script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Sasarkan Pembinaan 25,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Seluruh Negeri, Pastikan Rakyat Berpeluang Miliki Rumah Sendiri

ROMPIN: Kerajaan Pahang menyasarkan pembinaan 25,000 unit rumah mampu milik di seluruh negeri bagi memastikan lebih ramai rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, kira-kira 9,000 unit sudah siap dibina, manakala selebihnya berada pada pelbagai peringkat termasuk perancangan, permohonan kelulusan dan pembinaan.

Katanya, setiap permohonan akan diteliti dengan rapi bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat, selain proses saringan termasuk aspek kelayakan dan pembiayaan pembeli sentiasa ditambah baik.

“Kira-kira 1,300 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) sudah siap dibina dengan nilai perbelanjaan hampir RM100 juta dan diberikan secara percuma kepada golongan miskin tegar yang benar-benar tidak mempunyai kediaman,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Kampung Gadak dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pelangi Jaya (Fasa 1A) serta PR1MA Pahang Muadzam Shah (Fasa 1) di pekarangan PR1MA Pahang Kampung Gadak Muadzam Shah di sini hari ini.

Mohammad Fakhruddin berkata, kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai skim perumahan mengikut kategori pendapatan rakyat bagi memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang memiliki rumah.

“Sebagai contoh, Rumah Makmur disasarkan kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi pendapatan RM3,000 ke bawah, manakala Rumah PR1MA Pahang untuk isi rumah berpendapatan sehingga RM10,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, subsidi yang disediakan kerajaan negeri bagi projek perumahan merupakan komitmen besar bagi memastikan harga rumah kekal mampu dimiliki rakyat.

Dalam pada itu, katanya, setiap projek perumahan baharu di Pahang pada masa akan datang dicadang tidak hanya menyediakan rumah untuk didiami, sebaliknya turut mempunyai ruang khas bagi pendidikan awal kanak-kanak.

Sehubungan itu, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) diminta merizabkan lot khas bagi pembinaan tadika dalam pembangunan perumahan baharu bagi memastikan kemudahan berkenaan mudah diakses penduduk setempat.#utusanmalaysia

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Zukri Akshah Dilantik Sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan

KUANTAN: Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Mohd Zukri Akshah hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.