GOMBAK: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa umat Islam supaya kembali berpegang kepada ajaran al-Quran serta sunnah Nabi Muhammad SAW di saat dunia ketika ini ‘digoncang’ dengan peperangan di Asia Barat.
Al-Sultan Abdullah bertitah, rakyat Malaysia sendiri turut merasai penderitaan yang dilalui oleh umat Islam di wilayah yang berdepan dengan peperangan berkenaan.
“Pada saat dunia kini digoncang konflik dan peperangan di beberapa wilayah, hati kita turut merasai penderitaan umat Islam.
“Ramai saudara seagama sedang berdepan ujian yang amat berat, khususnya di Asia Barat.
"Dalam keadaan sebegini, respons paling wajar bagi kita sebagai orang beriman adalah kembali kepada ajaran al-Quran serta panduan Nabi Muhammad,” titah baginda pada program World #QuranHour (WQH) 2026 di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Rabu. #SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan