sama ialah pembantu peribadinya, Choo Hin Voon,43, yang didakwa atas dua pertuduhan mencederakan individu sama.

Mengikut pertuduhan pertama, Chee Yang yang terlibat dengan beberapa perniagaan termasuk pelaburan hartanah didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sepucuk pistol ke arah mangsa, Mohd. Azminizam Zulkepli berusia 44 tahun.

Chee Yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, bapa kepada empat anak itu didakwa bersubahat dengan Hin Voon dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd. Azminizam dan seorang lagi mangsa, Ahmad Shamsuri Zailani berusia 27 tahun dengan menggunakan senjata iaitu sebatang rotan.

Bagi dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan keeempat pula, Chee Yang didakwa mengeluarkan beberapa perkataan menghina agama Islam dan menghalang mangsa berpuasa yang boleh didengari Mohd. Azminizam dengan niat disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan orang tersebut.

Dia didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kelima pula, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd. Azminizam dan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tertuduh kedua pula, Hin Voon yang merupakan pembantu peribadi kepada Chee Yang didakwa dua pertuduhan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd. Azminizam dan Ahmad Shamsuri dengan menggunakan senjata iaitu rotan.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Bagi kesemua pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di luar halaman rumah di Jalan Batu Nilam , Bandar Bukit Tinggi antara pukul 10.30 hingga 11.30 malam pada 13 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman dan Mohd. Fakhrurrazi Ahmad menawarkan wang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh masing-masing RM200,000 dan RM100,000 bagi setiap pertuduhan.

“Tawaran jaminan yang diberikan terhadap kedua-dua tertuduh adalah munasabah kerana tertuduh pertama adalah ahli perniagaan yang mampu membayarnya serta kes ini mendapatkan perhatian awam berikutan melibatkan agama.

“Selain itu, saya mohon syarat tambahan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan mereka perlu melapor diri di balai polis,” ujarnya.

Peguam mewakili Chee Yang, Abdul Hakeem Aiman memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana tawaran tersebut tidak munasabah selain anak guamnya mempunyai tanggungan empat orang anak dan perlu menjaga ayah yang mempunyai masalah kesihatan iaitu kanser usus dan perut.

Sementara itu, peguam Loi Yap Loong mewakili Hin Voon turut memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadap anak guamnya kerana perlu menyara dua anak dan isteri tidak bekerja serta menanggung ibu yang mempunyai masalah berjalan.

Mahkamah kemudian menetapkan Chee Yang dan Hin Voon masing-masing dijamin RM50,000 dan RM20,000 dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan serta tarikh sebutan semula kes pada 23 Jun ini. #sumber

Share:

Polis Akan Mengeluarkan 'Kompaun' Terhadap Sekolah Yang Cetus Kluster Baharu COVID-19

 

KUANTAN - Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu COVID-19 jika ia berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata langkah itu untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di semua sekolah di Pahang.

Bagaimanapun, katanya, kompaun yang dikeluarkan itu adalah tindakan terakhir selepas pelbagai langkah dilakukan tidak dapat dipatuhi pihak sekolah terbabit.

"Oleh itu, polis menasihati supaya semua pihak iaitu pasukan pemantau, penguat kuasa dan ibu bapa untuk memastikan sekolah bebas daripada kluster COVID-19.

"Kita tidak mahu Pahang termasuk antara negeri yang sekolah terpaksa ditutup akibat COVID-19 selain bimbang jika berlaku kluster baharu di sekolah," katanya.

Abd Jalil berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Permuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang bersama Polis Pahang di pejabat JPN Pahang, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPN Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Bagi memastikan tiada kes COVID-19 di sekolah, beliau meminta ibu bapa tidak menghantar anak yang bergejala seperti demam atau selsema ke sekolah.

"Apabila berlakunya kes di sekolah, ia akan merugikan anak-anak lain yang ingin ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka," katanya.

Sementara itu, Mohammad Rosli berkata, jabatan meminta semua guru, kakitangan dan pelajar yang bergejala tidak hadir ke sekolah.

"Ibu bapa kena kenal pasti anak mereka dan apabila mempunyai gejala, mereka tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah," katanya. #sumber

Share:

Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar !


KUANTAN - Penduduk Kampung Pulau Manis, Jalan Lepar - Muadzam Shah di Lebuhraya Tun Razak dekat sini menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap operasi sebuah kilang arang yang mengeluarkan asap tebal hingga menjejaskan kesihatan mereka.

Difahamkan, kilang yang pernah disita pada 2019 itu masih menjalankan aktiviti tanpa mematuhi peraturan dan akta alam sekitar yang telah ditetapkan.

Menurut seorang penduduk, kilang yang dipercayai tiada lesen itu masih beroperasi biar pun sudah diambil tindakan oleh pihak kerajaan sebelum ini. 

Katanya, asap tebal terutamanya disebelah malam jelas sekali mengganggu keselesaan dan kesihatan penduduk setempat. 

"Ada diantara penduduk yang sudah membuat aduan ke jabatan berkaitan sebelum ini, namun operasi kilang terbabit terus berjalan seperti biasa hingga ke hari ini,

"Bayangkan keluarga yang ada anak kecil, bayi dan warga emas. Hari-hari terpaksa menghidu asap tebal dari kilang terbabit. Bukankah ia menjejaskan kesihatan dan membahayakan nyawa sebenarnya," katanya.

Sementara itu, tinjauan dilokasi mendapati asap agak kurang pada waktu siang hari tapi menjadi tebal pada waktu malam.

Difahamkan pada 2019 kilang terbabit pernah diserbu dan disita oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Malah kilang yang menghasilkan arang jenis kiub itu sudah beroperasi tanpa lesen sejak beberapa tahun sebelum itu. Produk arang terbabit dikatakan untuk pasaran negara luar seperti Australia dan Timur Tengah.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dilaporkan telah menyita dapur arang kiub selepas menyita kilang pada Operasi Bersepadu ketika itu. 

Malah, pemeriksaan di kilang berkenaan mendapati terdapat sebanyak 190 tanur atau dapur arang yang aktif secara berjadual menjalankan proses membakar arang jenis kiub berkualiti tinggi.

Semua alat itu juga didapati tidak memiliki lesen atau permit yang dikeluarkan Bahagian Kilang JPNP, lantaran itulah tindakan penyitaan kilang diambil. 

Tindakan undang-undang mengikut Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dikatakan telah dilakukan.

Namun, apa yang menghairankan penduduk kenapa kilang terbabit masih menjalankan operasi hingga ke hari ini?. 

"Jika tindakan sudah diambil, sepatutnya kilang ini sudah ditutup. Malah tanah tapak kilang juga dipercayai adalah masih lagi berstatus pertanian. Bagaimana kilang boleh didirikan? Inilah yang memusykilkan sebenarnya.

"Rata-rata diantara kami sudah tidak tahan dengan situasi ini. Nyawa kami terancam, sedangkan pemilik kilang mendapat untung lumayan atas produk arang kiub yang dikeluarkan. Kenapa pihak kerajaan gagal menghidu operasi kilang ini? Walhal jaraknya tidak berapa jauh dengan Lebuhraya Tun Razak dan Kuantan itu sendiri," kata seorang warga emas yang ditemui.

Kerajaan Negeri Pahang diharap dapat mengambil tindakan tegas terhadap isu pencemaran alam sekitar oleh kilang arang ini jika benar terus beroperasi tanpa lesen selepas disita pada 2019.

Nampak benar, ada kelemahan pemantauan oleh pihak berkuasa hingga menyebankan 'kilang haram' terus beroperasi tanpa memperdulikan aduan penduduk setempat. #pahangdaily

Share:

Masjid Sri Maulana Kena 'Kompaun' RM10,000 Engkar Arahan QR Code Dan Buku Pendaftaran


PEKAN - Masjid Sri Maulana dekat sini telah dikenakan kompaun RM10,000 atas Kesalahan Di Bawah Akta Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 hari ini.

Merujuk surat kompaun yang diviralkan, saman dikeluarkan gara-gara masjid terbabit gagal menyediakan QR Code MySejahtera dan Buku Pendaftaran Pelanggan dan engkar arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Surat yang ditujukan kepada pengerusi masjid terbabit, memberi tempoh 14 hari sehingga 4 Mei 2021 untuk membayar saman tersebut.

Susulan itu, semua premis terutamanya masjid dan surau disarankan segera mematuhi arahan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelakkan tindakan oleh pihak berkuasa. #pahangdaily



Share:

MB: Hanya 25 Peratus Penduduk Pahang Yang Daftar Vaksin Covid-19 Gunakan MySejahtera!

 

KUANTAN – Hanya 25 peratus atau kira-kira 400,000 individu sudah membuat pendaftaran vaksin Covid- 19 daripada kira-kira 1.6 juta jumlah keseluruhan penduduk negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, lebih 360,000 rakyat negeri ini mendaftar melalui aplikasi MySejahtera manakala 270,000 individu mendaftar menerusi Sistem Imunasi Covid-19 Pahang (SICP).

“Bilangan pendaftaran ini masih rendah berbanding sasaran 80 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasa dua di Wisma Belia, di sini, hari ini.

Menurut beliau, faktor geografi serta sikap tunggu dan lihat dipercayai menjadi punca pendaftaran vaksin Covid-19 di negeri ini masih rendah biarpun pelbagai usaha sudah dilaksanakan kerajaan.

“Berita palsu mengenai suntikan vaksin ini yang tular di kalangan masyarakat dipercayai menjadi punca ramai yang belum mendaftar.

“Dengan jumlah kes yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, kita harap dengan menyegerakan suntikan vaksin ini dapat memperlahankan penyebaran jangkitan virus Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan bagi meningkatkan jumlah pendaftaran vaksin Covid-19 sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.

Mengenai pemberian vaksin fasa dua di Pahang, Wan Rosdy berkata, ia membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas bermula hari ini dan dijangka dapat diselesaikan pada Mei depan.

“Di Pahang, sebanyak lima PPV fasa dua dibuka termasuk di Kuantan, Bentong, Temerloh, Lipis, dan Rompin membabitkan jumlah keseluruhan 360,000 penerima manakala bagi suntikan pertama hari ini, seramai 1,820 dijangka akan menerima suntikan,”ujarnya. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 2,195 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan 2,195 kes baharu Covid-19 berbanding 1,427 kes sembuh dan lapan kematian.

Ini menjadikan 353,822 pesakit pulih daripada keseluruhan 375,054 kes Covid-19 dengan 1,378 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 19,854 kes aktif dengan 90 daripada 219 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 10 ialah kes import dan 2,185 kes penularan tempatan yang membabitkan 1,837 warganegara serta 348 warga asing.

Katanya, Sarawak kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 508 kes.

“Daripada jumlah ini, 372 kes (73.2%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia disusuli Selangor dengan 431 kes, Johor (387), Kelantan (332), Kuala Lumpur (176), Sabah (112), Negeri Sembilan (42), Perak (35), Kedah (30), Terengganu (16), Melaka (15), Pahang (15), Labuan (enam), Putrajaya (tiga) dan Perlis (tiga).

Masing-masing dua kematian dilaporkan di Kelantan dan Selangor, manakala satu kematian direkodkan di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur.

Lapan kematian itu semuanya membabitkan warganegara berusia 37 hingga 90 tahun yang semuanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik. #sumber

Share:

Syed Saddiq Akan Buat Pengumuman Isu Parti MUDA Gabung Parti WARISAN Tidak Lama Lagi

 

KUALA LUMPUR - Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membuat pengumuman berhubung desas-desus partinya itu bergabung dengan Warisan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Muar itu tidak menyatakan secara jelas bila ia akan diumumkan.

"Kita nantikan pengumumannya," katanya ringkas menerusi Live Facebook, malam tadi.

Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta mengulas adakah dia bersetuju Muda dan Warisan bergabung dalam program “Borak Jam 10” berjudul “Kita Unite” malam tadi.

Program bual bicara yang disiarkan menerusi Live Facebook itu turut menampilkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Terdahulu, Muda dilaporkan akan bergabung dengan Warisan tidak lama lagi bagi membolehkan aktivis dan penggeraknya menyertai pilihan raya umum akan datang.

Langkah itu dikatakan kerana Muda gagal mendaftar sebagai sebuah parti yang sah.

Pun begitu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memuji kepimpinan Shafie.

Syed Saddiq menyifatkan gaya atau corak politik bekas Ketua Menteri Sabah itu sangat baik untuk Malaysia.

"Agak sukar untuk kita lihat pemimpin diperingkat tertinggi seperti Datuk Seri Shafie yang terbuka telah pun menerima konsep Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, menerapkan konsep perpaduan yang sangat unity yang sangat utuh dan kukuh bagi negeri Sabah dengan berjayanya dan seperti yang saya tekankan tadi saya rasa sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, saya fikir ini bagus untuk Malaysia.

"Bagus juga untuk bangsa saya, agama saya dan ia harus diraikan bersama dan saya fikir untuk platform itu saja, kita perlu tubuhkan salah satu platform yang betul-betul berbilang bangsa, agama, moderate, yang fokus kepada pembaharuan dasar-dasar negara, polisi berdasarkan politik berbanding politik peribadi dan saya yakin dengan melihat prestasi yang Datuk Seri Shafie berjaya lakukan di Sabah saya fikir ia bagus untuk kita semua," katanya.

Sebelum ini, Warisan telah menukar perlembagaannya dari parti Warisan Sabah kepada Warisan sahaja bagi membolehkan parti ini bergerak ke Semenanjung. #sumber

Share:

Polis Nafi Beri Layanan Istimewa Suspek Pukul Dua "Pengawal Peribadinya" Kerana Berpuasa !

 

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menolak tuduhan Senator Muhammad Zahid Md Arip bahawa pasukan itu telah memberikan layanan istimewa kepada suspek yang didakwa menyerang dua orang pengawal keselamatannya.

Zahid, pada satu kenyataan hari ini, menyoal Ketua Polis Negara, Tan Sri  Abdul Hamid Bador supaya menjelaskan kepada orang ramai mengapa suspek berkenaan dibenarkan mengadakan "sidang media" untuk meminta maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong.

Majikan itu disiasat setelah dia dikatakan marah dengan pengawalnya kerana berpuasa. Kedua-duanya kemudian didakwa telah ditampar dan dipukul dengan rotan.

Menjawab tuduhan itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menegaskan tidak ada layanan istimewa yang diberikan kepada suspek.

Dia menjelaskan kejadian suspek bercakap kepada media berlaku secara kebetulan ketika suspek melintas di lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk dibawa ke IPD Kelang Selatan.

"Ramai wartawan masih berada di IPD sejurus selesai sidang media Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkaitan isu video raya yang mempromosi judi.

"Suspek yang diambil oleh anggota IPD Kelang Selatan secara kebetulan melalui lobi dan wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan IPD Kelang Selatan sampai ke perkarangan lobi dan sepintas lalu suspek bercakap begitu sahaja.

"Bukan suspek membuat sidang media. Wartawan juga tidak bertanya apa-apa soalan kepada suspek sebaliknya suspek dengan sendirinya bercakap memohon maaf dalam bahasa Cina dan dipetik oleh wartawan yang ada pada ketika itu," jelasnya.

Zainal menggesa pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu yang melibatkan suspek ini. #sumber

Share:

Zahid Md Arip Terkejut Tindakan Polis Berikan Layanan 'Istimewa' Kepada Majikan Pukul Dua 'Pengawal Keselamatannya' Kerana Berpuasa !

KUALA LUMPUR - Senator Muhammad Zahid Md Arip terkejut dengan tindakan pihak polis memberi layanan istimewa kepada majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa baru-baru. 

Hari ini tular di media laporan berkenaan majikan terbabit tiba-tiba tampil membuat ‘sidang media’ khas memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong.

"Saya terpanggil untuk mengulas laporan media mengenai majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa, yang tiba-tiba diberi layanan cukup istimewa oleh polis sehingga boleh tampil membuat ‘sidang media’ khas memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong," kata Zahid. 

Beliau turut mendakwa apa yang  erlaku kni adalah satu mesej yang salah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau membenarkan layanan istimewa diberikan kepada suspek ini, sementalah lagi namanya sendiri selaku Ketua Polis Negara ada disebut dan terkait dalam laporan polis oleh mangsa, yang telah pun tular di media sosial.

"Abdul Hamid tidak boleh membisu kerana ketika reman masih belum selesai dan siasatan sedang berjalan, dua anggota polis ditugaskan khas untuk mengiringi suspek bertemu pihak media, sedangkan apa yang sepatutnya dibuat adalah melengkapkan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan," tambah beliau lagi. #PahangDaily

Share:

Majikan Di Dakwa "Mencederakan" Pengawal Peribadinya Kerana Berpuasa Memohon Maaf

 

KUALA LUMPUR – Majikan yang didakwa mencederakan dua pengawal peribadinya kerana berpuasa membuat permohonan maaf.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.

“Saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan. Terima kasih, semua,” katanya dalam sebuah video yang disiarkan The Star.

Dia berkata demikian ketika digari dan diapit dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Lelaki berusia 43 tahun yang berada dalam tahanan polis itu kemudian dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Pada Rabu lalu, media melaporkan, dua pengawal peribadi dipukul dengan rotan dan diacu pistol oleh majikan kerana berpuasa di bulan Ramadan.

Susulan itu, empat suspek ditahan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan 298 Kanun Keseksaan. #sumber

Share:

Semakin Melampau, Tular Satu Lagi Iklan Raya Promosi Aktiviti 'Perjudian Online' Di Internet !

BANGI - Tatkala rakyat masih marah dengan iklan Aidilfitri versi mempromosi judi oleh Gbet333 baru-baru ini, tular pula video sama dipercayai membabitkan operator perjudian lain.

Terkini, video bertemakan Hari Raya Aidilfitri berdurasi lebih tiga minit dikeluarkan oleh IBC003, bagi mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka untuk meraih wang berganda.

Sama seperti iklan yang disiarkan Gbet333, video bertajuk ‘IBC003 Hari Raya Berkaya’ itu juga menggunakan khidmat pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.

“Bersama kita raikan bila ada kemenangan IBC003, hari raya bahagia,” demikian antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berkenaan.

Video terbaharu itu nyata menambah lagi kemarahan pengguna media sosial yang menyifatkan operator perjudian di Malaysia semakin melampau kerana terbuka menghina Islam.

“Sama idea, konsep dengan yang Gbet333. Mesti krew produksi sama,” dakwa Adam Azrul.

“Jangan share, target dia memang nak orang share benda-benda ni. Seorang share boleh beribu orang tengok, kalau beribu share dah dapatlah target mereka. Kalau boleh block,” tegas Zain Azraii Abd Manaf.

“Harap pihak berwajib ambil tindakan dengan segera,” saran Wardina Safiyah.

Sebelum ini, tular klip video berjudul ‘GDBet333 Hari Raya’ yang tampil mengajak orang ramai menggunakan servis judi untuk meraih wang berganda.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan telah meminta penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube agar menurunkan iklan yang mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan duit balik kampung sempena Aidilfitri. #sumber

Share:

40 Orang Petugas Kesihatan Telah Di Jangkiti Covid-19 Selepas Lengkapkan Dua Dos Vaksin

 

KUALA LUMPUR - Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19.

Manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk.

Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti Covid-19.

Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti.

Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. #sumber

Share:

Biar Pun "Kalah" Di Tangan JDT, Dollah Tetap Berbangga Dengan Permainan Anak Buahnya

 

KUANTAN - Di sebalik kekalahan 0-2 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Makmur malam tadi, Dollah Salleh tetap berbangga dengan semangat juang yang dipamerkan pemainnya.

Ketua jurulatih itu berkata, biarpun ketinggalan dan beraksi dengan 10 pemain, pasukan itu memberi tentangan terutama pada babak kedua perlawanan.

"Saya bangga dengan semangat yang dipersembahkan terutama pemain muda yang bermain baik untuk memberi tentangan kepada pasukan pelawat.

"Pemain memberi saingan terutama pada babak kedua perlawanan sebelum pasukan terpaksa beraksi 10 pemain selepas pemain pertahanan, Mohamad Ezanie Mat Salleh dilayangkan kad merah pada minit ke-69.

"Apabila kekurangan seorang pemain, ia ternyata memberi kesan terhadap prestasi pasukan walaupun pemain berusaha untuk menghalang JDT daripada mencatat kemenangan," katanya.

Mengulas persembahan keseluruhan Sri Pahang, Dollah berkata, pasukan itu hampir menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan dalam usaha mencari gol penyamaan tetapi keputusan tidak menyebelahi Sri Pahang.

Katanya, apabila semua pemain memikirkan mencari gol penyamaan, JDT yang memiliki pengalaman luas berjaya menjaringkan gol kedua pada minit-minit akhir perlawanan.

"Bagaimanapun, saya percaya dengan persembahan yang diberikan terutama barisan pemain muda, keputusan lebih baik akan dicatat pada perlawanan akan datang," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan Liga Super, Sri Pahang kekal di kedudukan kedua tercorot liga dengan mengutip lima mata. #sumber

Share:

Jaringan Leandro, Bergson Bantu JDT Atasi Sri Pahang Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi

 

KUANTAN - Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT), pada aksi menentang Pahang yang merupakan antara dua perlawanan pertama Liga Super di bulan Ramadan, malam tadi.

Kemenangan 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, itu membolehkan JDT mengumpul 23 mata untuk melebarkan penguasaan di puncak liga kepada lima mata, dengan Terengganu FC sebagai pencabar terdekat di kedudukan kedua.

Manakala ini merupakan kekalahan keenam keseluruhan buat Sri Pahang FC, dan keempat buat ketua jurulatih Dollah Salleh sejak mengambil alih tugas selaku pengendali pasukan daripada Thomas Dooley, yang direhatkan pertengahan bulan lepas.

Turun ke gelanggang keramat skuad Tok Gajah, JDT dengan rekod tanpa kalah menguasai 45 minit pertama perlawanan menerusi gandingan trio di bahagian serangan - Gonzalo Cabrera, Bergson dan pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi, yang kerap menguji benteng pertahanan Sri Pahang FC.

Namun, Leandro mencetak nama sebagai penjaring sulung selepas melepaskan rembatan kaki kanan bola tampanan rakan sepasukan Mohd Afiq Fazail dalam kotak penalti pada minit ke-23.

Babak kedua menyaksikan penguasaan permainan masih menjadi milik skuad Harimau Selatan, dan ia lebih terserlah selepas pemain pertahanan Mohamad Ezanie Mat Salleh diperintahkan keluar padang pada minit ke-70, susulan mengutip kad kuning kedua.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya JDT dalam menggandakan asakan sebelum, Bergson meledak gol kedua pasukan pelawat yang juga jaringan kesembilan dalam tujuh penampilan bersama pasukan. #sumber

Share:

JPNP Umumkan "Pelantikan" Muhammad Rosli Abdul Rahman Sebagai Pengarah Yang Baharu

KUANTAN -  Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) mengumumkan perlantikan pengarahnya yang baharu iaitu Encik Muhammad Rosli Abdul Rahman.

Perlantikkan tersebut berkuatkuasa pada 12 April 2021. Beliau sebelum ini ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Bahagian Pembangunan Murid. #PahangDaily


Share:

Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya

 


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengesan pelakon dan penerbit video iklan mempromosikan judi dalam talian.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan.

"Pada 15 April, terkesan satu video yang tular berdurasi 2 minit dan 1 saat yang didapati mempromosikan judi dalam talian.

"Isi kandungan video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, susulan itu, siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon yang terbabit dalam video berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka.

"Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

"Orang ramai diingatkan suapaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam," katanya.

Semalam, video berkenaan tular di media sosial hingga mendapat kritikan netizen.

Video berkenaan dipercayai dikeluarkan sindiket perjudian dalam talian yang memperhebat promosi kegiatan haram itu di media sosial sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam video lagu raya berdurasi 2 minit dan 1 saat yang tular itu memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan 'duit raya'. #sumber

Share:

Video Iklan Lagu Raya Pomosi Perjudian Online Di Kecam Netizen, Polis Akan Menyiasat Isu Ini

 

PETALING JAYA – Tindakan sebuah syarikat perjudian online mengeluarkan satu video iklan mempromosikan aktiviti tersebut dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri mengundang kecaman serta membangkitkan kemarahan netizen beragama Islam.

Iklan tersebut yang pada mulanya menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar kepada promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang untuk menyambut perayaan dengan meriah.

“Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya,” menurut petikan lirik iklan berkenaan yang mempromosikan perjudian online bagi menarik pelanggan.

Tambah mengejutkan, turut kelihatan dalam video berdurasi 2 minit 1 saat itu adalah pelakon atau model dipercayai beragama Islam yang lengkap mengenakan pakaian tradisional baju kurung dan baju Melayu.

Tinjauan di laman YouTube dan Facebook mendapati rata-rata pengguna mengeluarkan komen mengecam tindakan syarikat berkenaan yang disifatkan sebagai tidak sensitif.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata​, pihaknya sedia maklum tentang perkara tersebut dan akan menyiasat perkara itu termasuk memanjangkannya kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kami (polis) sedia maklum tentang penularan video tersebut yang secara jelasnya dilihat mempromosikan aktiviti perjudian online dengan bertemakan Hari Raya Aidilfitiri dan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah mengarahkan Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman untuk meneliti perkara tersebut selain memanjangkannya kepada pihak MCMC agar tindakan dapat diambil serta ia dapat diturunkan daripada internet,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari turut mengecam iklan tersebut yang disifatkan sebagai mencabar undang-undang serta kemuliaan bulan Ramadan.

“Tanpa sebarang syak, iklan perjudian itu benar-benar mencabar undang-undang negara bahkan juga kemuliaan bulan Ramadan.

“Kerajaan melalui MCMC wajib bertindak seberapa segera yang mungkin dan iklan itu wajib ditarik semula dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan iklan ini wajib diadili,” katanya menerusi satu kemaskini status di Facebook semalam. #sumber

Share:

PKPD: MUIP Salurkan Bantuan Kepada 2,500 Ketua Isi Rumah Di 13 Lokaliti Sekitar Pekan

 

PEKAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi bantuan kepada 2,500 ketua isi rumah (KIR) di 13 lokaliti yang sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata bantuan bernilai RM125,000 itu berupa barangan keperluan asas yang diagihkan secara berperingkat selama tiga hari bermula kelmarin.

Beliau berkata, sumbangan terbabit meliputi beras, minyak masak, tepung, gula, kicap, sos, susu, kopi, biskut dan bihun, bertujuan meringankan beban penduduk di kawasan berkenaan.

"Ada kira-kira 12,000 penduduk di 13 lokaliti terbabit yang tidak dibenarkan keluar dari kawasan penempatan mereka kecuali atas perkara tertentu, susulan pelaksanaan PKPD bagi mengekang penularan COVID-19.

"Penyelaras bantuan itu ialah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Pekan yang turut dianggotai lapan agensi berkaitan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kawasan terbabit meliputi Taman Peramu Permai, Perumahan Universiti Malaysia Pahang, Kuarters Guru Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Kuarters Guru Maktab Rendah Sains MARA dan Kuarters Guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak.

Selain itu, Perumahan Komuniti 1Malaysia, Perumahan Taman Perdana, Taman Sepekan Makmur, Taman Mentiga Jaya, Perumahan Peramu Jaya, Taman Mentiga Jaya dan Kampung Pulau Serai.

Penduduk, Musa Mohd Rezali, 64, berkata bantuan diberi MUIP dapat meringankan beban beliau sekeluarga.

"Ini semua ujian Yang Maha Esa bagi menguji kesabaran saya dan penduduk setempat," katanya. #sumber

Share:

COVID-19: Kes Harian Kembali Melonjak Pada Angka Lebih 2,000 Dengan 2,148 Kes Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Kes harian hari ini kembali melonjak pada angka melebihi 2,000 dengan 2,148 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 367,977 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Sarawak mencatatkan angka tertinggi dengan 512 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 459 kes dan Kelantan sebanyak 221 kes.

“Seterusnya, Sabah (202 kes), Johor (182 kes), Kuala Lumpur (171 kes), Pulau Pinang (134 kes), Terengganu (57 kes), Melaka (53 kes), Perak (51 kes), Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing 34 kes) serta Kedah (26 kes).

“Negeri lain ialah Putrajaya (lapan kes), Labuan (tiga kes) dan Perlis (satu kes),” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. #sumber

Share:

Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !

BEIJING - Pengasas TikTok, Zhang Yiming, 38, dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$60 bilion (RM247.56 bilion), menjadikannya antara individu terkaya di dunia.

Dengan nilai kekayaan tersebut, meletakkan Yiming sebaris dengan bilionair China lain se­perti Pony Ma dari Tencent Holdings, pemilik syarikat minuman, Zhong Shanshan, serta keluarga Walton dan Koch dari Amerika Syarikat, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Tahun lalu, syarikat permulaan yang diasaskan beliau, ByteDance Ltd. telah menerima tekanan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, China dan India.

Amerika Syarikat semasa di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, mahu mengha­ramkan aplikasi TikTok de­ngan alasan perkhidmatan media sosial itu menjadi alat risikan China.

Kerajaan China turut dilaporkan telah menyekat apli­kasi berkenaan, begitu juga dengan India yang mengharamkan sebahagian daripada aplikasinya.

Bagaimanapun, di sebalik tekanan tersebut, nilai saham syarikat dalam pasaran dianggar lebih AS$250 bilion (RM1.03 tri­lion), menurut sumber.

Pada tahun lalu, BytDance yang popular dengan aplikasi video pendek TikTok dan aplikasi berita Toutiao, merekodkan perolehan berganda, selepas mengembangkan perniagaan periklanannya meliputi e-dagang dan permainan video maya.

Syarikat tersebut dilaporkan dalam pertimbangan untuk penyenaraian awam bagi sesete­ngah perniagaannya.

“Yiming dikenali kerana pemikiran jangka panjangnya dan tidak mudah mengalah. Beliau merancang untuk membina perniagaan global,” kata Ma Rui dari firma Synaptic Ventures.

Berdasarkan laporan CB Insight, nilai ByteDance sebelum ini dianggarkan mencecah AS$180 bilion (RM742.68 bi­lion), peningkatan sebanyak AS$20 bilion (RM82.52 bilion) dari tiga tahun lalu.

Namun, kini adalah masa yang sukar bagi bilionair di China. Pengasas Alibaba, Jack Ma sebelum ini telah didenda sebanyak AS$2.8 bilion (RM11.55 bilion) atas dakwaan antimonopoli. Kelmarin, pihak berkuasa negara itu dilaporkan telah mengarahkan 32 syarikat internet untuk menerima amalan antipersaingan bermula bulan hadapan.  #sumber

Share:

Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !

KLANG - Lima individu ermasuk majikan yang ditahan disyaki memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa, dipercayai terlibat dalam aktiviti ah long dan judi online.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar hasil penahanan kesemua suspek dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada Rabu.

"Kesemua yang ditahan berusia 35 hingga 47 tahun disyaki terlibat dalam insiden memukul dua pengawal peribadi itu.

"Sementara itu, majikan kepada dua pengawal peribadi yang dipukul tersebut ditahan oleh Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini pada Khamis.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut merampas 100 kilogram jongkong emas dalam rumah salah seorang suspek tersebut di Bukit Tinggi di sini.

"Kita juga merampas 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25juta," katanya.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, polis turut merampas dua rotan yang disyaki digunakan semasa kejadian.

"Kita juga merampas sepucuk pistol bersama 10 butir peluru yang di bawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan milik sebuah syarikat kawalan keselamatan," katanya.

Beliau berkata, tiga daripada suspek terbabit direman selama lima hari manakala seorang lagi selama tujuh hari.

"Saya difahamkan majikan terbabit direman tiga hari sehingga Sabtu ini," katanya.

Arjuandi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.

"Tiada sebarang unsur perkauman atau agama berhubung kes ini, sebaliknya lebih kepada isu peribadi dan terpencil," katanya.

Pada Rabu, media melaporkan seorang lelaki yang juga majikan kepada dua pengawal peribadi sanggup memukul dan mengacukan sepucuk pistol kerana kedua-dua lelaki berkenaan berpuasa. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.