script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

KotaSAS Sdn Bhd Dan Maxis Bhd (Maxis) Jalin Kerjasama Strategik Percepat Pembangunan Sebagai Bandar Pintar Masa Depan Di Pahang

KUALA LUMPUR: Tanah Makmur Bhd (TMB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, KotaSAS Sdn Bhd dan Maxis Bhd (Maxis) menjalin kerjasama strategik bagi mempercepat pembangunan KotaSAS sebagai bandar pintar yang sedia masa hadapan di Pahang.

Menerusi kerjasama itu, Maxis akan menyediakan kesalinghubungan bersepadu serta penyelesaian digital untuk menyokong aspirasi digital bandar itu.

Dihasratkan oleh TMB sebagai pembangunan campuran utama di Pahang, KotaSAS bakal menjadi Kawasan Pusat Perniagaan baharu Kuantan serta pusat pentadbiran moden negeri Pahang.

Menerusi pembangunan berfasa dalam tempoh sedekad akan datang, bandar itu berada pada kedudukan strategik untuk memanfaatkan pembangunan infrastruktur utama di rantau ini, termasuk sebagai hab ekonomi penting yang disepadukan dengan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TMB, Datuk Shahrul Nizam Abdul Aziz, berkata KotaSAS dibangunkan sebagai bandar pintar bersepadu untuk menyokong pertumbuhan Pahang pada masa hadapan.

Beliau berkata, antara pembangunan perintis di Pahang yang mengetengahkan konsep gaya hidup pintar, KotaSAS mencerminkan komitmen pihaknya untuk membina komuniti moden yang sedia masa hadapan.

"Dengan Maxis sebagai rakan strategik bagi kesalinghubungan dan penyelesaian digital, kami yakin dapat mempercepatkan pelaksanaan visi ini serta menetapkan penanda aras baharu bagi gaya hidup pintar dan mampan di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng, berkata TMB mempunyai visi yang jelas untuk KotaSAS, dan Maxis berbesar hati dipilih sebagai rakan strategik bagi kesalinghubungan dan penyelesaian digital untuk merealisasikan pelan induk berkenaan.

Beliau berkata, memandangkan ketersambungan kini menjadi keperluan asas bagi komuniti dan perniagaan, kerjasama itu mencerminkan komitmen bersama pihaknya untuk mempercepatkan transformasi digital Pahang.

Menurutnya, ia sekali gus menyokong pertumbuhan berterusan Wilayah Ekonomi Pantai Timur selaras dengan agenda digital Malaysia.

Kerjasama itu turut selaras dengan peranan Maxis sebagai rakan telekomunikasi pilihan bagi projek ECRL.

Dengan menyediakan kesalinghubungan bagi KotaSAS dan ECRL, inisiatif itu akan mengukuhkan kedudukan Pahang sebagai koridor strategik yang menghubungkan perniagaan, komuniti dan peluang pertumbuhan masa hadapan merentasi Pantai Timur serta Pantai Barat.

Pelan induk KotaSAS menitikberatkan gaya hidup pintar dan mampan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk serta menyokong keperluan perniagaan.

Bagi menyediakan asas digital yang kukuh untuk KotaSAS, Maxis akan menerajui pelaksanaan rangkaian gentian optik di lebih 4,000 premis baharu, di samping menyediakan liputan mudah alih yang menyeluruh. #beritaharian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Zukri Akshah Dilantik Sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan

KUANTAN: Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Mohd Zukri Akshah hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.