Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim Umum Tarik Diri Dari Pertandingan Dan Meletak Semua Jawatannya Dalam Parti Hari Ini !

Berita paling mengejutkan dan memang sudah dijangkakan diterima hari ini apabila calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (foto), mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR. Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan. “Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya. Zaid, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. "Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya. Keputusan mengejut ini telah dibuat dalam satu kenyataan di blognya hari ini. Di fahamkan beberapa orang pemimpin lagi turut akan mengikut jejak beliau nanti seperti calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub dan calon Ketua Wanita, Animah Ferar.

[Apa yang berlaku ini merupakan satu tamparan hebat buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Pemilihan yang tercemar itu dianggap bersih oleh Setiausaha Agung PKR hanya kerana mahu menutup mata demi menjaga maruah parti, sedangkan kegagalan perlaksaan pemilihan yang adil dan saksama itu ternyata gagal dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Banyak tindakan yang jelas bercanggah dengan amalan demokrasi itu sendiri kini dilihat berleluasa sebenarnya. Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, Razali Alias (foto), hari ini turut menyatakan sokongan terhadap keputusan Zaid itu dan berharap ianya akan membuka mata JPP serta Majlis Perwakilan Pusat (MPP) parti selepas ini. Soalnya sekarang, apakah tindakan Zaid itu bisa memecahbelahkan parti agaknya?. Mungkin ia bakal menjadi kenyataan jika perkara ini dibiarkan].

50 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Saya sebagai ahli biasa amat pedih melihat perkara ni berakar-umbi di dalam parti kita. Apa yg sebenarnya diperjuangkan oleh beberapa kerat pimpinan atasan sehingga berlaku perkara yg amat memalukan seperti ini. Apakah kita masih lagi memperjuangkan ketuanan rakyat atau itu hanya sekadar retorik sahaja.

Zaid Ibrahim adalah seorang yang berprinsip. Sejak awal penglibatan politik beliau di dalam UMNO, prinsip memperkasakan rakyat menjadi agenda utama buat beliau. Sehinggakan beliau dilantik ke jawatan Menteri, beliau masih lagi berpegang pada prinsip. Walaupun berada di dalam UMNO, kelantangan beliau dalam memperjuangkan hak2 rakyat amat jelas kedengaran. Kita masih ingat krisis kehakiman yg beliau perjuangkan sehingga kerajaan terpaksa tunduk dan membayar ex-gratia kepada bekas2 hakim yg dipecat. Kita juga pasti ingat bagaimana beliau tidak bersetuju dengan penahanan wartawan dan blogger dengan menggunakan akta kejam ISA. Kelantangan beliau menjadi duri kepada mereka yang berkepentingan. Ini adalah antara prinsip yang diperjuangkan oleh beliau sehingga membawa kepada berita pengunduran beliau di dalam UMNO untuk bersama Pakatan Rakyat.

Adalah satu kerugian buat parti jika kita kehilangan insan yang bernama Zaid Ibrahim.

Anonymous said...

aku ahli biasa - tak punya jawatan apa2 tapi aku hairan dengan sikap sesetengah peminpin PKR. sebelum ada jawatan selalu kata perjuangannya untuk rakyat.. tapi bila dapat jawatan sudah jadi lain pula.. perjuangan untuk perut dan keluarga sendiri. elok juga zaid ibrahim letak jawatan.. masuk DAP lagi elok

musang said...

aku cadangkan ZAID keluar PKR dan masuk PAS kerana PAS la satu parti yg memperjuangkan agama,dan rakyat yang teraniaya...

hujan emas said...

Zaid sepatutnya dari awal lagi keluar dari PKR, sekarang beliau sendiri sedar mainan pemimpin PKR, Mereka hanya memperjuangkan Anwar bukannya rakyat, Anwar hanya menggunakan parti untuk kepentingan dirinya. Kalau Zaid dah sedar baguslah, yang lain tu apa tunggu lagi ?.Kalau benar-benar berjuang untuk bangsa, Agama dan Negara duduklah semeja bersama dengan YAB Perdana Menteri.

Umar said...

PKR memperjuangkan sistem demokrasi tapi berkonsepkan orang lama didulukan dan bekas ahli UMNO mesti disaring sehingga jadi kering.

Kesihan kita melihat Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution Ismail bersungguh-sungguh mempertahankan konsep satu ahli satu undi tidak wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan diperingkat cabang.

Biarpun beratus kali dia menafikan namun bantahan demi bantahan tetapi kedengaran dikalangan calon dan juga pengundi.

Terbaru wujud bantahan kononnya kertas undi pemilihan boleh didapati dipasaran terbuka yang boleh digunakan untuk membuat pemilihan dicabang-cabang tertentu.

Mengapa kes seumpama ini wujud.Apakah jalan penyelesaiannya..? Sehingga kini hanya penafian saja yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PKR namun tidak ada tindakan susulan. Kenapa tidak bersemuka dengan aktivis Haris Ibrahim demi menegakkan kebenaran...?

Sebenarnya pekara yang berbangkit ini tak ubah seperti duri yang beracun sedang mencucuk jantung parti PKR. Jika dibiarkan berlarutan ia akan menjadi berbagai penyakit kronik yang berjangkit.

Kepada pemimpin tertinggi parti khususnya Datin Seri Wan Azizah perlu ingat... pilihanraya ke 13 akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Apakah persediaan yang telah dilakukan oleh pihak parti dalam menghadapi pertandingan itu...?

Pertandingan dalam parti dan pertandingan dalam pilihanraya umum ke 13 adalah sama penting. Kedua-dua pertandingan ini perlu diuruskan secara tegas bersistem disamping memerlukan sokongan dari ahli dan rakyat biasa.

Apa yang ditunjukkan oleh PKR ketika ini adalah kelemahan menguruskan pengundian memilih calon jadi pemimpin. Disebabkan kelemahan itu tercetus berita mengatakan Zahid Ibrahim menarik diri dari bertanding merebut jawatan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan dalam parti PKR.

Berita seperti itu amat menggembirakan musuh parti tapi tidak kepada ahli parti kerana ianya akan mewujudkan perpecahan kerana berpuak. Parti PKR akan dilanda berbagai masaalah kerana ahli sentiasa berbalah diantara satu sama lain.

Jangan perasan dengan sokongan Datuk Seri Anuar Ibrahim parti PKR telah kuat..., penyokong serta pencacai dibawahnya boleh buat apa saja yang mereka suka.... akan jadi seperti UMNO Baru yang kita lihat hari ini.

Anonymous said...

Orang bodoh dan tidak pandai menggunakan otak sendiri utk berfikir secara lojik,akan mudah terpengaruh dengan segala macam tuduhan.Kalau kalah orang lain yg salah,tapi kalau menang membisu seribu bahasa.Ini lah budaya yg di kalangan pengikut mereka.Mengapa tak bising dengan pemilihan di peringkat AMK,bukan kah sistem yg sama di gunakan?.Adakah ianya ok kerana yg menang Cigu Bard team Zaid bukan nya Shamsul Iskandar yg kononnya team Azmin?.Dulu Nurul Izzah pun bising kerana nama nya di turunkan kebawah,tapi sekarang dah menang tak bebunyi pun.

Ha,ha, PDO kau kenalah jadi orang cerdik sikit supaya lebih bija membuat analisis,lagi satu nak jadi penulis yg berwibawa jangan kelihatan memihak.Sistem keselamatan yg di terangkan Saifuddin cukup jelas,tapi team Zaid buat tak nampak,- saja buat-buat atau memang mereka kurang bijak.


Ramai penyokong Zaid memang terduduk bila Zaid mengambil tindakan menarik diri,kerana mereka kehilangan tempat bergantung,nanti pastinya ramai yg terjun kapal macam si Luncai dgn labu-labunya.Itu lah, lain kali kenal secara mendalam dulu calun yg mahu di sokong,jangan sekali-kali menyokong orang yg hidupnya hanya mahu menjadi ketua.

Elok juga Zaid meninggalkan gelanggang dan mungkin juga akan kelaur dari PKR,selama ini pun apa yg di capai oleh PKR semuanya sebelum Zaid bersama PKR.Ketokohan Zaid di kalangan orang Melayu tidak seberapa,itu sebabnya pilihan raya Hulu Selangor pun dia kalah,mana mungkin orang yg seperti Zaid mampu membawa PKR lebih berjaya.Sehingga kini pada pandangan saya ahli biasa ni,beliau lebih banyak membawa masalah kepada PKR bukan menyelesaikan masalah.

Sekali lagi saya mencadangkan supaya Zaid menubuhkan parti politik sendiri,barulah beliau boleh melaksanakan mengikut apa saja hasrat hati beliau.

Anonymous said...

Tindakan zaid menunjukkan beliau seorang yang berprinsip. Kita tidak akan terkejut kalau zaid rujuk dan masuk semula UMNO. Beliau tahu apa yang terbaik, beliau tidak perlu nasihat sesiapa.

Anonymous said...

Syabas hujan emas, memang itulah yang sepantas dan sepatutnya Zaid lakukan. Daripada duduk bersama menjadi pelindung si saudagar mimpi yang bijak menyembunyikan taring dan ekor itu, kan lebih baik balik berpijak di bimi nyata.

HarrisAbdullah said...

Setuju dengan tindakan Zaid. Kenyataan bahawa Zaid keluar kerana kekalahan diSabah adalah tidak benar kerana Zaid dari mula lagi (semasa sedang mendahului Azmin)telah minta campur tangan Pusat kerana proses yang jelas tidak telus.
Syabas Zaid

Anonymous said...

Zaid oh Zaid tubuhlah parti sendiri dgn segera,penyokong hang ni ramai yg tertunggu-tunggu kapal baru.Aku pun nak tengok sangat sejauhmana kapal baru akan belayar dengan kepten yg kononnya tokoh besar.

Anonymous said...

so PDO nk jilat anuar lagi ke yg d agung2kn tp sebenarnya 2x5. skrg sudah tserlah korusi anuar dan kroni...so sukarkn utk mnerima semua ni..anuar kuku besi, kronisme,al juburi

Anonymous said...

Sori la bro gua tak setuju.Yg salah ialah DSAI krn mudah sgt memberi jwtn tinggi kpd bekas2 UMNO yg masuk Keadilan.Dr awal lg gua tgk Zaid ni lain mcm.Lu tgk dan bacalah semua statement dia dr jadi ghafar Baba hinggalah angkat Izah.Keja dia nak menunjukkan PKR ni teruk.Dasar Kuda Trojan.

Anonymous said...

Habis duit SCW,bertaruh atas kuda yg mudah lari keluar gelanggang.Yg kenyang puak-puak....kononnya berprinsip tu.Prinsip taik kucing.Aku dah kenal kau orang oiii.

Anonymous said...

anon 12;29;00,

Kau orang kuat Pas ke boleh masukan Zaid dalam Pas.Kalau Zaid isi borang macam orang biasa,kau inga dia mahu ke,dan kau sangka Pas boleh terima dgn mudah ke Zaid ni?.

otakbesi said...

Ada beberapa rasa pahit manis dari kisah Zaid dengan jawatan Tim. Presiden yang dicita-citakannya.
Namun kisah ini menghampiri kesudahan cerita apabila Zaid mengumunkan perletakan semua jawatannya dalam PKR. Sebuah parti yang hampir tenggelam akibat daripada demokrasi.

1-Bagi mereka yang telah biasa bersama Zaid, mereka akan mengetahui bahawa tindakan beliau ini merupakan salah satu sikap asal beliau. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu yang dikehendaki, beliau akan memutarkan jarum jam secara songsang.
Pemimpin PKR terpaksa menerima peletakan jawatan ini dengan penuh gembira, sebagaimana pemimpin PKR penuh bangga menerima Zaid, semasa belaiu keluar dari UMNO dan menyertai PKR.
Namun saya yakin 150% peratus, selepas ini kenyataan demi kenyataan akan keluar dari media UMNO, sebagaimana dibuat oleh insan yang bernama Ezzam, Lokman, Zoonordin, Zaharin dan pelbagai katak puru. Yang menjadi masalah, adakah PKR terdaya untuk menahan asakan dari Zaid sedangkan PRU13 dijangka akan di adakan pada bila-bila masa. Pemimpin PKR mesti berhati-hati, kerana "tikus yang keluar dari lubang bukan seekor".
Adakah Zaid seorang ahli politik yang berprinsip?. Jika berprinsip prinsip apakah yang diguna pakai?.

2- Tindakan Anwar tidak menyokong Zaid dan tidak menunjukkan sokongannya kepada Azmi adalah tepat. Sebagai manusia yang telah lama berpolitik dan sentiasa terkena sengat kerana sikapnya yang terlalu mudah husnulzan kepada orang lain. Anwar terpaksa berhati-hati untuk menyokong Zaid, dimana zaid merupakan ahli baru PKR setelah begitu lama menjadi penyokong tegar UMNO.
Kata-kata (mungkin berniat jahat) yang mengatakan bahawa Zaid merupakan ejen UMNO untuk memecah belah PKR, dan kemasukan Zaid kedalam PKR kerana ingin kepada jawatan telah sedikit sebanyak mempengaruhi Anwar. Sebagai penasihat dan pengasas parti, Anwar berhak merasa curiga.
Adakah anda juga bertindak sama dengan Anwar dalam keadaan ini?.

3- Ada juga suara mereka yg berfikiran separuh masak, meminta Zaid supaya menyertai PAS setelah keluar dari PKR. Zaid tidak akan menyertai PAS,kerana PAS jauh daripada fahaman sosialis, bahkan PAS merupakan parti low class dan dasar PAS tidak pernah dipersetujui Zaid (mendakwa kerajaan PAS Kelantan kerana mengadakan enekmen hudud).
Jika Zaid ingin bersama PAS, ini adalah sesuatu yang maha ajaib, Kemungkinan ada udang disebalik mee. Namun kita mesti ingat bahawa pimpinan PAS kelantan dipelupori oleh mereka yang pendek akal. Bila sahaja mereka yang mempunyai nama dan sekuman pengaruh menyertai PAS. Pemimpin PAS Kelantan akan menganggap hujan emas telah turun dari langit dan isteri dirumah mesti disedekahkan segera (rujuk pecalonan Brahim Ali di P.Mas dan ada seorang lagi di Keterah).
Mungkin pemimpin PAS Kelantan boleh menggunakan hujah UMAR AL-KHATAB atau "kita hanya pendakwa bukan penghukum". Namun "jangan pula dikita disengat berjuta kali pada lubang yang sama".
Membeli bangunan UMNO dikota baharu bukan merupakan budi yang terpaksa digadai boddy, menerima kopiah cap bulan bintang bukan penyebab terserah kerusi, jemputan makan di Pasi Hor bukan sebab malu alah.

Anonymous said...

Zaid agen umno telah lama kedengaran tetapi malas mempercayainya... hanya bekas jenteranya saja yg mengetahuinya.. ramai bloger telah terpengaruh dengan mainan licik zaid.. Mengapa selepas kemasukan Zaid dalam PKR terlalu banyak insiden yang menimpa pkr.. kadang2 segala strategi pkr mudah dihidu pihak media.. sudah pasti mainan orang atasan... Tahniah Zaid kerana berjaya memecahbelahkan PK...

Anonymous said...

hahaha..... dunia politikkkkkkkkkkkk

Dennis said...

Bekas Setiausaha Agung PKR Salehuddin yang berpuloh tahun menyokong Anwar pun sanggup meninggalkan parti, begitu juga Dato Zaharin, Zulkifli Noordin dan ramai lagi bekas2 pemimpin PKR yang begitu rapat dengan DS Anwar seorang demi seorang meninggalkan parti bahkan mengecam PKR selepas keluar. Inikan pula Zaid yang baru masuk PKR.

Ternyata, PKR akan berkubur tidak lama lagi, yang tinggal Anwar, Azizah, Azmin dan Izzah....yang kalah pemilihan nanti sama ada akan keluar parti atau sabotaj calon yang menang pemilihan semasa PRU13 nanti.

Perkabaran ini dari dalam PKR sendiri, bukan dari luar.

Anonymous said...

Kalau Zaid pergi,aku lebih bersedia dan lebih bersemangat bersama PKR.Hanya satu yg aku harap,supaya Anwar tidak lagi mengambil dan mengutamakan mereka-mereka yg berasal dari 'tong ta*k' dan Anwar sebaiknya lebih memberi ruang kepada ahli PKR yg benar-benar setia.Sebenarnya Anwar patut juga di persalahkan ,kerana selalu sangat membuat kesilapan dalam soal ini.

Anonymous said...

Anwar, Azmin, Mustafa Kamil, Zaid...semuanya berasal dari "tong ta*k"....mana ada ahli2 PKR melayu yang setia kecuali konco2 Anwar yang berasal dari "tongta*k" ini.

Anwar bukan setakat patut dipersalahkan, sebaiknya patut berhenti dan bersihkan masalah peribadinya dulu.

Sesekali2 Anwar silap tak apa juga, ini dah berpuluh2 kali. Apa tunggu lagi

Anonymous said...

PKR atau mana2 parti bkn parti individu...ia dibina dr semangat rakyat dan perjuangan. Taat selagi x seleweng, hormat selagi kita dihormati.
Jika boleh biar PKR ni diwakili oleh mereka yg benar2 tahu apa itu cota, air asid dsb..
dari bekas Reformasi 98- KLCC, Kg Baru, Dataran Merdeka

Anonymous said...

setuju zaid buat parti sendiri

masa leading undi tak mau pulak berhenti
bila dah tertinggal, baru announce nak berhenti....kah..kah

dula kata tak mau bertanding bila nurul izzah, khalid berahim layak....tak jadi pulak

cakap tak serupa bikin ini orang....elok keluar buat parti sendiri

Anonymous said...

Setelah aku baca semua komen dari PDO sekarang ini aku dapat rasakan bahawa PDO ini juga akan belot sedikit masa lagi....
Wahai PDO, aku merayu kepada engkau, usahlah di ikutkan nafsu, ingat perjuangan asal.....
Sekarang ni PDO bertindak seperti kehendak Umno sendiri... ADUH...
Umno suka sangat kita bercakaran sesama sendiri....
Kalau begini gayanya tidak mustahil BN akan menang besar di PRU 13 nanti....

Anonymous said...

LA SI ANON DI ATAS NI PUN MEROYAN JUGA... PDO PULA JADI SASARAN... INGAT PKR NI BAGUS SGT KE...INI PARTI PENTING DIRI SENDIRI DULU BARU RAKYAT ... BANGGANG BETUL

Anonymous said...

Adakah ZI merupakan boneka yang dihantar untuk memecahbelahkan PKR???????? renungkanlah

Anonymous said...

Aku juga tak suka dgn PKR ni, nampak sgt agenda utk rakyat tak ada tp apa yg dirancang adalah utk individu2 tertentu. Dulu masa mula2 Anwar kena, aku simpati giler krn tuduhan yang melampau tp sekarang ni aku dah percayakan lagi perjuangan anwar dan kemnya.Sokonglah Nik Aziz krn beliau bersikap sederhana dan ada ilmu agama.

Anonymous said...

AKU MAHU MACM SINGAPO. TGK MALAYU JADI APA DI SANA. MAU MALAYSIAN MALAISAN. HAK SAMA RATA YA HOOO

melor45 said...

Apo lah yang hendak dikejar oleh Dato Zaid ,kerana beliau sudah memiliki kekayaan dan kemasyhuran sesuatu yang menjadi hasratnya ialah kuasa , tetapi nampaknya kuasa itu telah direntap secara paksa , maka kecewalah beliau lalu meletakan semua jawatanya didalam PKR.Biasalah menjadi adat hidup didunia nafsu sentiasa menguasai diri, kecuali mereka-mereka yang beriman dan bertakwa.Redha lah dengan apa yang berlaku dan bersabarlah menerima segala bentuk ujian dari Allah (kekalahan) jika kita benar-benar beriman dan bertakwa.Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang baik itu dari usaha kita sendiri.Wallahuaalam.

Anonymous said...

kita masuk parti bagi kita ikut parti....ni parti kena sesuaikan diri dgn kjaan...Fakta memang pkr bukan parti yg sempurna...tapi banding dgn amno jauh busuknya parti capkeris tu....baru masuk jadi Penyelaras dah kira bagus..ketua pkr wilayah lagi...Misi Utama tumbangkan Be end bukannya rebut jawatan...no.2 pulak tu...TEMAN YAKIN SGT KALAU ZAID NI MENANG TIMBALAN BILA2 AKAN KELUAR PKR....lagi hancur PKr...azmin dari dulu x berganjak org kuat pkr n dsai....kalau x suka sgt azmin...Hj.Mus pun jauh lebih baik n setia dari zaid...x stuju sgt bukan susah jadi mcm brahim tubuh persatuan sendiri...mcm zul nordin...semua x kena...sdangkan masa Dr Yusuf Qardhawi mai msia dia dok sebelah ulamak agung tu...tanya la kes2 yg hang x paham...ni semua pkr x betuit...yg heran pas pun dia bantai...zaid the spoiler...silalah keluar parti...seang cite

Anonymous said...

kita masuk parti bagi kita ikut parti....ni parti kena sesuaikan diri dgn kjaan...Fakta memang pkr bukan parti yg sempurna...tapi banding dgn amno jauh busuknya parti capkeris tu....baru masuk jadi Penyelaras dah kira bagus..ketua pkr wilayah lagi...Misi Utama tumbangkan Be end bukannya rebut jawatan...no.2 pulak tu...TEMAN YAKIN SGT KALAU ZAID NI MENANG TIMBALAN BILA2 AKAN KELUAR PKR....lagi hancur PKr...azmin dari dulu x berganjak org kuat pkr n dsai....kalau x suka sgt azmin...Hj.Mus pun jauh lebih baik n setia dari zaid...x stuju sgt bukan susah jadi mcm brahim tubuh persatuan sendiri...mcm zul nordin...semua x kena...sdangkan masa Dr Yusuf Qardhawi mai msia dia dok sebelah ulamak agung tu...tanya la kes2 yg hang x paham...ni semua pkr x betuit...yg heran pas pun dia bantai...zaid the spoiler...silalah keluar parti...seang cite

Anonymous said...

Keadilan lahir dari perjuanagn rakyat dengan jeritan dan larian,lawan tetap lawan,jangan cakap pasal perjuangan sekira nya takut menanggung risiko,suara rakyat suara keramat,akhir sekali salam REFORMASI..

Anonymous said...

Saya belum pernah melihat parti politik yang lebih teruk daripada PKR. Masa penamaan calon di Batu Sapi pemimpin PKR bertumbuk sesama sendiri kerana berebut nak jadi calon. Hanya katak bawah tempurung saja yang boleh mendakwa bahawa PKR itu sebuah parti yang telus. Saya tidak berani bayangkan jika PKR memegang taraju kerajaan persekutuan. Malaysia akan hancur lebur.

shahrill said...

pkr patut dibubarkan, masuk je PAS
kita hijaukan bumi malaysia.
takbirrrr
takbirrrr
takbirrrr


kalau sokong BN, alamat permis toto, megnum, kuda
pub, disko, bar, dangdut
kopi korek dan sewaktu dgnnya
sampai kiamat pun tak akan tutup
sebab itu periuk nasi mereka

Anonymous said...

Tak kan lah kerana Zaid PKR nak di bubarkan,siap Zaid?.

Cekik said...

Ape bende ni PKR? Menyesal aku pangkah PAS dulu kat Titiwangsa. Dua-dua ini dua kali lima shj.

Anonymous said...

kalau sokong PAS, alamat permis toto, megnum, kuda
pub, disko, bar, dangdut
kopi korek dan sewaktu dgnnya
sampai kiamat pun tak akan tutup
sebab itu periuk nasi mereka.............................................sejak mereka berkawan dengan DAP. Apa shj DAP buat PAS bisu tak terkata. Sebab itu rumah maksiat semakin berkembang di Selangor dan Pulau Pinang hasil kebisuan PAS.

Penyokong PAS said...

Memang PKR ada masalah dalaman pd ketika ni. Tp kalau dilihat dari sudut positive, ini bermakna ianya bukanlah parti diktator ataupun parti sdn bhd milik Anwar Ibrahim seorang diri seperti yg selalu kita dengar. Ini juga memberi gambaran bahawa ahli2 PKR berani bangkit menyuarakan pandangan walaupun bertentangan dengan dasar dan pandangan pemimpin utama parti.

Tapi, mungkin terlalu umum sehinggakan pihak lawan menggunakan permasalahan ni bg menjaja kpd rakyat umum demi kepentingan mereka.

Agak wajar teguran Zaid jika ia membina kekuatan parti. Kita selalu katakan yang kita tak mahu Pak Turut dalam parti. Kita perlukan mereka yg mempunyai iltizam dan semangat demi kekuatan sesebuah parti.

NAH!! Zaid Ibrahim menyahut cabaran tersebut. Zaid Ibrahim menegur segala segala masalah yang wujud di dalam parti. Mungkin caranya agak keterlaluan. Namun, untuk kebaikan dan penambah baikan parti adalah lebih elok jika segala aduan tersebut kita dengar dan kaji.

UMNO memang menunggu detik ini. Mereka akan gunakan isu ini sehabis mungkin untuk memburukkan PKR di mata rakyat. Tp percayalah, mereka cukup takut jika kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik. Kerana apa? Kerana parti sudah tentu akan lebih kuat selepas kita menyelesaikan kemelut ini. Dan kerana mereka tiada Zaid Ibrahim di dalam parti mereka untuk menegur segala kepincangan di dalam parti mereka. Sebab itulah UMNO semakin karam.

Check & Balance itu penting. Tapi siapa yang mampu melakukannya? Di sini lah letaknya Zaid Ibrahim. Walaupun nampak buruk di mata pendokong dan ahli2 PKR, namun percayalah dengan suara Zaid Ibrahim dibantu kepimpinan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, PKR akan bertambah kuat dalam mempersiapkan diri menghadapi PRU akan datang.

Tapi, ianya bergantung kepada berapa lama masa diambil untuk menyelesaikan masalah ini? Itu yang penting. Perlu ada muhasabah diri dan berjiwa besar di kalangan pimpinan utama PKR.

Saya doakan semoga PKR dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan terus maju dalam memperjuangkan hak rakyat di Malaysia.

Anonymous said...

PKR memperjuang hak rakyat Malaysia atau memperjuangkan cita-cita politik Anwar Ibrahim? Hanya orang berkepentingan dan orang yang pendek akal saja yang percaya bahawa PKR memperjuanhgkan hak rakyat malaysia.

Anonymous said...

Lebih tepat PKR itu adalah PEROSAK KEHARMONIAM RAKYAT. Tindakan Zaid adalah tepat. Rakyat malaysia kini sudah sedar bahawa kewujudan dan perjuangan PKR lebih menjurus kepada kelangsungan survival politik seorang manusia yang bijak menyembunyikankan tanduk, taring dan ekor.

Anonymous said...

Syabas Zaid Ibrahim, anda adalah ULTRAMAN yang bakal mematahkan taring, mencabut kuku dan ekor si raksaksa yang mahu memusnahkan planet kita. Viva Zaid!

Anonymous said...

Yesss go go Ultra Zaid. Sebelum makhluk jahat itu mendatangkan kerosakan dan kebinasaan yang lebih besar pada planet ini, bagi dia KO cepat biar dia sedar tinggi rendahnya langit dan biar dia sedar bahawa planet ini bukan milik mak bapak dia.

Anonymous said...

Jangan ja korang tak sedar atau buat-buat tak tau bahawa susuk tubuh yang bernama anwar bin ibrahim itu adalah antara penipu paling licik di abad ini. Satu dunia lagikan dia nak tipu, apa lagi rakyat malaysia.

Anonymous said...

that sound good pahangdaily.blogspot.com

Anonymous said...

KITA MAHU MALAYSIAN MALAYSIAN. BERGADUH MELAYU BERGADUH. MAU MCM SINGAPO KAAAAAAAA. MELAYU MEREMPAT D SANA

Anonymous said...

Pendek kata penjang cerita, li fikir la sendiri...

jer's said...

teringat mase kecik.. main cengkelat(tipu). cakap la aper pun telus, adil? kalo dah gini gayernyer mmg org akan fikir manipulasi undi telah berlaku... x tau la kenapa la ader org sokong PKR? sepatut nyer presiden PKR wat la teguran.... x de batu... (mmg x de batu pun). penasihat dia pun ader batu tapi kecut... hahahahahah. x pun pemimpin pakatan rakyat yg lain watla teguran mcm DS Najib selaku pengerusi BN tegur krisis MCA dulu tu... susah sangat ker??? takut? x yah jadi hero la nak memerintah Malaysia kalo mcm tu....

Anonymous said...

Nak memerintah malaysia apa benda? kalau rumah tangga sendiri pun tak terurus, inikan pula mimpi nak memerintah Malaysia? Alahai cermin la wajah sendiri tu dulu. Betul PKR ada penasihat, presiden apa...tapi kalau semuanya macam batu yang mengeras membeku atau 'dibekukan', nak buat apa? Lebih baik balik kampung berkebun, berbudi pada tanah lagi terpuji.

Anonymous said...

Hello Mr. Zaid Ibrahim. Please lah..kalau merasa diri itu suci dan berprinsip, silalah berambus dari PKR. Bawalah penyokong2 anda dan tubuh parti baru. Janganlah kerana dah nak TKO, mula mengata itu dan ini. Bacullah you Zaid oii..!!! Bau taik UMNO yang terpalit ditubuh you masih menyengat hidung. Kemana-mana pun you pergi, bau taik UMNO akan membusuk.Pleaselah...jangan you letakkan diri you sama level dengan Si Zul, Zahrain, dan beberapa kerat samdol..HAPRAK!!!

TAJAM BATU said...

ITU LAH PERMAINAN POLITIK. TINDAKAN KECOH ITU HANYA UNTUK MENARIK PERHATIAN BN.

BN MUNGKIN MENYANGKA PR TELAH LEMAH DAN BUBARKAN PARLIMEN UNTUK PRU 13.

TIBA-TIBA BILA BUBAR PARLIMEN PR KEMBALI BERSATU

HATI-HATI PM DSN DAN BN. SEPAK TERAJANG POLITIK DSAI CUKUP TINGGI.

Anonymous said...

Betul sepak terajang politik DSAI cukup tinggi, setinggi angan-angan dan mimpinya. Siapa tak kenal si saudagar mimpi?

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]