script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Konvoi Ke Perhimpunan RXZ Members 8.0 Di Kuala Terengganu Berakhir Tragedi, Seorang Penunggang Motosikal Maut Di LPT1


TEMERLOH: Hasrat seorang peniaga pasar malam untuk menghadiri program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan babitkan dua kenderaan di Kilometer 112.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19, dari Klang, Selangor yang menunggang motosikal Yamaha LC135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Terengganu bagi menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0 bersama konvoi seramai lima penunggang.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum jatuh di lorong kiri jalan dan mangsa tercampak ke lorong kanan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Jumaat

Mohd Nasyim memberitahu, siasatan lanjut turut mendapati mangsa tidak memiliki lesen motosikal ketika kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal ditungganginya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," jelas beliau. #sinarharian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1

MARAN : Hajat seorang pemuda menyertai perhimpunan motosikal RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu berakhir tragedi apabila menjadi mangsa kor...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.