MARAN, 23 Ogos - Perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini sekali lagi disambut dalam keadaan suram oleh para penduduk Felda Jengka 7 dekat sini. Ia berikutan masalah bekalan air yang menimpa kampung terbabit sejak berpuluh tahun yang lalu masih gagal diatasi sehingga ke saat ini. Orang ramai yang ditemui begitu kecewa kerana kerajaan masih tidak mendengar rintihan mereka dan kini saban tahun terpaksa berhadapan dengan isu berkenaan terutamanya menjelang hari raya. Terdahulu, PDO pernah mendedahkan beberapa isu berkaitan masalah berkenaan sebelum ini. Namun, isu yang menghantui sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit masih gagal diselesaikan walau pun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak terbabit. Tambah menyedihkan apabila pemimpin setempat yang diharapkan membawa isu tersebut ke pihak atasan seolah-olah cuba mencari jalan pula untuk menutup masalah terbabit dari pengetahuan pihak yang sepatutnya. Malah, terdapat laporan ada penduduk yang diugut dan akan dikenakan tindakan jika menghebahkan isu berkenaan kepada media dan sebagainya. Akhirnya penduduk terpaksa menanggung bebanan itu dan ia benar-benar menyusahkan anak perantauan yang pulang berhariraya setiap tahun. Perkara ini didedahkan dalam laman sebmbang sosial salah seorang generasi kedua peneroka yang sudah tidak tahan lagi dengan masalah terbabit baru-baru ini. Berbagai komentar panas diterima berkiatan isu itu. "Ha3...permimpin tiada ilmu...lulus atas politik power...Kalau Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ( DARA ) tidak ditutup isu air.di jengka.....dah lama selesai ...hu3...Kalau kerajaan Malaysia tidak tutup agensi LKWJ dan DARA pasti....Muadzam Shah dan Jengka akan maju macam negeri Johor. KAJORA,KESEDA,MADA..Menempa pembanggunan...DI Daerah PEKAN dan Daerah ROMPIN ,MARAN,TEMELOH JERANTUT,LIPIS.BENTONG..dan JENGKA PUSAT itu tersendiri....peluang perkerjaan anak watan dan anak peneroka..disebab ....permimpin tiada ilmu...ahli Palimen tiada ilmu...PAHANG jadi negeri mundur dan ketinggalan 20 tahun kebelakang..malunya nak negeri Pahang..FIKIR2 lah", kata Desa Keranji Muadzam Shah tentang isu ini.
Walau pun air dihantar oleh PAIP tetapi mereka katanya tidak tahu isu itu
bukankan ini sesuatu yang sunggug melucukan, mana pergi Tok Empat
[Felda Jengka 7 adalah kubu kuat UMNO BN yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor yang diwakili oleh Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak yang meninggal dunia baru-baru ini. Kini kawasan terbabit tidak lagi mempunyai Wakil Rakyat dan terpaksa menunggu selepas Pilihanraya Umum ke-13 akan datang untuk mendapat ADUN yang baru. Soalnya, apakah isu ini dapat selesai?. Inilah yang menimbulkan persoalan kerana berpuluh tahun BN berkuasa di situ masalah tetap berlaku. Malah, semakin hari semakin teruk seperti sekarang. Justeru, para peneroka dan generasi kedua Felda berkenaan digesa menunjukkan ajar kepada pemimpin setempat yang masih lena diulit mimpi. Bayangkan mereka sanggup biarkan anak-anak buah menderita dengan masalah air yang berlarutan hampir 40 tahun asalkan BN terus berkuasa. Tiada langsung fikiran untuk lakukan perubahan demi menjaga kepentingan rakyat setempat. Maka, sudah tiba rakyat membuat perubahan pada PRU-13 ini agar isu ini dapat selesai dengan segera apabila sokongan beralih arah nanti. Jika tidak maka para penduduk Jengka 7 akan menderita buat selamanya. Mujurlah media arus perdana tidak siarkan berita ini demi menjaga kepentingan pihak atasan. Harapan rakyat agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menjaga dulu rakyat di Pahang ini sebelum menuding jari menuduh Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor tidak pandai menguruskan air di negeri berkenaan. Inilah yang dikatakan "gajah didepan mata tak nampak tapi kuman diseberang laut nampak". Senario yang berlaku ini sungguh memalukan kita sebenarnya].






Salam wei! sapa kata PAHANG TAK DAK AIR, tu kes terpencil, kita ada banyak air siap nak jual/takung d empangan langat lagi..! sabarlah JANJI AKAN DITEPATI.
BalasPadamsyabas cucmatkilau,kerana ada fikiran dan pandangan sendiri.itu baru di namakan orang cerdik,buka pak turut.
BalasPadamape hang cucu mamat cakap lagu tue..PAS maner ader telur nak push DAP..semua party melayu takkan push cine nyer dekat2 pilihanraya NIH..balik awal lah gu..ikut diorang lah nak main aper isu pun..hine hudud,hine perkataan Allah (takpo nal blajar...nok blaja gi kelas la gu..bukang bahang cakap depan mic)dll..(walaupun berderau darah,bile bace those nonsense critics..why don't u respect us as we respect u as human and adore u as Malaysian )
BalasPadamWe waiting for upcoming general election..good candidate,good background,regardless the party..As far u Malay Muslim and u really want to change for good for Islam,Malaysia and malays.
Seseorang yang lantang ,berani Dan tetap pendirian pade perjuangannya.
-IKhwanul muslimin-
LKWJ tutup kerana MELAYU tempatan sendiri jadi PETUALANG, DARA terjual kerana LANUN UMPORNO, MB pula juga yang paling BANGANG merestui penutupanye..akhirnya RAKYAT juga yg merana, tanggung padah..ini lah OTAK BN yg memerintah, kita rakyat semua hanya perlu tunggu masa untuk TUKAR di PRU 13 nanti...TUKARLAH..
BalasPadamadoiiii PDO, tulis nme PAIP pn salah!!! Pengurusan Air Pahang laa..BKN perbadanan air pahang..Skang nie kn PAIP bnyk buat tukar ganti paip2 lame..PHG tu besar,klu nk buat sume tmpat sekaligus,PDO bg duit laa kt depa..huhuu.,n sy rse kt lman web PAIP ade tulis info penbritahuan klu tekanan air rendah/xdeair/dll..atleast depa ade inisiatif bgtau..bkak fb bole bjam2 xkn bkak nk tgok psal air pn xbole,,tp yg mne xde intrnet tu susah gak kn...hmmmm,,,stiap mslah ade pnyeleseaian,,
BalasPadammasalah air nie bukan kat jengka 7 jee.. boleh dikatakan semua jengka... kat dalam tv asyik tunjuk negeri pakatan rakyat je yang ada masalah air.... negeri yg diperintah oleh BN kononnya eloklah sangat.... gajah depan mata tak nampat.. tapi kuman seberang laut nampak... untung rakyat negeri PR sebab ada tv bagi tau masalah rakyat.. tapi rakyat negeri BN menderita sebab nak tutup segala masalah.....
BalasPadamPolitician UMNo Dok kuat maner..ader hok ser lagi hok kuat bahang..doh ni paip lamer,tunggu budget la..masuk budget kekgi..ehem.ehem..ehem.dia nok pulok.
BalasPadamMapuh kerah cokeng Gini org pahang..kalu PAS nak amik pun,baik pikir 2000 Kali..kekgi org saloh ker MU kalu gagal tukar paip or do best thing for rakyat..bcoz the money is gone..hahahahaha
Aku rase MB pung ,makan ubat sokmo..kalu tepon naik number 'private number' confirm debor giler..hahahahaha..nie mesti nok pitih lagi...:)