PAS menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membincangkan mengenai isu melibatkan bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) berkata, ini kerana, Nasharuddin bukan lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik dalam parti itu. "Hari ini kita bincang tentang bidang isu-isu politik. YB (Nasharuddin) bukan lagi AJK pusat dan biro politik. Tapi masih AJK Majlis Syura Ulama. "Jadi kita serah pada Majlis Syura untuk bincang langkah-langkah yang wajar berhubung YB Nasha," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik di ibu pejabat PAS semalam. Mengulas mengenai pertemuan Nasharuddin bersama Najib dalam satu program di Mekah baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, perkara tersebut jelas menunjukkan UMNO kini kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa mengambil tokoh PAS. Katanya, pertemuan dua pemimpin itu sedikitpun tidak menjejaskan PAS. "UMNO dah kekurangan tokoh agama sampai kena ambil tokoh PAS. Ini tak jejaskan PAS. Tak ada masalah," katanya. Nasharuddin sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan supaya parti Islam itu keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud. Kenyataan Nasharuddin itu mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia.
Barcola returns to PSG squad ahead of Champions League clash with Liverpool
-
Paris Saint-Germain forward Bradley Barcola has been named in the squad for
their Champions League quarter-final second leg at Liverpool.
Sejam yang lalu





