script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hampir 60 Hektar Daripada Seluas 300 Hektar Kebakaran Di Sebuah Ladang Kelapa Sawit Di Rompin Dipadam Setakat 5 Petang Semalam

 

KUANTAN: Hampir 60 hektar daripada 300 hektar kebakaran di sebuah ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan setakat 5 petang semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata kaedah pengeboman air telah dilaksanakan 85 kali melibatkan penggunaan 68,000 liter air bagi mempercepat proses pemadaman dan mengawal kebakaran daripada merebak. 

“Kawasan operasi dibahagikan kepada empat sektor dan tumpuan hari ini  ialah pemadaman di sektor A dan C yang membabitkan tiga pasukan termasuk unit udara yang akan membantu melaksanakan pengeboman air.

“Sektor B dan D sudah terkawal setakat ini dan kita menjangkakan kebakaran ladang ini akan dapat dipadamkan sepenuhnya dalam seminggu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Sementara itu, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) daerah Rompin mencatatkan kualiti udara tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 152 setakat 10 pagi tadi. 

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang Zakaria Ahmad ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan melakukan semakan jika IPU tidak sihat itu berpunca daripada kebakaran berkenaan atau faktor lain. #Bernama


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.