Berita paling hangat yang diterima oleh PDO semalam ialah isu berkenaan seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang yang disiasat oleh pihak polis atas dakwaan melakukan perbuatan "sumbang mahram" terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu. Anak tirinya yang baru berusia 15 tahun itu kini berada di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur sejak beberapa hari yang lalu. Selepas berita ini disebar, maka ramailah yang membuat pelbagai cerita sensasi tentang kes ini terutamanya di blog-blog pro UMNO. Masing-masing mengatakan "pemimpin pembangkang" yang dimaksudkan ialah pemimpin PKR Pahang. Justeru bagi memperbetulkan persepsi berkenaan, maka kami cuba menyiasat maklumat berkenaan kes ini. Maka, apa yang benar dan tidak benar perlu dibongkarkan untuk mengelakkan sebarang tuduhan melulu terhadap individu tertentu dalam kes ini. Jika berdasarkan kepada laporan media yang berkenaan, individu yang dimaksudkan sebenarnya tidak lagi bersama PKR Pahang selepas meletakkan jawatannya sebagai salah seorang Naib Pengerusi PKR Negeri ini satu ketika dulu. Beliau meninggalkan PKR selepas pemilihan parti itu pada tahun 2010 lalu, bagi menyertai Datuk Zaid Ibrahim dalam Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Malah difahamkan, beliau adalah Pengerusi parti pimpinan Zaid itu di Pahang dan merupakan abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Yang DiPertua PAS Jerantut sekarang. Pada pilihanraya umum ke-12 lalu, beliau tewas dalam pertandingan tiga penjuru mewakili PKR di DUN Damak, Parlimen Jerantut. Beliau mendapat 5,165 undi, calon BN Lau Lee mendapat 5,674 undi dan calon bebas Koh Boon Heng mendapat 3,295 undi ketika itu. Majoriti undi yang dimenangi oleh calon BN hanyalah sekitar 509 undi sahaja. Difahamkan, beliau juga telah diwar-warkan bakal bertanding lagi pada PRU ini nanti untuk kerusi tersebut (DUN Damak).
[Persoalannya, apakah kes yang terjadi ini ada asasnya atau sekadar tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kreadibiliti beliau agaknya. Andai ia benar, maka sudah pasti masa depan pemimpin terbabit akan tenggelam dengan kejadian ini. Namun, jika tidak benar beliau harus bangkit membersihkan namanya demi keadilan. Kini semua pihak tertumpu kepada "pemimpin pembangkang" Pahang, susulan laporan Bernama yang memetik sebegitu. Memang benar KITA adalah merupakan parti pembangkang di Malaysia, namun ia masih belum diterima sepenuhnya menyertai gabungan Pakatan Rakyat. Justeru, tidak timbul persoalan kes ini menjejaskan nama PR sebenarnya. Apa yang pasti, ia adalah masalah peribadi pemimpin terbabit dan haruslah diselesaikan dengan sebaik mungkin. Datuk Zaid Ibrahim gagal dihubungi kerana dipercayai berada di luar negara ketika ini. Nantikan siasatan pihak polis!].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan