script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1


MARAN: Hajat seorang pemuda menyertai perhimpunan motosikal RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu berakhir tragedi apabila menjadi mangsa korban ketiga program berkenaan selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 147.1 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), arah Kuantan, di sini hari ini.

Insiden terbaharu tersebut berlaku selepas dua kejadian maut terdahulu yang meragut nyawa peserta konvoi untuk program sama di Temerloh dan satu lagi kejadian di daerah ini.

​Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, Muhamad Fikri Jamallunasi, 34, yang menunggang Yamaha Y125ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

​Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan pacuan empat roda yang juga dalam perjalanan ke program itu berhenti di lorong kecemasan bagi membantu sebuah motosikal ahli konvoi mereka yang mengalami kerosakan.

​”Bagaimanapun, secara tiba-tiba penunggang motosikal terbabit datang dari arah belakang lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan pacuan empat roda tersebut sebelum tercampak dan terjatuh di atas jalan.

​”Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Kim Wai menambah, setakat ini belum ada saksi bebas yang tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #utusanmalaysia 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1

MARAN : Hajat seorang pemuda menyertai perhimpunan motosikal RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu berakhir tragedi apabila menjadi mangsa kor...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.