script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Zukri Akshah Dilantik Sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan

KUANTAN: Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Mohd Zukri Akshah hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bagi sessi 2026-2028.

Zukri yang merupakan orang lama dalam Keadilan menang bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota pada pemilihan parti yang lalu. Beliau menewaskan ADUN Semambu, Chan Chun Kang dengan majoriti tipis 68 undi.


Kemenangan itu menaikkan balik imej beliau dalam PKR, kerana sebelum ini beliau  pernah membarisi saf Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia selama dua penggal. 

Zukri mula  terlibat secara langsung dengan politik dan gerakan reformasi sejak 1999, beliau dikenal sebagai radikal dalam kedua-dua pemikiran dan tindakan. 

Beliau juga pernah menjadi kolumnis berbayar untuk akhbar Siasah, Harakahdaily, mStar dan Merdeka Review. 

Zukri adalah lepasan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan di mana beliau sekarang adalah Setiausaha Syarikat Bertauliah, ahli dan wakil negeri kepada The Malaysian Association of Company Secretaries (sebuah badan profesional yang disenaraikan di bawah Jadual Keempat, Akta Syarikat 2016). 

Di universiti, beliau telah mengasas dan memimpin sebuah pertubuhan kesenian yang dikenali sebagai PENDITA dan kerana sumbangan besarnya beliau telah dianugerahkan dengan anugerah khas kolej dari kolej kediamannya pada tahun 1996.

Perlantikan Zukri sebagai Ahli Majlis MBK pasti menjadi pembangkin untuk beliau terus menyumbang idea, tenaga dan kepimpinan yang terbaik dalam memperkukuhkan pembangunan bandar serta memperjuangkan kepentingan rakyat. #keadilanIM

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Zukri Akshah Dilantik Sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan

KUANTAN: Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Mohd Zukri Akshah hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.