script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Enam Sahabat Yang Maut Kemalangan Di Jalan Karak Lama, Keluar Makan Bersama Selepas Selesai Menghadiri Upacara Sembahyang

TEMERLOH: Enam sahabat yang maut dalam kemalangan di Jalan Karak Lama di Bentong awal pagi tadi dikatakan keluar makan bersama selepas selesai menghadiri upacara sembahyang di Sungai Kawang bersama ahli keluarga.

Perkara itu dimaklumkan V Moganah, 33, kakak kepada salah seorang mangsa yang terkorban ketika ditemui di sini,

Menurut Moganah, adiknya, V Mugilan, 25, keluar bersama beberapa rakan termasuk seorang daripadanya baru pulang dari Singapura selepas sekian lama tidak bertemu.

"Selepas sembahyang, mereka keluar untuk makan dan berbual. Kami tidak tahu mereka ke mana.

"Saya tidak sangka itu kali terakhir kami berjumpa. Dia kelihatan seperti biasa, ceria dan langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya.

Dalam kejadian terbabit,enam disahkan maut selepas tersepit dalam kereta dinaiki yang bertembung lori satu tan berhampiran Klinik Desa Jambu Rias di Bentong.

Selain Mugilan, lima lagi yang maut adalah K Dinesvaran, 21; K Alaganathan, 20; A Kanabati Raja, 18; S K Kiisyen, 16 dan M Paranthaman, 15.

Bercerita lanjut, Moganah berkata pihak keluarga menerima berita mengenai kemalangan itu pada 4.20 pagi sebelum dimaklumkan Mugilan antara enam yang maut.

Mugilan adalah anak bongsu daripada empat beradik dan satu-satunya lelaki dalam keluarga selepas bapa mereka meninggal dunia beberapa tahun lalu.

"Kehilangannya benar-benar memberi tamparan kepada kami. Lebih menyedihkan, dia meninggalkan seorang anak berusia dua tahun. Kami masih tidak percaya dia sudah tiada," katanya.

Jasad Mugilan akan diuruskan dan dikebumikan di Mentakab sebaik selesai urusan bedah siasat dan tuntutan jenazah. #harianmetro 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Zukri Akshah Dilantik Sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan

KUANTAN: Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Mohd Zukri Akshah hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.