script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lebih 50 Penduduk Berhimpun, Mahu Kerajaan Perjelaskan 'Draf RTD Dan RKK' Di Janda Baik !


BENTONG - Lebih 50 penduduk Kampung Janda Baik di sini hari ini menggesa pihak berkaitan agar memberi penjelasan lebih lanjut mengenai draf Rancangan Daerah Tempatan Bentong (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Janda Baik.

Mereka melahirkan kebimbangan draf RTD dan RKK berkenaan akan 'mencabul' hak penduduk khususnya melibatkan pengambilan tanah serta menjejaskan sumber pendapatan penduduk.

Perkara itu disuarakan pada sidang media yang diadakan di Riverside Janda Baik di sini pagi tadi yang turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Young Syefura Othman.

Seorang penduduk, Hussin Yusoff, 70, berkata, sebarang bentuk rancangan pembangunan di Janda Baik harus mengambil kira pandangan penduduk kerana ia merupakan kawasan pelancongan.

"Saya telah mengusahakan perniagaan chalet sejak 14 tahun lalu dengan pelaburan mencecah hampir RM1 juta. Sekiranya RKK Janda Baik ini dilaksanakan maka ia akan menjejaskan sumber pendapatan saya.

"Andai berlaku pembangunan di sini maka chalet yang saya usahakan akan musnah malah terdapat chalet-chalet lain yang turut akan terjejas," katanya.

Hussin berkata, sebelum ini Kampung Janda Baik sering menjadi tumpuan pelancong dari kawasan Lembah Klang untuk bercuti dan menginap di 44 chalet sekitar kampung terbabit.

Namun jelasnya, andai berlaku sebarang bentuk pembangunan nescaya akan menjejaskan alam sekitar dan sumber pengairan.

"Adalah diharapkan agar pihak berkaitan prihatin dengan nasib penduduk kawasan Janda Baik dengan mengambil kira pandangan dan cadangan dari penduduk," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak menyifatkan sidang media membabitkan penduduk Kampung Janda Baik itu sebagai 'salah faham'.

Beliau berkata, RTD dan RKK yang ada sekarang merupakan satu draf cadangan dan belum dimuktamadkan.

"Draf ini mungkin boleh jadi draf pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima sebelum kita bentang dan bawa ke jawatankuasa perancang dan mesyuarat Exco sebelum kita membuat keputusan muktamad. Andai ada bantahan kita akan mengulangi semula proses draf berkenaan.

"Penduduk juga perlu tahun sesi pendengaran awam adalah diwartakan dan wajib dibuat sebelum sesuatu projek pembangunan itu dilaksanakan.

"Justeru, kerajaan negeri sedia mendengar keluhan 2,000 penduduk yang membantah RTD dan RKK dalam usaha menjaga kepentingan dan hak bersama khususnya penduduk tempatan," katanya. #sumber

Share:

Menyusahkan: Orang Ramai "Terkejut", Tandas Awam Di Terminal Sentral Kuantan Berpalang !

KUANTAN - "Kenapa perlu bina palang untuk masuk ke tandas, bukankah ia biasa dibina untuk masuk ke jabatan kerajaan atau menaiki pengangkutan seperti LRT," demikian rungutan orang ramai yang ditemui di Terminal Sentral Kuantan (TSK) pagi ini.

Isu tandas awam 'berpalang' telah ditularkan oleh seorang netizen yang dikenali sebagai Tini Jaafar di page Warga Kuantan Official baru-baru ini.

"Kenapa ye tandas kat Terminal Sentral Kuantan ada mesin berpalang kat depan pintu tandas tu.. Nak kena masuk syiling 50 sen...Tak kisah kena bayar boleh je.. Tp benda berpalang tu menyusahkan org.

" Dah kalau yg tak tahan nak kencing , satu hal nak kena cari syiling baru leh boleh masuk tandas. Lepas tu pulak....dah tukar syiling , syiling baru tak diterima ye..kena guna syiling lama. TBS KL pun x de charge orang nak masuk tandas. Ni kuantan semua benda mahal. Milo ais pun rm4 sekarang", kata kenyataan Tini Jaafar. 

https://www.facebook.com/groups/1267394570084485/permalink/2262282857262313

Difahamkan ketika kejadian bukan beliau seorang yang ada masalah nak ke tandas, tapi juga penumpang bas lain. 

Malah lebih memalukan ada pelancong asing pun terpinga-pinga dan tertanya kenapa tandas seperti itu (berpalang). Bukan sahaja tandas tingkat atas tetapi turut melibatkan tandas ditingkat bawah. 

"Dahlah berpalang, lepas tu andai ada syiling, tutup plak tandas bermangga. Pelik betul . Masa tu takde tulis tandas sedang dibaiki ke apa masa tu," kata Seorang kakitangan kerajaan yang ditemui dilokasi.

Sementara itu, hantaran Tini Jaafar di facebooknya turut mendapat komen panas dari kalangan netizen. Rata-rata kecewa dan terkejut dengan senario yang berlaku. 

"Mau terkencing terberak dlm seluar dulu ni sementara nk cri rm0.50....pale bana dia ajor gtue nk masuk tandas," kata Juhaina Shazleen. 

"Sama lah mase sye blik kmpung ank sye muntah dlm bas ,,pastu nk g tandas nk crik duet  sling bgai,,ngn ank ank2 kcik lg ,,smpai sye nk mgamuk kt situ ,,risau pemndu bas tinggal," kata Nurul Afifah. 

"Tandas ya kotor tu silapnya atas pengguna jugak. Lepas guna tu susah sangat ke nak pam atau cucur air keliling mangkuk tandas tu? Kadang tu berselut kesan tapak kasut.. tak ada lansung kesedaran utk bersih balik. Tahu..menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab pekerja di situ..tapi kita sebagai pengguna, lebih2 lagi sebagai seorang muslim menjaga kebersihan itu adalah sgt2 dituntut," kata Sharifah Nor Hj Abdullah. 

Netizen Muzammil Sbs pula mencadangkan agar disediakan mesin tukar duit. 

"Cara ni dah betul. Improvement: kena letak machine tukar duit. Tu je. Or guna sistem cashless macam touch&go. Pendapat saya," katanya. 

Pandangan beliau turut disokong Pokman Jersy. 

"Pendapat yang bagus & cerdik boleh di terima pakai ,ungeret lagi supaya lebih baik lagi ,the good idea yang terbaik. 

Sementara itu ada juga netizen yang menyokong tindakan tersebut. 

"Ni la sbb dia...xsilap pengurusan kna kuar kn costing beratus setiap minggu kerana kejahatan vandalism...stiap kali ada je kerosakan di tandas awam TSK...haishhh geli btol sotong kering pn trgantung cenggitu," kata seorang netizen dari Indera Mahkota. 

Apa pun, kami berpendapat tindakan mendirikan palang dihadapan pintu masuk tandas adalah tidak wajar. Orang ramai ke tandas sebab mahu buang air kecil dan air besar. 

Bayangkan jika mereka tiada duit syiling 50 sen, apa akan jadi? Malah ada kes seorang ibu tua terkial-kial, mahu masuk ke tandas gara-gara palang dan tiada syiling 50 sen. Tempat tukar duit pula tidak disediakan. 

Malah lebih panas lagi, operasi tandas dikhabarkan bermula agak lewat. Memang naya kepada orang ramai yang nak membuang hajat di Terminal Sentral Kuantan (TSK). 

Isu ini sedikit menjejaskan nama baik Bandaraya Kuantan, kerana tandas awam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang turut diuruskan pihak swasta, masuk adalah percuma dan senantiasa bersih. 

Kenapa perlu ada caj perkhidmatan  tandas di TSK  sedangkan parkir sudah berbayar?. Isu yang sering menghantui pengguna ialah caj dikenakan tetapi tandas awam yang ada senantiasa kotor dan menjijikkan. 

Bukan soal bayar caj atau tidak, sampai perlu dibina palang konon nak jimat guna tenaga manusia. Sepatutnya tandas itu perlu selalu dipantau dan dibersihkan. Apa guna berbayar jika tandas tidak diuruskan dengan baik. #PDO


Share:

Pendirian PAS Tidak Berubah, Tetap Menolak Kerjasama 'Khemah Besar' Dengan DAP, PKR !

 

ALOR SETAR - Parti Islam SeMalaysia (PAS) konsisten menolak kerjasama politik bersama DAP dan PKR berbanding UMNO yang didakwa bersikap ‘talam dua muka’ apabila menjalin ‘hubungan sulit’ dengan PKR seperti didedahkan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor berkata, disebabkan itu PAS menolak pembentukan ‘khemah besar’ yang didakwa akan turut disertai oleh Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, keputusan itu muktamad dan dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“Sebelum UMNO atau mana-mana pihak dapat hidu mengenai cadangan ‘khemah besar’ itu,  Abdul Hadi dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat telah mengambil pendirian menolak sebarang kerjasama politik dengan DAP dan PKR,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pendedahan Annuar pada tahun lalu mengenai akuan bersumpah (SD) membabitkan sokongan pengerusi BN dan beberapa kepimpinan UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri membuktikan sikap sebenar parti itu.

“Berbeza dengan UMNO kononnya menolak kerjasama dengan DAP dan Anwar seperti dinyatakan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tetapi Presiden sendiri (Ahmad Zahid Hamidi) adakan ‘hubungan secara sulit’ dengan Anwar.

“Ia didedahkan melalui perbualan telefon dan surat SD kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Hal itu didedahkan sendiri oleh Anwar, hasil pertemuan sulit beberapa tokoh dalam UMNO dengan beliau antaranya pada 13 Oktober tahun lalu,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Sanusi tegaskan adalah lebih baik untuk UMNO melihat apa yang dilakukan oleh mereka berbanding menuding jari menyalahkan pihak lain.

“UMNO Perak juga mengadakan kerjasama dengan DAP di Perak, ini bukan rahsia lagi,” katanya.

Kerjasama itu antara lain yang dipersetujui untuk berikan peruntukan sama rata kepada ADUN kerajaan, iaitu BN, PAS dan Bersatu selain DAP dan PH.

“Drama pembentukan kerajaan Perak selepas Ahmad Faizal Azumu ditumbangkan bukan rahsia. Jangan fikir rakyat tak tahu,” katanya lagi.

Sanusi berkata demikian ketika mengulas kenyataan UMNO Kedah yang mendakwa PAS belum bersedia berdepan pilihan raya menyebabkan parti itu menolak untuk diadakan PRU15 lebih awal.

Penolakan PAS itu dikaitkan dengan kemungkinan parti itu belum mendapat tempat dalam formula ‘khemah besar’ melibatkan PH yang turut disertai DAP dan Amanah.

Pada Sabtu, Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih ‘satu atau dua pemimpin gila kuasa’ yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara.

Ia susulan kenyataan yang dibuat Ahmad Zahid bahawa PAS tidak berminat mengadakan PRU15 lebih awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi dimiliki parti itu ketika ini. #sumber

Share:

UMNO, BN Akan Menang Percuma Jika Khemah Besar Ketepikan Muhyiddin Dan Juga BERSATU


KUANTAN  – Kemenangan percuma pasti menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika ‘khemah besar‘ yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU.

Ketua Bahagian BERSATU Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata bagi menyelamatkan negara dari UMNO/BN kembali memerintah, strategi khemah besar perlu melibatkan semua parti termasuk Muhyiddin dan BERSATU.

Katanya, Dr. Mahathir harus berlapang dada dan memikirkan kebaikan menyeluruh apabila hanya khemah besar adalah strategi terbaik untuk tidak memberi peluang kepada kleptokrat kembali memerintah negara.

Beliau berkata, jangan kerana apa yang berlaku antara dua pemimpin tersebut sebelum ini, Mahathir bertindak mengetepikan Muhyiddin dan BERSATU.

“Agenda yang lebih besar adalah memastikan dunia melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Jika masyarakat antarabangsa masih memandang Malaysia sebuah negara yang diterajui oleh kumpulan kleptokrat, sudah pasti pelabur-pelabur asing tidak akan datang ke negara ini.

“Ini akan menyebabkan ekonomi tidak berkembang dan ini juga akan menyebabkan masalah-masalah lain yang lebih teruk serta amat terkesan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, pada Ahad.

Jumaat lalu, Dr. Mahathir mengakui hanya kerjasama antara parti-parti politik termasuk pembangkang di bawah khemah besar boleh menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, Pejuang menolak khemah besar tersebut jika ia diterajui sama ada oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Jasri berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka petunjuk serta penanda aras terbaik dalam menentukan strategi bagi menghadapi PRU15. #sumber

Share:

Pahang Tambah Saiz Hutan Simpan Kekal Dan Hutan Tadahan Air Di Seluruh Negeri Ini - MB

 

KUANTAN - Kerajaan Pahang sentiasa menyokong dan komited dengan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang menitikberatkan setiap projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan secara lestari berpandukan konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tahun lalu seluas 7,611.44 hektar hutan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dan seluas 780.94 hektar sebagai hutan tadahan air bagi membaiki fungsi dan peranan koridor ekologi Central Forest Spine sebagai kawasan berkepentingan tadahan air serta flora dan fauna.

"Kerajaan Pahang juga telah bersetuju mewartakan tanah kerajaan yang telah dikenal pasti kawasan sempadan dengan Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor sebagai Hutan Simpan Kekal yang dikenali sebagai Sempadan Hijau sepanjang kira-kira 26.8 kilometer dengan keluasan 557.585 hektar.

"Bagi tanah milik sebarang pembangunan meliputi jajaran selebar 500 meter sepanjang sempadan negeri. Hutan yang terdapat tebing sungai ia diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal membabitkan 2,000 sungai sepanjang 12,000 hektar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perhutanan Malaysia (Malaysian Forestry Conference - MFC) di The Zenith Hotel, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang.

Beliau berkata, Pahang kini mempunyai seluas 2.04 juta kawasan berhutan daripada 3.6 juta hektar keluasan negeri.

Wan Rosdy berkata, Pahang dinobatkan sebagai penyumbang terbesar kawasan berhutan dalam kalangan negeri di Semenanjung.

Katanya, daripada 2.044 juta hektar kawasan berhutan di Pahang, seluas 645,751 hektar bersamaan 32 peratus telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan yang tidak boleh diteroka untuk aktiviti pembalakan.

"Kawasan tadahan air di Pahang seluas 343, 680 hektar dan jumlah berkenaan meliputi 9.5 peratus dari keseluruhan keluasan negeri ini.

"Dalam memastikan sumber biodiversiti dilindungi dan kekal terpelihara kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Biodiversiti Negeri Pahang yang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Pahang dalam melindungi alam semula jadi dan sumber biodiversiti, mengkaji dasar yang berkaitan dengan bioteknologi.

"Ia juga bagi melindungi harta intelek negeri ini terutama yang membabitkan flora dan fauna," katanya. #sumber

Share:

Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !

 

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda maut apabila kereta mewah jenis Porsche yang dipandunya melanggar dua kenderaan lain sebelum terbabas di Kilometer 55 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, dekat Bentong, Pahang, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 1 tengah hari itu, Lee Cheng Yik, 22, yang juga seorang ahli perniagaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 2.15 petang berhubung kemalangan itu yang turut membabitkan sebuah kereta Proton Saga FLX dipandu lelaki berusia 32 tahun dan Proton Waja dipandu lelaki berumur 71 tahun.

Ketika kejadian, beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Raub sebelum kereta dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah kereta lalu terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta di lorong kiri jalan.

"Perlanggaran itu menyebabkan Porsche berkenaan terbabas ke sebelah kiri jalan di laluan keluar sebuah stesen minyak di lokasi terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Akibat kemalangan itu, Zaiham berkata, pemandu Porsche disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu dua lagi kereta terbabit dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu boleh menghubungi pihak polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.52 tengah hari semalam.

Susulan itu, beliau berkata, seramai 10 pegawai serta anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta Porsche yang terbabas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulfadli berkata, mangsa dilaporkan tersepit di bahagian pemandu kereta berkenaan akibat kemalangan itu.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat hidraulik.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. #sumber

Share:

Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !

BENTONG - Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Bentong (MDB) menangguhkan sessi bantahan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam (JKSPTA) Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang dijadualkan pada 14 Jun 2022 ini. 

Kenyataan di Facebook Page Save Janda Baik https://www.facebook.com/520126011768105/posts/1450980188682678/ mendakwa sebilangan penduduk sudah bersedia untuk hadir ke pendengaran awam RKK itu sebenarnya. 

Namun mereka kecewa tiba-tiba ia ditangguh tanpa sebarang surat rasmi. Malah maklumat tersebut hanya diketahui menerusi facebook rasmi Majlis Perbandaran Bentong sahaja. 

"Adakah medium media sosial dijadikan sebagai dasar pemakluman oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang? Adakah ini prosedur yang sah dalam proses perwartaan draf?. 

"Dua bas telah ditempah dan pengesahan kehadiran secara sendirian telah dibuat oleh team sukarelawan," kata kenyataan itu. 

Apa yang lebih menghairankan mereka ialah pada 'Surat jemputan'  yang perlu ditandatangani, kehadiran perlu disahkan dengan menghubungi pihak PBT terbabit. 

"Jadi apakah semua ini? Kami merayu YAB MB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail supaya membatalkan  RKK & RTD Janda Baik agar isu ini tidak mengganggu perjalanan Piliharaya Umum  akan datang. Kuasa ini terletak ditangan YAB. Rezab melayu selamat, tanah milik penduduk kampung terjamin," kata kenyataan itu lagi. 

Mereka turut mendakwa banyak sangat kelemahan RKK ini disebabkan tiada ketelitian dan semakan oleh  pihak konsultan dan pihak PBT. 

"Persoalannya, apakah status RTD Janda Baik, yang jelas tertulis lot-lot tanah warisan dan rezab melayu akan dijadikan kawasan pembangunan?," tambah kenyataan itu.  

Sementara itu ada beberapa komen panas oleh netizen terhadap kenyataan terbabit.

"Notis Penangguhan ke tarikh bila? Tak diberitahu. Nanti tiba-tiba dah nak wartakan aje seperti RTD.. Jangan buat begitu ye Majlis Perbandaran Bentong.. Janji nak jumpa berdialog akan kami tuntut," kata Princes Sabrina.

"Mohonlah jasa baik pertimbangkanlah permintaan kami ini. Batalkanlah rtd dan rkkk ini. Pihak Tuan telah buat pertanyaan pda kami,tapi kami tuan punya badan serta org kg tak setuju,maka batalkanlah. Pembangunan ini beri kesan negerif pda kami maka kami berhak menolak. Mohon pertimbangkan," kata Rohaimi Anuar.

Isu ini pernah mendapat bantahan  besar-besaran penduduk pada 2019 sebenarnya.



Pada asasnya bantahan penduduk ini agak sukar kerana banyak tanah di Janda Baik sebenarnya sudah dimiliki oleh pihan lain dan orang luar. Justeru, mereka pasti akan menyokong projek tersebut kerana nilai tanah masing-masing akan naik jika dibuat pengambilan semula oleh pihak kerajaan. Apa pun laporan selanjutnya menyusul. #PDO


Share:

Nieal Tak Takut Bersaing, Jadi Penyanyi Kerana Minat Yang Mendalam Sejak Dari Kecil Lagi !

 

KUANTAN - Minat menyanyi sejak kecil menjadi pendorong buat penyanyi baru, Nieal untuk terus berkecimpung dan berkarya dalam bidang nyanyian.

Nieal atau nama sebenarnya Mohamad Ramdhan @ Ethanieal Shahzuan Hamid, 34, berkata, ikhlas berkarya dan percaya kepada rezeki menjadi prinsipnya apabila terbabit dalam industri muzik tanah air.

Katanya yang masih bujang, dia juga tidak takut untuk bersaing dalam bidang itu kerana setiap penyanyi mempunyai sasaran pendengar yang diinginkan.

"Alhamdulillah, sejak menceburi bidang nyanyian saya kini telah mempunyai dua single. Single pertama berjudul Dilema diterbitkan pada 15 Januari 2020.

"Single kedua saya pula diterbitkan pada 18 September 2021 berjudul Alunan Cinta. Kedua-dua single saya ini boleh didengar menerusi Youtube.

"Saya minat muzik sejak kecil lagi. Bagi segelintir pihak, penyanyi itu berjaya dalam industri nak nampak menjadi jika lagu dan video muzik mencecah jutaan tontonan dan masuk carta lagu di radio.

"Tapi bagi saya rezeki itu akan datang kalau kita ikhlas. Saya ikhlas menceburi bidang ini, bukan hendak popular semata-mata tapi yang utama adalah disebabkan minat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single keduanya berjudul Alunan Cinta bertempat di Mari's Buffet Kuantan di sini hari ini.

Pada 2 Julai nanti, Nieal akan membuat persembahan akustik di Mari's Buffet.

Nieal berkata, kecenderungannya lebih kepada muzik genre pop balada.

"Bagaimanapun, genre lain pun saya boleh kerana saya mahu menjadi seorang penyanyi yang versatil," katanya. #PDO

Share:

Dua Maut Dan Dua Cedera Dalam Kemalangan Pacuan Empat Roda Di Kilometer 192.6 LPT1 !

KUANTAN  - Dua maut manakala dua lagi cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki terbabas di Kilometer 192.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mangsa yang maut ialah Abd Talib Akob, 73, dan Fuziah Mohd Marzuki, 62, yang masing-masing dari Taman Muhibbah, Jerantut.

Dua yang selamat dan mengalami kecederaan ialah Muhamad Taufik Abd Talib, 34, dan Noor Syafiyana Ahmad Sobri, 32.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 13 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, di sini, bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.29 petang.

Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter.

"Kemalangan menyebabkan dua penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis manakala dua lagi menerima rawatan. #sumber

Share:

SK Kempadang Disenarai 10 Teratas Anugerah Sekolah 'Terbaik Dunia' Bagi Kategori Inovasi !

 

KUANTAN - Sekolah Kebangsaab Kempadang di sini  telah disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia daripada pencalonan 3,000 sekolah di seluruh dunia.

Anugerah yang julung-julung kalinya dilancarkan pada tahun ini oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express.

SK Kempadang, telah tercalon bagi kategori Inovasi. Empat kategori lain Anugerah Sekolah Terbaik Dunia adalah Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.

Anugerah ini diwujudkan bagi meraikan sekolah-sekolah di seluruh dunia yang memainkan peranan penting dalam membangunkan pelajar generasi hadapan dan sumbangan besar mereka terhadap kemajuan masyarakat, terutamanya semasa COVID.

SK Kempadang telah mendapat penajaan daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang bermula tahun 2015-2021 bagi menjalankan program Sekolah Amanah yang merupakan pendekatan baharu dalam bidang pendidikan untuk memperkasakan sekolah dengan memberi autoriti untuk mengurus dan membuat keputusan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Dalam peringkat seterusnya, 3 finalis terbaik untuk setiap lima kategori tersebut akan diumumkan pada September tahun ini.

Selepas undian awam, pemenang setiap anugerah akan dipilih berdasarkan kriteria yang ketat oleh akademi juri yang terdiri daripada pemimpin terbilang di seluruh dunia termasuk ahli akademik, pendidik, NGO, usahawan sosial, kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta.

Pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 di World Education Week. Hadiah bernilai AS$250,000 akan dikongsi sama rata dalam kalangan pemenang lima anugerah tersebut, dengan setiap pemenang menerima AS$50,000.

Turut tersenarai adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa, Klang, Selangor bagi kategori menangani cabaran.

Tahniah kepada kedua-dua sekolah yang mewakili Malaysia atas kejayaan cemerlang  ini.  Semoga dapat dijadikan contoh kepada para pendidik bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia amalan sekolah cemerlang ini. #sumber

Share:

Dua Buah Sekolah Di Malaysia 'Tersenarai' 10 Teratas Bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

 

KUALA LUMPUR - Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang, tercalon bagi kategori 'Inovasi' manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori 'Menangani Cabaran'.

T4 Education dalam kenyataan hari ini, berkata anugerah dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai AS$250,000.

Katanya, tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia pada 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima AS$50,000.

Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota berkata, sekolah disenarai pendek itu dipilih menerusi penceritaan kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti dan menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.

"Saya mengucapkan tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan.

"Kini, pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah Malaysia yang cemerlang ini," katanya. #sumber

Share:

Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !

 

KUANTAN - Sebanyak 3,760 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang bermula Januari sehingga semalam, meningkat 16 kali ganda berbanding 233 kes pada tempoh sama.

Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada 3,760 kes itu, sebanyak 175 kes atau 4.7% adalah penularan di pra sekolah manakala selebihnya 3,585 kes (95.3%) berlaku secara sporadik.

“Hanya 98 kes iaitu 2.6% dimasukkan ke hospital bagi pemantauan lanjut namun tidak membabitkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan dan pendidikan kesihatan berkaitan HFMD di taska dan tadika sekitar daerah Kuantan di sini, hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, sehingga semalam pihaknya telah melawat 505 premis taska dan tadika di seluruh Pahang dengan 35 daripadanya ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan terdapat dua pusat jagaan harian membuat penutupan secara sukarela.

Katanya, semasa pemeriksaan, petugas kesihatan turut mengajar pengusaha pusat jagaan supaya membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tidak mempunyai gejala HFMD seperti demam, ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah serta kurang selera makan.

Di Perak, 194 kes HFMD dilaporkan sepanjang minggu epidemiologi 22 setakat Isnin lalu, meningkat 32 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu yang hanya merekodkan enam kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau, Mohd Akmal Kamarudin berkata, empat taman asuhan kanak-kanak turut ditutup selepas kes jangkitan berulang berikutan terdapat ibu bapa menghantar anak walaupun bergejala.

“Selain itu terdapat pengendali pusat asuhan yang tidak menjalankan saringan atau tiada bilik khas isolasi sekiranya anak jagaan bergejala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. #sumber

Share:

Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suara Veteran, Komander (B) Abdul Rahman Husain berkata pihaknya sudah hadir memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi semalam, berhubung penganjuran himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Menurut Abdul Rahman (gambar utama), selain dirinya, lima ahli jawatankuasa program turut memberi keterangan secara berasingan malam tadi.

“Tiada masalah pun sebenarnya. Saya tanya sini, perlu ke permit untuk berkumpul di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012?” soalnya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi himpunan Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata polis melayan mereka dengan baik sepanjang memberi keterangan dan pihaknya juga memberi kerjasama sepenuhnya.

“Mereka cuma tanya soalan biasa. Apa yang diucapkan dalam perjumpaan, siapa yang berucap, ada menghina Agong ke, ada bercakap isu sensitif ke. Saya cakap tiada.

“Kami berjumpa memang sebab nak buat penerangan kepada ahli-ahli veteran tentang apakah hak mereka.

“Kami bukan musuh negara, kami bukan hendak menjatuhkan kerajaan, kami tidak mempunyai apa-apa niat serong,” katanya .

Dalam acara yang berlangsung semalam, seramai kira-kira 1,500 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara bagi menyuarakan beberapa isu, terutama berkaitan kebajikan mereka.

Antara gesaan mereka adalah untuk penyelarasan pencen tentera yang bersara sebelum 2013 serta hak untuk menerima pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat.

Lebih 1,000 pesara tentera berhimpun di Tugu Negara tuntut kebajikan dibela

'Veteran tentera sampai nak mati tak dapat apa'

Memetik laporan Free Malaysia Today hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya memaklumkan kertas siasatan berkenaan acara itu telah dibuka di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Mior mendakwa pihaknya telah mendapatkan kebenaran polis dan malah polis yang mencadangkan agar ia diadakan di Tugu Negara, bukannya Dataran Merdeka yang di awal perancangan.

Namun, dakwanya, kebenaran itu hanya secara lisan selepas perjumpaan dengan wakil dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan IPK Dang Wangi.

“Saya ada minta untuk ditandatangani persetujuan itu sebagai rekod hitam putih tetapi tak dapat. Ketika mesyuarat bersama pihak polis, mereka ada cakap nak berikan bantuan kawalan keselamatan, kawalan trafik dan ambulan sebab yang datang pun ramai orang tua.

“Dan bila saya sampai di Tugu Negara semalam, saya nampak polis trafik, anggota polis beruniform dan dua buah ambulan sudah ada.

“Apabila saya nampak tiga perkara yang dijanjikan polis itu ditunaikan, saya beranggapan mereka berpegang kepada persetujuan lisan sebelum ini dan kami berhimpun semalam secara sah,” katanya lagi.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa yang terlibat membantu perjalanan himpunan semalam. #sumber

Share:

Bekas Ketua Setiausaha Negara Dakwa 1MDB Ditubuh Sebagai Dana Politik Barisan Nasional

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN).

Mohd Sidek, 71, berkata oleh sebab itu, beliau tidak pernah bertanya kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB berkenaan masalah yang berlaku dalam syarikat tersebut.

Menurutnya, isu-isu yang melanda 1MDB hanya diketahuinya melalui media massa seperti surat khabar dan bacaan di internet dan beliau mengetahui isu itu berkaitan dakwaan salah guna dana.

"Saya juga tahu bahawa adanya penyiasatan oleh agensi tempatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB melalui pembacaan saya di surat khabar tempatan, namun saya tidak pernah ditaklimat atau diberitahu secara lanjut apakah butiran penyiasatan ke atas 1MDB.

"Saya sahkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri (ketika itu) tidak pernah memberitahu saya berkenaan isu-isu yang berlaku dalam 1MDB, walaupun saya dilantik menjadi seorang daripada Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

“Saya juga tidak pernah bertanya Datuk Seri Najib kenapa tiada sebarang mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat 1MDB diadakan sepanjang tempoh saya menjawat jawatan itu dan tiada mana-mana wakil 1MDB melaporkan kepada saya tentang operasi dan pelaburan yang dibuat oleh pihak syarikat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-19 itu berkata beliau beranggapan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB hanyalah untuk menambah pendapatannya sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Najib.

"Ketika Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, beliau pernah bertanyakan kepada saya tentang gaji yang saya terima selaku KSN dan beliau merasakan gaji saya selaku KSN adalah agak kecil," katanya yang memegang jawatan KSN daripada September 2006 hingga Jun 2012.

Menjelaskan mengenai pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Mohd Sidek berkata ia dibuat secara rasmi melalui satu surat bertarikh 30 Ogos 2012 yang dikeluarkan oleh Najib.

“Walaupun saya dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai isu-isu syarikat itu dan tidak pernah dijemput hadir ke mesyuarat tahunan 1MDB. Selain itu, saya juga tidak pernah meminta Datuk Seri Najib atau pihak 1MDB untuk dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat ini,” katanya.

Menurut Mohd Sidek, beliau menerima bayaran elaun sebanyak RM30,000 sebulan dalam tempoh lantikannya sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

“Selepas saya bersara sebagai KSN, saya masih menerima pembayaran elaun sebanyak RM10,000 sebulan sehingga jawatan saya dalam 1MDB ditamatkan pada Jun 2015,” katanya.

Tambah Mohd Sidek, pada 2 Jun 2016 beliau menerima surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pembubaran Lembaga Penasihat tersebut.

"Melalui surat ini, saya tidak diberitahu sebab-sebab pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB dan saya tidak tahu kenapa ia telah diputuskan untuk dibubarkan. Saya juga tidak bertanya kepada Datuk Seri Najib atau pihak 1MDB kenapa Lembaga Penasihat ini dibubarkan," katanya.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah. #sumber

Share:

Najib Mohon Mahkamah Persekutuan Isyhtihar "Batalkan" Keseluruhan Perbicaraan Kes SRC !

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi batal dan tidak sah.

Beliau juga memohon mahkamah menimbangkan supaya diadakan perbicaraan semula.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ia berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan dan mendapati beliau bersalah di atas tujuh pertuduhan, sengaja gagal mendedahkan peranannya dalam Maybank Investment melalui Bina Fikir Sdn Bhd berkaitan penubuhan SRC.

Beliau berkata, dengan mengetahui perkara itu disembunyikan daripada pihak pembelaan, Mohd Nazlan membuat dapatan dalam penghakimannya bahawa bekas Perdana Menteri itu mempunyai kawalan menyeluruh ke atas SRC.

"Dapatan itu mendapati Najib terbabit dalam penubuhan dan struktur tadbir urus SRC bagi menempatkan dirinya melalui pelbagai jawatan menteri yang disandangnya untuk mendapatkan kedudukan dominan yang menyeluruh dan tidak boleh dipertikaikan dalam SRC.

"Dapatan hakim itu dalam keputusannya adalah bertentangan dengan fakta yang diketahuinya," katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) di sini hari ini, yang turut dihadiri Najib.

Susulan itu, Muhammad Shafee berkata, pihaknya memfailkan permohonan notis usul di Mahkamah Persekutuan hari ini bagi memasukkan keterangan baharu berhubung peranan Mohd Nazlan bagi membatalkan perbicaraan SRC.

Beliau berkata, beberapa dokumen dibawa kepada perhatian pihaknya yang mendedahkan Maybank Investment Bank Bhd adalah badan yang bertanggungjawab untuk mencadangkan penubuhan SRC International dan ia melalui bahagian penasihat strategik milik penuhnya, Bina Fikir Sdn Bhd yang ditugaskan membuat penyelidikan serta urusan nasihat.

Katanya, keterangan baharu yang ingin dikemukakan jika diambil secara kumulatif mengesahkan Mohd Nazlan selaku peguam dan setiausaha syarikat Maybank ketika itu mempunyai pengetahuan mengenai peranan Maybank Investment dalam menasihati berhubung penubuhan SRC.

"Mohd Nazlan melalui kedudukan dan fungsinya adalah bertanggungjawab secara keseluruhan dalam pengendalian semua perkara undang-undang dalam kumpulan Maybank merangkumi Maybank Investment dan Bina Fikir Sdn Bhd.

"Pembabitan Maybank melalui Maybank Investment dan Bina Fikir dalam penubuhan SRC tidak pernah dibangkitkan pihak pendakwaan pada bila-bila masa ketika perbicaraan SRC dan tiada saksi daripada Maybank, Maybank Investment dan Bina Fikir dipanggil atau ditawarkan.

"Dalam apa juga keadaan, hakim itu sudah tentu mempunyai pengetahuan sebenar mengenai urusan nasihat berkaitan SRC berdasarkan jawatannya itu," katanya.

Dalam permohonan notis usul itu, Najib turut memohon perintah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Najib, menetapkan prosiding rayuan akhir itu selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mendapati Najib bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kedudukan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta.

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan. #sumber

Share:

Kalah Pemilihan PKR, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP "Gagal" Uruskan Pengundian Dengan Baik !

KUALA LUMPUR  - Pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa, membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik.

Dalam laporan dibuat di Balai Polis Pudu malam tadi, beliau yang tewas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut mendakwa banyak penipuan berlaku dalam pemilihan pada hujung bulan lalu itu.

Katanya, laporan polis dibuat terhadap JPP yang didakwanya gagal bertindak terhadap aduan mengenai kelemahan perjalanan pengundian yang diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.

"Kami buat laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah,"dakwa pelakon utama filem Papadom dan Sumolah itu seperti dilaporkan portal berita FMT.

Beliau yang mendakwa, sudah membuat laporan kepada JPP namun setakat ini tiada maklum balas diterima daripada jawatankuasa berkenaan.

"Tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan," katanya.

Afdlin Shauki antara lain menakwa, terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.

"Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750, namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemas kini dalam sistem JPP adalah 528, perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja," dakwanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan proses pengiraan kertas undi yang dibuat tanpa wakil calon dan tidak didedahkan, selain pelantikan bekas setiausaha PKR Cabang Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami seorang calon wanita bertugas di dewan mengundi semasa hari pemilihan.

"Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding, tiada jaminan ketelusan serta integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali serta berkepentingan," katanya.

Dalam keputusan pemilihan yang dikeluarkan pada hujung bulan lalu, Afdlin Shauki memperoleh 372 undi, manakala Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan mendapat 482 undi. #sumber

Share:

Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing

PETALING JAYA - Kerajaan dan semua pihak tanpa mengira fahamanp politik diseru berusaha merencanakan pelan jangka panjang bagi membawa negara ke persada kejayaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menzahirkan pandangan itu bertitah, rakyat pada masa sama turut berperanan dalam mendokong usaha-usaha murni kerajaan di samping terus berusaha untuk mendepani sebarang cabaran.

Titah baginda, perpaduan dan kebersamaan dalam sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, merupakan resipi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional.

“Pemulihan dan kebangkitan negara yang diimpikan tidak mungkin dapat menjadi realiti jika negara ini berpecah-belah dan gagal untuk mewujudkan landskap kehidupan yang stabil.

“Hakikatnya, ia bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah untuk mengemudi ne­gara keluar dari kesan pandemik Covid-19. Natijahnya, pemulihan negara memerlukan simbiosis yang erat antara kerajaan dan rakyat beta.

“Perpaduan dan keber­samaan dalam sebuah ma­syarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, adalah sebenarnya merupakan resipi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional. Ia adalah merupakan tiang kemakmuran negara dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan,” titah Seri Paduka sempena Sambutan ­U­l­a­ng Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda di sini, semalam.

Al-Sultan Adbullah turut menzahirkan rasa bersyukur dengan landskap pandemik Covid-19 yang semakin pulih, sektor ekonomi dan kehidupan seharian rakyat yang menampakkan pemulihan.

“Beta juga berasa amat sukacita melihat rakyat beta daripada berbilang bangsa dan agama menyambut kedata­ngan 1 Syawal dengan suasana penuh kemeriahan dan kegembiraan. Sewajarnya kita semua melafazkan rasa syukur kerana telah berupaya kembali menikmati kehidupan seharian yang sebelum ini terjejas akibat pandemik,” titah baginda.

Justeru, bersempena sam­butan rasmi ulang tahun keputeraan tahun ini, Seri Paduka mengajak seluruh rakyat di negara ini untuk bersama-sama berganding bahu dalam sebuah kesepaduan yang erat ke arah membentuk Malaysia yang ge­milang.

“Pada kesempatan ini, beta ingin mengajak pemimpin negara dan anggota perkhid­matan awam untuk terus berkhidmat setulus hati dalam menentukan sosio ekonomi rakyat beta terus dilindungi dan dibantu demi kelangsu­ngan hidup mereka.

“Beta turut ingin berpesan kepada rakyat yang beta kasihi untuk berterusan menyokong usaha-usaha dan dasar kerajaan agar program yang digubal dapat dinikmati oleh semua. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu berganding bahu dan menggalas tanggung-jawab masing-ma­sing; ibarat kata pepatah ‘ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong akan terus mendoakan agar semua usaha-usaha ini diberi keberkatan oleh Allah SWT dan dipermudahkan dalam mencapai hasrat yang diidamkan,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota pasukan kese­lamatan yang me­nyumbang kepa­da kesejahteraan negara.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong turut me­rakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian atlet-atlet negara dalam temasya Sukan Sea ke-31 di Hanoi baru-baru ini.

“Marilah sama-sama kita berdoa semoga rakyat Malaysia dan negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman dan makmur serta sentiasa berada di bawah perlin­dungan Allah SWT dan dijauhi daripada musibah dan bala bencana,” titah baginda. #sumber


Share:

Jururawat Dakwa Rugi Lebih RM20,000 Gara-Gara Di Tipu 'Pelaburan Saham' Di Temerloh !

 

KUANTAN - Seorang jururawat mendakwa kerugian lebih RM20,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham yang menjanjikan pulangan berganda, menerusi media sosial.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, DSP Yap Huat Tian berkata mangsa berusia 44 tahun itu, berminat menyertai pelaburan tersebut selepas melihat tawaran menarik di aplikasi TikTok pada 20 Mei lepas.

Beliau berkata wanita berkenaan ditawarkan empat pakej pelaburan dan memilih ‘pakej gold’ yang dikenakan bayaran RM250, dengan dijanjikan pulangan berjumlah RM7,800 dalam masa lapan hingga 12 jam.

“Mangsa melakukan enam transaksi berjumlah RM20,130 ke dalam pelbagai akaun yang diberikan suspek dari 29 Mei hingga Khamis lepas (2 Jun).

“Bagaimanapun, dia berasa ditipu apabila suspek memintanya membayar RM5,620 lagi, sebagai komisen staf pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Yap berkata jururawat tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Temerloh semalam, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. #sumber

Share:

Seorang Pelajar Tingkatan Satu Di Lapor Telah Hamil Disyaki Angkara Abang Kandung Sendiri

 

KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan satu didapati hamil disyaki angkara perbuatan sumbang mahram oleh abang kandungnya sendiri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kes itu daripada doktor yang bertugas di Hospital Kajang, Selangor, kelmarin.

"Kira-kira jam 2.00 petang semalam pengadu (doktor) bertugas di bahagian kecemasan Hospital Kajang, Selangor, telah terima seorang pesakit perempuan (mangsa) yang mengadu sakit di bahagian perut.

"Semasa pemeriksaan ke atas mangsa dijalankan, doktor mendapati mangsa telah disahkan mengandung 26 minggu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 13 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah menengah, di sini.

"Mangsa menyatakan melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali. Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

"Bertindak atas laporan dan maklumat yang diterima pihak polis berjaya menahan suspek di Kampung Beta Hulu Kadok, Kota Bharu, kira-kira jam 2.51 petang, semalam," kata Muhamad Zaki.

Jelasnya lagi, suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai petani dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah.

"Suspek didapati negatif ujian saringan air kencing dan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan," jelasnya.

Sementara itu susulan peningkatan kes jenayah seksual di kalangan pelajar sekolah Muhamad Zaki berkata, pihaknya menyeru kepada golongan ibu bapa, ahli keluarga dan juga semua guru untuk memberikan perhatian keselamatan kepada anak-anak di persekitaran masing-masing serta mengambil cakna mengenai isu tersebut.

"Pihak polis juga menggesa masyarakat untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan dan kegiatan jenayah di negeri ini," tegasnya. #sumber

Share:

Seorang Penunggang Motosikal Di Temui Maut, Bertembung Kenderaan Pacuan Empat Roda !

BENTONG - Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 4, Jalan Bentong menghala ke Raub, kira kira 10.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, berkata mangsa ialah warga tempatan Muhammad Nor Izad Abdul Karim.

Beliau berkata, Muhammad Nor Izad disahkan meninggal dunia ketika dimenerima rawatan di Hospital Bentong.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun.

"Siasatan polis mendapati kenderaan pacuan empat rodat dipercayai memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal.

"Polis juga mengesyaki pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber

Share:

Pemberian Insentif Anak Kebanggaan Pahang Bagi Bayi Lahir Di Negeri Ini Di Naik RM300 !

 

KUANTAN - Pemberian insentif Anak Kebanggaan Pahang bagi bayi yang dilahirkan di negeri ini dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan1 Rosdy Wan Ismail berkata inisiatif itu adalah bagi menggalakkan pertambahan penduduk Pahang.

Katanya jumlah penduduk negeri ini adalah sekitar 1.67 juta orang yang masih rendah jika dibandingkan dengan negeri lain.

"Pada tahun 2021, sekitar 25,000 bayi sahaja dilahirkan (di Pahang) dan kita berharap jumlah ini bertambah pada tahun ini, namun jika dilihat pada angka setakat ini kadarnya masih rendah, untuk tujuan itu dan mengambil kira kedudukan kewangan negeri yang baik, kita setuju menaikkan insentif yang diberikan.

"Pemberian insentif ini dibuat secara automatik mengambil kira data kelahiran yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan negeri kerana kita mahu permudahkan birokrasi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Anak Kebanggaan Pahang di Taman Bandar di Kuantan hari ini.

Menurut Wan Rosdy pemberian insentif itu melibatkan semua bayi yang dilahirkan di Pahang tanpa mengambil kira negeri asal ibu bapa bayi berkenaan.

Berdasarkan syarat yang diumumkan sebelum ini kanak-kanak tersebut mestilah warganegara Malaysia dan lahir pada atau selepas 1 Jan 2022.

Insentif tersebut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2022 pada Disember lepas dan kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi manfaat 25,000 bayi.

Ia melibatkan bayaran RM100 dalam bentuk wang simpanan manakala RM100 berupa barangan keperluan bayi dan ibu.

Selain itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga melaksanakan program 'satu bayi, satu pokok' sebagai simbolik meraikan kelahiran selain menjadi nilai tambah kepada usaha kerajaan Pahang memulihara alam sekitar.

Program penanaman pokok itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang yang menyediakan anak pokok dan kawasan tanaman manakala Bank Rakyat menyumbang RM250,000 bagi pembelian anak pokok. #sumber

Foto kredit: FB Wan Rosdy Bin Wan Ismail

Share:

Wartawan Tua Dakwa, Tindakan Saman Aktivis Bakal Jatuhkan Kerajaan Pahang Pada PRU-15


TEMERLOH - "Saman aktivis alam sekitar, antara tindakan yang bakal menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15", inilah reaksi daripada sahabat lama dan pemimpin politik Pahang yang ditemui oleh Khaidir Ahmad (Wartawan Tua) ketika beliau hadir ke beberapa buah majlis jamuan hari raya Aidil Fitri sejak dua minggu lalu. 

Kenyataan terbaharu Khaidir itu dibuat di facebook rasmi beliau pada Selasa berhubung tindakan luarbiasa Kerajaan Negeri Pahang menyaman empat aktivis alam sekitar termasuk saya dengan tuntutan masing-masing RM1 juta. 

Menurut Khaidir, isu alam sekitar di Pahang adalah satu realiti dan sangat dekat di hati rakyat. Ia perlu ditangani oleh Kerajaaan Negeri Pahang secara telus dan bukan dengan cara “menafikan” atau “menutup mulut rakyat” atau “menakut-nakutkan rakyat” untuk menyuarakan isu berkenaan dengan cara menyaman mereka yang melaporkan isu berkenaan.

Malah, isu itu juga mendapat perhatian berat oleh Istana Pahang, khususnya Sultan Pahang selaku Yang Di-Pertuan Agong dan Tengku Mahkota Pahang selaku Pemangku Raja Pahang. Maka apabila Kerajaan Negeri Pahang dinamakan sebagai Plaintiff saman berkenaan, adakah ia sudah mendapat perkenaan daripada Sultan Pahang yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri Pahang?

"Oleh itu, tindakan Kerajaan Negeri  Pahang menyaman 4 aktivis alam sekitar termasuk Ahli Parlimen Bentong, YB Wong Tack, adalah bercanggah dengan pendirian Istana Pahang dalam isu alam sekitar dan satu tindakan yang tidak bijak yang hanya melambangkan sikap angkuh pemimpinnya yang tidak boleh ditegur, khususnya dalam isu alam sekitar.

"Memandangkan ramai penduduk Pahang terkesan dengan kejadian bencana alam khususnya banjir luarbiasa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, maka mereka memerlukan pembelaan daripada pihak-pihak yang boleh menyuarakan keresahan dan kebimbangan mereka terhadap isu berkenaan," kata kenyataan beliau. 

Justeru dakwanya, tindakan menyaman empat aktivis yang menjadi “suara rakyat” itu hanya akan memakan diri atau “backfire” yang boleh membawa kejatuhan kepada Kerajaan Negeri pimpinan UMNO Pahang pada PRU-15 nanti. #PahangDaily

Share:

Fuziah Akui Tewas Kerana Tidak Berada Dalam 'Chai' Kedua-Dua Calon Timbalan Presiden PKR


KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa beliau bersyukur kerana telah mendapat undi sebanyak 24,613 dari kalangan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) biar pun dia tidak tersenarai dalam 'Chai' calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu baru-baru ini. 

Menurut Fuziah, kedua-dua calon Timbalan Presiden iaitu Rafizi Ramli dan Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak meletakkan beliau dalam senarai 'Chai' mereka. 

"Namun anggota wanita bersungguh-sungguh berkempen untuk saya Ucapan penghargaan yang tidak terhingga. Namun saya lihat wanita ramai juga yang terikat dengan cabang dan arahan calon Ketua Cabang. Kita perlu berdayakan wanita kita. 

" Saya ucapkan terima kasih juga kepada calon -calon Ketua Cabang yang punyai keyakinan untuk meletakkan saya sekali dengan nama mereka di cabang. Mereka ini ialah yang yakin kepada kemampuan dan mendahulukan kemampuan seseorang melebihi ‘chai’ serta berani untuk menukar ‘chai’ yang di turunkan oleh Calon Timbalan Presiden," kata kenyataan terbaharu di facebook rasmi beliau. 

Fuziah turut berterima kasih dan telah menyenaraikan semya cabang-cabang yang memberikan undi kepada beliau. #sumber


Share:

Mayat Dua Remaja Yang Di Lapor 'Hilang' Dua Minggu Lalu Telah Di Temui Di Dalam Alphard

 

KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan dua remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing, minggu lalu terjawab selepas mayat kedua-duanya ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di ruang parkir bawah tanah sebuah bangunan residensi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Ahad lalu.

Kedua-dua mayat remaja berusia 19 tahun ditemui selepas polis menerima aduan daripada orang awam pada jam 8.26 malam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata susulan laporan diterima, sepasukan anggota polis dari Bandar Salak Selatan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui mayat seorang seorang perempuan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki di bahagian penumpang belakang kenderaan terbabit.

"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua mangsa serta tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Idzam berkata, dua laporan polis mengenai kehilangan dua mangsa diterima daripada keluarga masing-masing pada 23 dan 24 Mei lalu, masing-masing di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, laporan polis dibuat selepas keluarga gagal menghubungi kedua-dua mangsa.

Menurut beliau, seorang mangsa adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam manakala seorang lagi bakal masuk ke sebuah maktab perguruan.

"Siasatan awal mendapati hubungan kedua-dua mangsa adalah rakan dan bukan penduduk di residensi terbabit.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut diteruskan," katanya.

Kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat dan pada masa ini laporan penuh bedah siasat belum konklusif.

Muhammad Idzam berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Ketua Polis Balai Salak Selatan, Inspektor Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.